Kes penyelewengan dana $50 juta oleh pengasas gereja City Harvest pastor Kong Hee sedang didakwa sebagai suatu jenayah kolar putih (CBT) dan dibicarakan di Singapura. Portal-portal berita seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini terlalu jelas menunjukkan sikap mereka untuk “membantu” puak pelampau evangelis menyembunyikan berita tersebut.

City Harvest-no coverage

Sepanjang pembicaraan kes tersebut tahun lalu, kedua-dua media tersebut langsung tidak memetik liputan pembicaraan. Media atas talian ini dilihat sebagai kerap menyebelahi pihak pelampau evangelis Kristian dalam banyak hal dan cara liputan mereka.

Kenapa pembicaraan kes sebesar ini mereka PILIH untuk tidak memberi liputan?

Apakah ada AGENDA TERSEMBUNYI supaya orang ramai tidak bercakap tentang penipuan dan penyelewengan dana gereja untuk kepentingan peribadi?

Apakah ada ARAHAN tertentu supaya MENUTUP malu gereja dan gerakan pelampau evangelis?

Jika kita membuat carian di kedua-kedua portal berita mereka dengan perkataan “city harvest” kita tidak mendapat sebarang petikan berita yang mereka laporkan berhubung kes penyelewengan dana oleh pengasas gereja, pastor Kong Hee semasa pembicaraan kes tersebut pada tahun lepas. Kong Hee didakwa bersama 5 orang lagi pimpinan gereja City Harvest untuk membantu membina kerjaya isterinya, Sun Ho – juga seorang paderi, sebagai seorang penyanyi dengan mengguna dana gereja.

Perlu juga diingat bahawa City Harvest mempunyai beberapa cawangan mereka di Malaysia. Ada di kalangan ahli politik DAP yang terlibat sama dalam gereja City Harvest di Malaysia.

Baca seterusnya: Paderi Kong Hee City Harvest Didakwa Seleweng $50 Juta Dana Gereja Untuk Promosi Isterinya