UPR Comango-CRC-Menteri RotanKetua Delegasi Gabungan Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin, pernah dipetik mengatakan bahawa ancaman dari Comango berterusan walaupun sesi UPR 2013-2014 telah selesai di Geneva semasa sidang UPR untuk Malaysia berakhir pada bulan Mac 2014. Saudara Azril yang kini menjadi Ketua Eksekutif CENTHRA-www.centhra.org (sebuah badan penyelidikan dan advokasi hak asasi manusia menurut perspektik Islam), turut menjangkakan bahawa COMANGO akan terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) berikutnya pada 2017.

Walaupun kita merasa syukur dengan beberapa keputusan positif yang dibuat oleh kerajaan semasa di Geneva ketika itu namun ianya tidak selesai begitu sahaja. (UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang) Benarlah jangkaan Sdr. Azril bahawa agenda COMANGO tidak terhenti selepas Mac 2014 lalu.

Semalam, menteri Rohani Karim dipetik berkata bahawa merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Sebenarnya dalam laporan tuntutan COMANGO ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk proses UPR (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)? dan juga Anda MESTI TAHU ambil tahu Ancaman COMANGO telah pun menyebut tentang CRC (atau Convention on the Rights of the Child). Mereka telah pun menekankan dalam cadangan mereka di baris pertama laporan mereka untuk menuntut perlaksanaan CRC sepenuhnya .

Apakah keputusan kerajaan ini merupakan sebagai suatu kejayaan COMANGO?