Sepertimana selalu berlaku, pelampau evangelis Kristian akan sentiasa mengambil kesempatan apabila berlaku sesuatu musibah di mana-mana sahaja.
Kisah pemurtadan anak-anak yatim semasa misi “bantuan” pasca tsunami Aceh banyak dilaporkan. Begitu juga kumpulan gereja menculik kanak-kanak kecil yang hilang ibu bapa mereka apabila gempa kuat melanda Haiti – untuk dibawa ke pusat-pusat missionari mereka.
Apabila banjir besar melanda negara kita, pelampau evangelis ini juga menggerakkan jentera mereka melalui pelbagai persatuan mereka. Selepas amaran awal dikeluarkan, beberapa petugas NGO yang prihatin dan masyarakat setempat telah memantau pergerakan pelampau ini.
Banyak laporan yang kita terima. Kaedah mereka antaranya ialah mengedar barang-barang bantuan tetapi mereka selitkan bahan-bahan menghasut orang Islam untuk murtad. Mereka menyebarkan risalah dan buku komik untuk orang ramai terutama kanak-kanak.
Petugas kita dari beberapa tempat telah dapat mengesan pergerakan mereka. Saya sebut sebahagian sebagai contoh – iaitu, di Kg Slow Machang, Kg Tanjong Chenok Pasir Mas, Desa Tok Janggut Gua Musang, Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai dan juga di Bandar Kota Bharu sendiri. Mereka menaiki van dalam kumpulan 3-4 orang lelaki Cina (no. pendaftaran pun telah (dan sedang) kita kumpulkan).
Kumpulan-kumpulan ini akan mengedarkan bungkusan “bantuan banjir” tetapi turut serta di dalamnya dua naskah buku bertajuk Isa Al-Masih Kalimatullah (warna biru) dan Kisah Tentang Yesus Kristus. [buku warna biru (gambar di atas) pernah dilaporkan disebar oleh pelampau evangelis Kristian di I-City Shah Alam beberapa tahun lepas tetapi menggunakan kulit buku warna hijau]
Masyarakat Islam sekalian MESTI sentiasa peka dan memantau keadaan setempat serta memberi peringatan sesama kita. Musuh ini bergerak secara licik dan penuh tipu helah. Jagalah keimanan sanak saudara kita.
Jika anda ada maklumat – salurkan kepada pihak berwajib. Atau hantar komen kepada saya di blog ini (saya tidak akan siarkan – jika perlu dirahsiakan) atau boleh PM di FB saya https://www.facebook.com/akarimomar
1 comment
Comments feed for this article
6 February, 2015 at 3:38 am
Kitab Kristian diedar bersama bantuan banjir di Pasir Mas | Karim's Blog
[…] Misi Dakyah Kristian Diselit Dalam Misi Bantuan Banjir […]