You are currently browsing the daily archive for 29 January, 2015.

Polemik tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pelampau evangelis Kristian tidak reda-reda. Selepas keputusan akhir Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, dalam versi bahasa Melayu terbitannya pada Jun 2014, mereka failkan pula untuk semakan kehakiman pada September 2014.

Minggu lepas, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak semakan penghakiman yang difailkan oleh gereja berhubung penggunaan kalimah Allah. Mahkamah memutuskan bahawa tiada prosedur tidak adil dalam keputusan Tujuh anggota panel sebelum ini.

Persoalannya … Apakah orang-orang Kristian benar-benar percaya bahawa Allah Azzawajalla itu adalah tuhan mereka? Apakah orang yang terpacak di tiang kayu itu Allah?

Saya kongsikan dalam grafik di bawah sikap beberapa tokoh Kristian terhadap Allah.

Allah - ditolak tokoh Kristian

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

 

Akhir-akhir ini banyak mesej yang diterima dari kawan-kawan dalam parti PAS yang bimbang dengan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak. Apabila berjumpa, sungguh jelas dari raut wajah mereka ini dalam berkongsi maklumat “sulit” yang mereka perolehi.

[nota (15 Jul 2015): kiriman ini ditulis sekitar 6 bulan sebelum kemuncak Muktamar PAS yang meyaksikan kepimpinan ulamak berjaya menangkis cubaan menyingkir mereka]

Timbullah pelbagai persoalan. Apakah sampai peringkat itu kebencian sesetengah pihak dalam parti sendiri yang memusuhi para ulamak mereka? Ada pula yang mengatakan parti DAP yang amat bersungguh dalam percaturan ini. Malah ada yag berani menyebut bahawa DAP telah pun mengeluarkan dana (ingin juga saya sahkan jika ada sesiapa yang mempunyai bukti kukuh) kepada golongan tertentu untuk memastikan gerak kerja menyingkirkan kepimpinan ulamak terhasil apabila PAS mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru pertengahan tahun ini. Wallahu ‘alam.

Kenapa kepimpinan ulamak tiba-tiba menjadi satu halangan dalam Pakatan Rapuh ini? Apakah benar kerana isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government – UG) dahulu membuat sebahagian besar kelompok dalam Pakatan Rapuh bimbang dengan kepimpinan PAS? Atau mungkinkah pengalaman percaturan memecat MB Khalid untuk digantikan dengan isteri kepada KETua UMum PKR sebagai gambaran sebenar terhadap kebimbangan mereka?

Apakah sebenarnya tujuan usaha untuk “menaja” gerak kerja menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS? Apakah semata-mata kerana ulamak dilihat tidak mampu mentadbir sesebuah negeri apatah lagi negara nanti? Atau apakah di kalangan strategis Pakatan Rapuh mereka sudah menjangkakan PAS tidak akan bersama dalam PRU14 jika ulamak terus memimpin parti Islam tersebut?

Jika dilihat sebelum tertubuhnya PASMA, isu ketidak sehaluan pemimpin haluan Liberal dalam PAS – atau seringkali disebut sebagai Anwarinas, dengan haluan ulamak sudah pun dikesan semenjak pemilihan Timbalan Presiden parti apabila undi puak ulamak berpecah akhirnya menaikkan Mat Sabu, yang sering dituduh pengamal Syiah itu, hasil dokongan kumpulan mereka yang tidak gemar dengan kepimpinan ulamak. (saya tidak setuju dengan label Erdogan yang mereka sendiri cuba popularkan – kerana Erdogan sebenarnya mendekatkan masyarakat sekular Turki kepada Islam, walhal, Anwar [dan Anwarinas] meliberalkan dan mepluraliskan masyarakat Islam kita).

Dengan pemilihan parti tinggal beberapa bulan lagi, perancangan untuk coup d’état parti PAS semakin mudah dibaca.

Dari musibah banjir, beberapa perkara aneh berlaku, baik dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan mahupun pergerakan parti keseluruhannya. Gerakan bantuan banjir parti pun dilihat berpecah. Kem Husam, Dr. Hatta dan kumpulannya seolah-olah tidak sekata dengan usaha bantuan banjir yang digerakkan oleh pentadbiran kerajaaan pimpinan MB sendiri.

bantuan banjir-MatSabu-LKSKehadiran beberapa pemimpin dari DAP mahupun PKR, yang sudahlah lewat dan banjir sudah mulai surut, nampak macam tersesat ditempat-tempat yang bukan epicenter banjir. Dan terlalu jelas kelihatan sesetengah mereka itu berlakon dalam duka orang yang menerima musibah.

“Saluran bantuan banjir sesetengah pihak dilihat terasing dari jentera utama pentadbiran kerajaan parti mereka sendiri dan sesetengah pimpinan negeri nampak macam tersisih dari bantuan dari parti komponen PR” … antara persoalan yang ditimbulkan oleh kawan-kawan yang terlibat.

GIK-impian KelantanTerbaru timbul pula:

Gabungan Impian Kelantan (GAMITAN) …

Impian kita – ialah mencetuskan kehidupan baru dari bah besar seperti teladan Nabi Nuh a.s, ujian banjir bukan pengakhiran dari kehidupan.

Kalau pengajaran banjir di zaman Nabi Nuh a.s. – ianya menghapuskan semua orang-orang yang kafir dan hanya orang Islam sahaja diselamatkan. Sukar untuk saya fahami analogi yang mereka cuba bawakan. Tetapi istilah “impian” itu, atau dalam bahasa Inggeris “dream”, mungkin mempunyai makna dan maksud tertentu. Kita bicara di lain kiriman, insha Allah.

Tertanya saya:

1. Berita pelancaran GIK terdapat di RoketKini tidak di Harakah. Mungkin jawapannya ialah kerana ianya usaha DAP. Tetapi tak kan Harakah langsung tidak siar – laman blog pro-Pakatan Rapuh banyak dah siar?

2. Di mana muka pimpinan kerajaan Kelantan? Senarai pimpinan yang hadir seperti edaran Sekretariat GIK tidak menyenaraikan pimpinan kerajaan negeri.

Apakah GIK ini suatu gimik DAP bagi memulih kegagalan lakonan yang lalu atau susunatur DAP bagi memastikan golongan ulamak tersisih dalam pemilihan parti nanti?

*******

Sebelum ini:

Tulisan susulan:

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid