CRC-Jenayah Rotan - bagaimana agamaDengan tajuk di dada akhbar hari ini berbunyi “Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah” dan menteri menyebut bahawa “hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)” maka saya ingin mengimbau kembali ancaman dari kerja-kerja jahat COMANGO.

Saya ingin kongsikan kiriman yang telah saya tulis setahun lalu yang saya salinkan semula di bawah ini. Apakah benar juga bahawa Ancaman Comango dijangka berterusan? Baca juga: Benarlah Bahawa Agenda COMANGO Berterusan

Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO

Mungkin ramai lagi yang masih sangsi sejauh manakah ancaman COMANGO ini. Masih ada di kalangan masyarakat yang tidak tahu pun ada isu penting yang mengancam umat Islam di Tanah Air ini. Masih kedengaran hadirin yang terkejut dan baru sedar apabila kami lakukan sesi penerangan di seluruh Negara tentang ancaman tuntutan COMANGO.

Bicara tentang COMANGO ini bermula dari satu proses Semakan Berkala Sejagat PBB di Geneva (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?). COMANGO adalah gabungan beberapa buah NGO di Malaysia yang telah menghantarkan beberapa tuntutan yang terkandung pelbagai ancaman terhadap kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam keseluruhannya (baca: Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia? dan juga Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan).

Namun dalam pada terdapat ancaman-ancaman sedemikian, masyarakat awam masih ramai yang tidak peka dengan ancaman ini dan tidak kurang pula yang skeptik terhadap sesi penerangan yang dibuat oleh NGO-NGO Islam, termasuk gabungan NGO-NGO Islam seperti MuslimUPRo (klik https://www.facebook.com/muslimupro).

azizul shawati keluarga

Dalam pada itu, Negara kita gempar membaca laporan ibu bapa Melayu ditahan di Sweden Disember 2013 kerana dikatakan memukul anak mereka untuk solat. Ramai yang memberi pelbagai komen. Tetapi tidak ramai yang maklum bahawa apa yang berlaku ke atas pasangan Azizul dan Shawati jauh di Sweden itu sebenarnya bakal akan berlaku di Malaysia. Ianya bakal menyumbat ramai ibu bapa ke penjara dalam masa yang terdekat … jika antara tuntutan COMANGO di Geneva terlaksana.

Apakah di antara tuntutan COMANGO tersebut? Di dalam cadangan yang paling utama yang terkandung dalam laporan COMANGO kepada UNHRC untuk UPR pusingan kedua Malaysia bertarikh 11 Mac 2014 dipetik sebagai berikut:

Recommendations:
1.1. Remove all reservations and declarations on CEDAW, CRC and CRPD.

article 14-CRCCRC yang disebut dalam cadangan mereka ialah Child Rights Convention untuk perlindungan kanak-kanak. Malaysia telah menanda tangani CRC namun, Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan-tuntutan di dalam konvensyen tersebut.

Apakah perkara yang belum Malaysia laksanakan? Di antara perkara yang belum Malaysia laksanakan ialah Perkara 14 yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih agama mereka sendiri dan ibu-bapa yang menetapkan agama ke atas kanak-kanak mereka boleh dikenakan hukuman.

Suasana ini amat bercanggah dengan hadith Nabi s.a.w. bahawa “Setiap  bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Hadith sahih tersebut jelas meletakkan tanggung jawab ke atas kedua ibu-bapa.

CRC-penjara ibubapaApakah IMPLIKASI jika Kerajaan menuruti desakan COMANGO untuk melaksanakan seluruhnya CRC tersebut?

1. Menjadi kesalahan bagi orang yang mengazankan ke telinga kanan dan iqamat ke telinga kiri bayi yang baru lahir kerana itu adalah menetapkan agama ke atas bayi yang dilahir itu.

2. Ibu bapa boleh dijatuhkan hukuman apabila mengkhatan anaknya.

3. Ianya juga menjadi kesalahan untuk ibu bapa bayi untuk melakukan aqiqah dan seumpamanya kerana itu termasuk dalam kategori menetapkan agama bagi kanak-kanak ini.

Jika ini berlaku nanti, maka berjayalah satu lagi tuntutan yang sudah lama mereka desak. Dahulunya melalui Inter Faith Council (IFC), kemudian bertukar pelbagai wajah. Sebagai penerusan agenda musuh kita ini, kini mereka menggunakan jarum COMANGO untuk mendapat tekanan dari luar Negara ke atas Tanah Air tumpah darah ku ini. (baca: COMANGO – Talibarut Asing?)

Maka terlaksanalah hajat mereka untuk membuangkan status agama dalam sijil kelahirian dan kad pengenalan kita.

Apakah perlu kita berdiam diri memeluk tubuh?

Sesi Penerimaan Akhir (Final Adoption) untuk Kerajaan Malaysia dalam proses UPR kali ini akan berlangsung di Geneva pada 20hb Mac ini. Sama-sama kita berdoa serta meminta Kerajaan Malaysia bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO yang jelas menggugat kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. (kenyataan media MUAFAKAT)

Kami juga mendoakan delegasi NGO-NGO Islam di bawah naungan MuslimUPRo yang sedang berada di Geneva agar diberi kekuatan serta kepetahan berhujah untuk menyanggah ancaman bawaan COMANGO yang bakal menyesatkan umat di Tanah Air kita ini.

… Insha Allah bersambung untuk melihat ancaman-ancaman lain lagi.

Nota: CRC secara penuhnya disebut – Convention on the Rights of the Child

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin