anjing suruhan AmerikaPUTRAJAYA 12 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, ekoran kenyataannya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Muhyiddin ketika diminta mengulas catatan Twitter Paulsen berkaitan perkara itu berkata, perbuatan Paulsen itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.”

Islam bukan ektremis, sejak bila pula orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa. Islam adalah agama yang paling sederhana,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan hari pertama sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan Sekolah Menengah Cyberjaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dakwaan kononnya khutbah Jumaat diseleweng tidak harus timbul kerana khutbah ialah rukun solat yang menyentuh perkara bukan sahaja berkisar tentang konteks kehidupan Islam malah merangkumi isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.

“Paulsen mungkin tidak tahu langsung tentang ini atau dia tidak mendalami soal Islam,” katanya.

Paulsen mengeluarkan kenyataan menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat menerusi akaun Twitternya pada 9 Januari lepas. – BERNAMA

Baca: Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?

Advertisements