Saya tertarik dengan kiriman terbaru Iain Buchanan dan Kak Maznoor di blog mereka (anaksihamid.blogspot.com) yang mendedahkan sekeping gambar jika dilihat sekali imbas bagaikan kumpulan lelaki dan perempuan berkopiah dan bertudung adalah mualaf yang baru hendak belajar Islam.

kontekstualisasi paderi Thailand

Tetapi sebenarnya gambar tersebut adalah para paderi Kristian yang mengenakan pakaian Islam untuk mendekati masyarakat Islam – suatu kaedah kontekstualisasi yang galak diamalkan oleh pelampau evangelis Kristian bagi menipu untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Mereka bergambar sempena tamat latihan pada sekitar bulan Oktober 2006, bagi melatih 40 orang paderi bagi menyusup masuk ke masyarakat Islam di Thailand.

Nota: Iain Buchanan adalah penulis yang membongkar “The Armies of God” sebuah buku yang MESTI dimiliki untuk fahaman gerakan terkini pelampau evangelis Kristian di Malaysia.

Saya pernah kongsikan tulisan Iain sebelum ini: Lagi Pendedahan Gerakan Kristianisasi Oleh Iain Buchanan (The Armies of God)

Bacaan lanjut berkaitan KONTEKSTUALISASI: