You are currently browsing the daily archive for 22 January, 2015.
Selepas mengirim artikel yang bertajuk “Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?“, blog saya telah diserang dengan beberapa komen negatif yang mempertikaikan tulisan saya sambil mendesak saya buktikan fakta saya. Ada juga yang mengguna bahasa yang kesat (dan lucah).
Saya sambung dari apa yang telah saya tulis sebelum ini (jika belum baca – klik di sini). Dan tajuk yang saya guna di atas bukan suatu yang saya reka-reka. Ianya adalah petikan dari laporan sebuah majalah Kristian (saya kena ulang – majalah Kristian!) berjudul “WORLD” – saya hanya focus kepada artikel dari majalah Kristian ini sahaja dengan tambahan sedikit dari CBN Asia.
Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.
1. Tajuknya sendiri telah menyebut bahawa industri K-Pop itu telah merancakkan kerja-kerja dakyah Kristian. Dan diulang lagi dalam artikel tersebut … “The popularity of K-pop has boosted South Korea’s economy and tourism. More surprisingly, it has boosted Christian mission work.”
2. Disebut lagi … “Fans may be responding to the catchy tune, or the dancing—in the video nine pairs of incredibly long legs sweep in sultry ripples, then perk into a foot-stomping dance—but at least part of the popularity comes from the group’s Christian image“. Imej Kristian kumpulan K-Pop itu membantu mereka menjadi popular.
3. Mereka tidak sorok-sorok pegangan Kristian mereka ada yang berama “publicly declare themselves “devout Christians.” Dan di antara mereka mengaku bahawa mereka “always prays before a performance …dan … quotes Bible verses to her fans.”
4. Majalah tersebut juga memetik seorang aktivis evangelis kampus bahawa beliau “thinks God is allowing the K-pop boom for the sake of a global Christian revival.”
5. Artikel tersebut juga memetik seorang wartawan dari China menceritakan tentang pengaruh industri hiburan dari Korean ini sambil menyebut bahawa “Hallyu has ties to Christianity“. Hallyu adalah istilah yang mula diguna di China terhadap industri musik pop dari Korea ini dengan mengambil dari perkataan Hollywood.
6. Seorang professor sosiologi dari sebuah universiti Kristian di Amerika berkata bahawa “many South Korean missionaries say Hallyu has made Christianity—viewed as part of the Korean culture—more culturally digestible and appealing to the public.”
7. Seterusnya artikel tersebut menyebut tentang semakin banyak gereja Kristian di Korea Selatan menggunakan K-Pop sebagai alat pendakyahan – “Perhaps that’s why many churches embrace K-pop … “
8. Seorang peminat K-Pop dipetik berkata “I wouldn’t be surprised if some [fans] come to church just for celebrity sightings. These fans, they love K-pop bands like a religion.” Apakah kerana ketaksuban peminat K-Pop ini tidak mempeduli semuanya semata-mata untuk bersama dengan selebriti K-Pop ini? Apakah ini gambaran yang cuba diberikan tentang apa yang telah berlaku di KL Live Centre di mana anak gadis Melayu sudah hilang perasaan malu untuk berpeluk di atas pentas?
Dalam satu persembahan di Singapura, Choi Siwon dari kumpulan Super Junior mengajak peminat untuk turut serta mengikutnya ke gereja keesokkannya. Dan Siwon menyertai majlis di gereja Baptis pada keesokkannya. CBN Asia pernah melaporkan bahawa Siwon “regularly updates his fans on his discipleship activities, tweets Bible verses and prayers” dan “share his faith, choosing to sing Casting Crowns’ “Who Am I” for his solo stage, and sharing the gospel during the song’s bridge.”
Nota: CBN adalah Christian Broadcasting Network yang diasaskan oleh Pat Robertson dan CBN Asia berpusat di Manila. Dua sumber yang saya petik kali ini (World dan CBN) adalah dari media pelampau evangelis Kristian. Bukan dari pihak musuh Kristian. Dalam siri-siri pendedahan agenda jahat Kristianisasi di blog saya, hampir keseluruhannya bersumberkan dari rujukan/tulisan/bahan yang diterbitkan oleh pelampau evengelis Kristian sendiri.
Baca juga tulisan susulan yang berkaitan:
- Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?
- Kuil-kuil Buddha Di Korea Dimusnahkan Oleh Pelampau Kristian Yang Ganas
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Melayu Kristian?
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Malaysian Insider Membela Agenda Pelampau Evangelis Kristian?
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
Recent Comments