You are currently browsing the daily archive for 24 January, 2015.

AYER KEROH – Tindakan pantas seorang imam masjid di Tangga Batu, berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak Islam berusia 8 tahun menukar agama lain, selepas dia diserahkan kepada keluarga bukan Islam.

Kanak-kanak terbabit, Muhammad Arqam Nur Ansal diserahkan kepada keluarga beragama Kristian selepas ibu-bapanya yang berasal dari Filipina ditahan Imigresen dan dihantar pulang ke negara asal.

ImamSelamatAgamaBudak-SinarImam terbabit, Razali Othman, 53, berkata, dia menemui kanak-kanak itu selepas diberitahu seorang jemaah masjid mengenai ada seorang budak lelaki di sebuah pusat bimbingan kanak-kanak yang sudah ditukarkan agama serta namanya.

“Kejadian itu berlaku sebelum Aidiladha tahun lalu. Ada orang jumpa saya meminta saya selamatkan seorang budak. Saya tanya pada dia, apa yang hendak diselamatkan?

“Jemaah itu kata, ibu bapa budak itu sudah ditangkap dan dihantar ke negara asalnya kerana masuk secara tidak sah. Budak itu tinggal dengan keluarga bukan Islam.

“Bila saya pergi ke taman bimbingan itu, sah ada kanak-kanak yang namanya sudah bertukar kepada bukan Islam,” katanya.

Razali berkata, selepas mendapatkan butiran asal usul, dia mendapati kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah klinik swasta di Masai, Johor.

“Saya hubungi bapa budak itu di Filipina. Dia terkejut anaknya hendak ditukar agama lalu meminta saya terus memeliharanya buat sementara,” katanya.

Razali berkata, walaupun berjaya menyelamatkan Muhammad Arqam, timbul masalah kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang dokumen kelahiran.

“Sukar untuk saya masukkannya ke sekolah. Saya cadang untuk masukkannya dia di mana-mana sekolah tahfiz.

“Kalau diizinkan bapanya, saya sedia menjaganya sampai besar. Anak-anak saya juga sudah bersetuju. Bagi saya, adalah menjadi fardu kifayah untuk kita selamatkan kanak-kanak ini. Apa yang penting, adalah agamanya,” katanya.

Sementara itu, kes berkenaan dirujuk ke Pusat Perkhidmatan Barisan Nasi-onal (Pembela BN) Negeri Melaka.

Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah pun menghubungi klinik yang dimaksudkan di Masai tetapi mereka enggan bekerjasama.

“Kita merayu supaya klinik berkenaan bekerjasama memberikan maklumat kelahiran kanak-kanak ini untuk diuruskan proses permohonan sijil kelahiran. Ia amat penting untuk masa depan kanak-kanak ini.

“Kita percaya kes ini boleh diselesaikan kerana bapanya masih boleh dihubungi. Sekiranya klinik berkenaan tetap enggan bekerjasama, kita akan cuba dapatkan khidmat guaman bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid