You are currently browsing the monthly archive for January 2015.

AYER KEROH – Tindakan pantas seorang imam masjid di Tangga Batu, berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak Islam berusia 8 tahun menukar agama lain, selepas dia diserahkan kepada keluarga bukan Islam.

Kanak-kanak terbabit, Muhammad Arqam Nur Ansal diserahkan kepada keluarga beragama Kristian selepas ibu-bapanya yang berasal dari Filipina ditahan Imigresen dan dihantar pulang ke negara asal.

ImamSelamatAgamaBudak-SinarImam terbabit, Razali Othman, 53, berkata, dia menemui kanak-kanak itu selepas diberitahu seorang jemaah masjid mengenai ada seorang budak lelaki di sebuah pusat bimbingan kanak-kanak yang sudah ditukarkan agama serta namanya.

“Kejadian itu berlaku sebelum Aidiladha tahun lalu. Ada orang jumpa saya meminta saya selamatkan seorang budak. Saya tanya pada dia, apa yang hendak diselamatkan?

“Jemaah itu kata, ibu bapa budak itu sudah ditangkap dan dihantar ke negara asalnya kerana masuk secara tidak sah. Budak itu tinggal dengan keluarga bukan Islam.

“Bila saya pergi ke taman bimbingan itu, sah ada kanak-kanak yang namanya sudah bertukar kepada bukan Islam,” katanya.

Razali berkata, selepas mendapatkan butiran asal usul, dia mendapati kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah klinik swasta di Masai, Johor.

“Saya hubungi bapa budak itu di Filipina. Dia terkejut anaknya hendak ditukar agama lalu meminta saya terus memeliharanya buat sementara,” katanya.

Razali berkata, walaupun berjaya menyelamatkan Muhammad Arqam, timbul masalah kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang dokumen kelahiran.

“Sukar untuk saya masukkannya ke sekolah. Saya cadang untuk masukkannya dia di mana-mana sekolah tahfiz.

“Kalau diizinkan bapanya, saya sedia menjaganya sampai besar. Anak-anak saya juga sudah bersetuju. Bagi saya, adalah menjadi fardu kifayah untuk kita selamatkan kanak-kanak ini. Apa yang penting, adalah agamanya,” katanya.

Sementara itu, kes berkenaan dirujuk ke Pusat Perkhidmatan Barisan Nasi-onal (Pembela BN) Negeri Melaka.

Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah pun menghubungi klinik yang dimaksudkan di Masai tetapi mereka enggan bekerjasama.

“Kita merayu supaya klinik berkenaan bekerjasama memberikan maklumat kelahiran kanak-kanak ini untuk diuruskan proses permohonan sijil kelahiran. Ia amat penting untuk masa depan kanak-kanak ini.

“Kita percaya kes ini boleh diselesaikan kerana bapanya masih boleh dihubungi. Sekiranya klinik berkenaan tetap enggan bekerjasama, kita akan cuba dapatkan khidmat guaman bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Selepas mengirim artikel yang bertajuk “Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?“, blog saya telah diserang dengan beberapa komen negatif yang mempertikaikan tulisan saya sambil mendesak saya buktikan fakta saya. Ada juga yang mengguna bahasa yang kesat (dan lucah).

Saya sambung dari apa yang telah saya tulis sebelum ini (jika belum baca – klik di sini). Dan tajuk yang saya guna di atas bukan suatu yang saya reka-reka. Ianya adalah petikan dari laporan sebuah majalah Kristian (saya kena ulang – majalah Kristian!) berjudul “WORLD” – saya hanya focus kepada artikel dari majalah Kristian ini sahaja dengan tambahan sedikit dari CBN Asia.

KPop-boost- dakyahKristianMajalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

1. Tajuknya sendiri telah menyebut bahawa industri K-Pop itu telah merancakkan kerja-kerja dakyah Kristian. Dan diulang lagi dalam artikel tersebut … “The popularity of K-pop has boosted South Korea’s economy and tourism. More surprisingly, it has boosted Christian mission work.”

2. Disebut lagi … “Fans may be responding to the catchy tune, or the dancing—in the video nine pairs of incredibly long legs sweep in sultry ripples, then perk into a foot-stomping dance—but at least part of the popularity comes from the group’s Christian image“. Imej Kristian kumpulan K-Pop itu membantu mereka menjadi popular.

3. Mereka tidak sorok-sorok pegangan Kristian mereka ada yang berama “publicly declare themselves “devout Christians.” Dan di antara mereka mengaku bahawa mereka “always prays before a performance …dan … quotes Bible verses to her fans.”

4. Majalah tersebut juga memetik seorang aktivis evangelis kampus bahawa beliau “thinks God is allowing the K-pop boom for the sake of a global Christian revival.

5. Artikel tersebut juga memetik seorang wartawan dari China menceritakan tentang pengaruh industri hiburan dari Korean ini sambil menyebut bahawa “Hallyu has ties to Christianity“. Hallyu adalah istilah yang mula diguna di China terhadap industri musik pop dari Korea ini dengan mengambil dari perkataan Hollywood.

6. Seorang professor sosiologi dari sebuah universiti Kristian di Amerika berkata bahawa “many South Korean missionaries say Hallyu has made Christianity—viewed as part of the Korean culture—more culturally digestible and appealing to the public.

7. Seterusnya artikel tersebut menyebut tentang semakin banyak gereja Kristian di Korea Selatan menggunakan K-Pop sebagai alat pendakyahan – “Perhaps that’s why many churches embrace K-pop … “

8. Seorang peminat K-Pop dipetik berkata “I wouldn’t be surprised if some [fans] come to church just for celebrity sightings. These fans, they love K-pop bands like a religion.” Apakah kerana ketaksuban peminat K-Pop ini tidak mempeduli semuanya semata-mata untuk bersama dengan selebriti K-Pop ini? Apakah ini gambaran yang cuba diberikan tentang apa yang telah berlaku di KL Live Centre di mana anak gadis Melayu sudah hilang perasaan malu untuk berpeluk di atas pentas?

Dalam satu persembahan di Singapura, Choi Siwon dari kumpulan Super Junior mengajak peminat untuk turut serta mengikutnya ke gereja keesokkannya. Dan Siwon menyertai majlis di gereja Baptis pada keesokkannya. CBN Asia pernah melaporkan bahawa Siwon “regularly updates his fans on his discipleship activities, tweets Bible verses and prayers” dan “share his faith, choosing to sing Casting Crowns’ “Who Am I” for his solo stage, and sharing the gospel during the song’s bridge.

Nota: CBN adalah Christian Broadcasting Network yang diasaskan oleh Pat Robertson dan CBN Asia berpusat di Manila. Dua sumber yang saya petik kali ini (World dan CBN) adalah dari media pelampau evangelis Kristian. Bukan dari pihak musuh Kristian. Dalam siri-siri pendedahan agenda jahat Kristianisasi di blog saya, hampir keseluruhannya bersumberkan dari rujukan/tulisan/bahan yang diterbitkan oleh pelampau evengelis Kristian sendiri.

Baca juga tulisan susulan yang berkaitan:

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Ini petikan dari iklan di Jobstreet untuk Pink Triangle (salah satu pertubuhan yang menganjur Seksualiti Merdeka dan ahli anggota COMANGO).

 

NETWORK COORDINATOR:

Tasks and Responsibilities of the Network Coordinator. 1. Responsible for all the affairs and overall coordination of activities related to the Malaysian Men-Who-Have-Sex-With-Men (MSM) …

Jobstreet-PTfoundation-iklanMSM

Bukankah mencegah penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya?

Kenapa tidak dibendung dari punca masalah?

Baca petikan berikut, yang dipetik dari laman PT Foundation, bukankah ini menggalakkan perlakuan seks rambang :

No matter how many sexual partners you have, practising safer sex and protecting both yourself and others is an important part of your sex life.

If you’re in a main relationship and have an agreement that sex outside the partnership is acceptable then being open and honest about any risks you may have taken is an important part of looking after each other’s sexual health.

Always carrying condoms, knowing your limits with alcohol and avoiding drug use are all good steps to protect yourself in sexual encounters.

… memikirkan masalah umat akhir zaman yang penuh fitnah ini …

Ya Allah selamatkanlahku dan keluargaku serta sahabat handaiku dari fitnah akhir zaman.

Cinta Rasul: Realiti atau Fantasi

Oleh: Ustaz Kazim Elias

Tarikh: 21 Jan 2015 (Rabu)

Masa: 9:00 malam

Tempat: Dewan Dasury, IPD Polis Ampang Jaya, Taman Dagang, Ampang, Selangor

Semua dijemput hadir

UKE-IPD AmpangJaya

cityharvest-arrest

Kemaskini 21 Okt 2015: Terbukti – Penyelewengan Dana S$50 Juta Oleh Gereja City Harvest

Paderi Kong Hee, pengasas gereja City Harvest di Singapura ditangkap pada tahun 2012 kerana didakwa dan sedang dibicara kerana menyeleweng S$50 juta dana gereja untuk mempromosikan isterinya menjadi penyanyi di Amerika Syarikat. Isterinya, Sun Ho, juga seorang paderi, bertukar kerjaya untuk menjadi menjadi seorang penyanyi pop.

Rakaman video musik isterinya pernah tersebar dengan tarian gelek yang mengiurkan bercampur lucah. Dengan hanya pakaian coli berseluar pendek dengan disaluti baju pendek nipis, Klip video tersebut langsung tidak mengambarkan bahawa beliau sebenarnya adalah seorang paderi atau sememangnya gerakan pelampau evangelis Kristian ini boleh menjustifikasikan tujuan menghalalkan cara.

Dalam pembicaraan yang berlanjutan hingga kini, mahkamah pernah didedahkan bahawa gereja terpaksa mengeluarkan $500,000 semata-mata untuk membeli CD lagu Sun Ho yang tidak laku.

City Harvest-no coverageKong Hee juga disoal dalam mahkamah mengapa beliau berbelanja dengan dana yang besar untuk promosikan isterinya sedangkan gereja City Harvest masih ada hutang lain yang belum dilunaskan.

Beginilah yang kerap berlaku dalam pengurusan gereja Kristian yang besar-besar yang disebut “mega-church” dan juga di kalangan “televangelist” yang berlambak di Amerika Syarikat. Sudah kerap kali pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dana yang dilakukan oleh paderi-paderi sebegini. Namun, bagi kalangan pengikut yang taksub mereka masih mengangkat ketua paderi mereka seolah-olah suci dan tidak merasakan penyelewengan sebegini sebagai salah.

Hanya sebilangan kecil pengikut yang akan bertindak keluar dan akhirnya mendedahkan penyelewengan sedemikian.

Baca juga: Kes Penyelewengan $50 Juta Oleh Gereja Cuba Disembunyikan

 

Kes penyelewengan dana $50 juta oleh pengasas gereja City Harvest pastor Kong Hee sedang didakwa sebagai suatu jenayah kolar putih (CBT) dan dibicarakan di Singapura. Portal-portal berita seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini terlalu jelas menunjukkan sikap mereka untuk “membantu” puak pelampau evangelis menyembunyikan berita tersebut.

City Harvest-no coverage

Sepanjang pembicaraan kes tersebut tahun lalu, kedua-dua media tersebut langsung tidak memetik liputan pembicaraan. Media atas talian ini dilihat sebagai kerap menyebelahi pihak pelampau evangelis Kristian dalam banyak hal dan cara liputan mereka.

Kenapa pembicaraan kes sebesar ini mereka PILIH untuk tidak memberi liputan?

Apakah ada AGENDA TERSEMBUNYI supaya orang ramai tidak bercakap tentang penipuan dan penyelewengan dana gereja untuk kepentingan peribadi?

Apakah ada ARAHAN tertentu supaya MENUTUP malu gereja dan gerakan pelampau evangelis?

Jika kita membuat carian di kedua-kedua portal berita mereka dengan perkataan “city harvest” kita tidak mendapat sebarang petikan berita yang mereka laporkan berhubung kes penyelewengan dana oleh pengasas gereja, pastor Kong Hee semasa pembicaraan kes tersebut pada tahun lepas. Kong Hee didakwa bersama 5 orang lagi pimpinan gereja City Harvest untuk membantu membina kerjaya isterinya, Sun Ho – juga seorang paderi, sebagai seorang penyanyi dengan mengguna dana gereja.

Perlu juga diingat bahawa City Harvest mempunyai beberapa cawangan mereka di Malaysia. Ada di kalangan ahli politik DAP yang terlibat sama dalam gereja City Harvest di Malaysia.

Baca seterusnya: Paderi Kong Hee City Harvest Didakwa Seleweng $50 Juta Dana Gereja Untuk Promosi Isterinya

 

Kupasan yang amat baik berhubung isu K-Pop dari Bangkit.info:

Sebelum generasi Woodstock dan babyboomers di tahun 1960-an, untuk mencabul anak-anak gadis mana-mana negara, ia memerlukan beberapa batalion tentera, aset-aset ketenteraan serta gerakan penjajahan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kerap kalinya wanitalah yang menjadi mangsa di dalam peperangan. Berapa ramai yang telah dijadikan hamba pemuas nafsu golongan yang tentera yang menjajah. Mereka tidak mampu melawan kerana saat itu nyawa mereka bagai terletak dihujung tanduk.

Maruah Seorang Muslimah, Rasulullah s.a.w. dan Perang Bani Qainuqa

Kita juga masih ingat dan diperingatkan bagaimana maruah seorang wanita muslimah dipelihara dan dijaga oleh umat Islam secara keseluruhannya pada zaman Rasulullah s.a.w. Perang Bani Qainuqa tercetus apabila tindakan beberapa pencabul Yahudi berkelakuan biadab mencabul kehormatan seorang wanita muslimah dengan menyelak tudungnya di hadapan khalayak ramai. Seorang pemuda Islam bingkas bangun mempertahankan maruah wanita tersebut tanpa sebarang rasa takut. Beliau lantas menyerang lelaki Yahudi biadab yang mencabul kehormatan wanita tersebut. Terkejut dengan tindakan berani pemuda itu, Yahudi-Yahudi selainnya menyerang kembali pemuda tersebut dan beliau syahid di pasar itu. Berita tersebut lantas sampai telinga Rasulullah s.a.w.

Lantas Rasulullah mempersiapkan pasukan perang, melantik Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. sebagai Panglima dan mengerahkan pasukan tersebut mengepung perkampungan Bani Qainuqa. Takut melihat kemarahan umat Islam dengan kehadiran bala tentera yang mengepung mereka, pihak Yahudi menghantar pihak untuk merayu kepada Rasulullah s.a.w. supaya hukuman keras tidak dikenakan ke atas mereka. Bani Qainuqa kemudiannya dihalau dari perkampungan tersebut. Kaab bin al Asyraf, salah seorang Yahudi yang kuat pengaruhnya di situ telah dihukum bunuh. Yahudi-Yahudi Bani Qainuqa terkejut kerana melihat Rasulullah s.a.w. tidak menunjukkan rasa takut dan gentar malah terus mengarahkan hukuman tersebut dijalankan.

Diikat dengan Piagam Madinah, Yahudi tertakluk kepada undang-undang Yahudi. Undang-undang Yahudi yang dipungut dari kitab mereka dengan jelas menyatakan bahawa nyawa mesti dibalas dengan nyawa, darah mesti dibalas dengan darah. Bilamana mereka membunuh satu jiwa yang yang lain, maka jiwa yang membunuh itu juga haruslah dibunuh. Ia sama sepertimana prinsip undang-undang yang dikenali sebagai lex talionis. Kaab bin Asyraf kemudiannya dikenakan hukuman sesuai dengan tuntutan kitab mereka sendiri.

Maruah Seorang Muslimah, Khalifah Al Mutassim Dan Pasukan Perang Rom

Berlaku sebuah peristiwa di zaman Khalifah terakhir Bani Abassiyyah. Ketika itu, umat Islam dipimpin oleh Khalifah al Mu’tassim. Terjadi peristiwa, seorang muslimah telah ditangkap dan dipenjara oleh tentera Rom. Semasa dipenjara, auratnya telah disingkap dan dihinakan oleh tentera Rom. Beliau menyebut-nyebut nama khalifah tersebut mengharapkan pertolongan dari umat Islam. Berita penganiayaan tersebut, kemudiannya sampai kepada Khalifah al Mu’tasim.

Mendengar sahaja maruah seorang Muslimah diperlakukan sedemikian rupa, Khlaifah al Mu’tasim mengumpulkan bala tentera dan mengarahkan tenteranya bergerak dari kota Baghdad ke Kota Ammuriyah, sebuah daerah di Turki kini.

Perjalanan beribu batu untuk menebus maruah serta menyelamatkan muslimah tadi menyaksikan Kota Ammuriyyah di kepung selama lima bulan oleh tentera-tentera Islam. Berhasil mengalahkan kota tersebut, setelah hari kemenangan, Sultan sendiri mengambil usaha memasuki ke dalam kawasan penjara dan membebaskan muslimah tersebut. Walaupun pada ketika itu, keadaan serta kekuatan empayar kesultanan Abbasiyyah sedang diancam dari pelbagai musuh dan ancaman. Mereka juga tidak sekuat semasa di zaman kegemilangan mereka, tetapi itu tidak menghalang kepada Khalifah untuk bingkas bangun dan mengambil tindakan drastik dan perlu untuk membela maruah muslimah terbabit.

Kisah Asha Gill Dan WestLife

Asha Gill Semasa Menjadi Hos Rancangan Lonely Planet Six Degree

Kami juga masih ingat lagi dengan satu peristiwa yang berlaku tidak lama dahulu melibatkan seorang selebriti wanita tempatan bukan Islam bernama Asha Gill. beliau pernah menjadi hos rancangan Lonely Planet 6 Degree. Pencapaiannya membolehkannya dikenali sehingga peringkat antarabangsa.

Semasa muda remaja, kumpulan Westlife pernah menjemputnya ke Hong Kong untuk menjadi penari yang memegang watak utama kepada lagu Uptown Girl. pelawaan itu diterimanya dan mereka kemudiannya mengadakan persembahan di Hong Kong.

Semasa sedang teruja dengan tarian dan persembahan, salah seorang anggota kumpulan Westlife, Brian McFadden, kemudiannya menarik dan menyingkap skirt yang dipakai oleh Asha Gill. Marah dengan perbuatan mencemar maruahnya dihadapan ribuan penonton, Asha Gill, walaupun masih muda remaja, membalas perbuatan tersebut dengan satu tamparan yang kuat ke wajah McFadden dihadapan ribuan penonton.

Bukan semua wanita boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan artis. beliau melakukan tindakan yang betul mempertahankan maruahnya daripada diperlakukan sedemikian oleh artis terbabit. Beliau bangkit sendiri mempertahankan dirinya.

Tetapi, semua kisah di atas melibatkan golongan wanita yang pentingkan maruah diri mereka terjaga dan terpelihara.

Maruah Melayu Berpakaian Muslimah Peminat K-Pop, Kepimpinan Sotong dan Tiada Apa-Apa Berlaku

Telah viral sebuah video menyaksikan anak-anak gadis Melayu yang bertudung dan menutup aurat, satu persatu dipilih dan dijemput naik ke atas pentas untuk dipeluk, dicium dan diperlakukan seperti tiada maruah oleh sekumpulan lelaki K-Pop dari Korea.

Apa mereka ingat ini negara orang utan tanpa ada undang-undang dan tanpa ada maruah dan kehormatan tertentu yang dipegang oleh majoriti rakyatnya?

Islam ialah Agama Negara. Setiap perlakuan yang meletakkan imej dan maruah Islam dalam keadaan mengaibkan serta mencemarkan maruah, merupakan satu tindakan yang boleh dianggap sebagai meludah kepada kehormatan negara.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Agama bagi Persekutuan ini ialah Agama Islam.

Ramai manusia pendek akal kemudiannya berhujah, biarkanlah mereka itu, bukankah mereka merelakan diri diperlakukan sedemikian rupa? Ya benar, mereka-mereka itu merelakan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Tetapi, apakah majority rakyat Malaysia yang beragama Islam merelakan imej agama mereka yang sedang dibawa oleh anak-anak gadis tersebut melalui cara berpakaian mereka dipotretkan sedemikian rupa murah, mudah dan boleh diperlakukan begitu sahaja oleh sesiapa sahaja? Jawapannya tentu tidak sama sekali.

Anak-anak gadis itu, sedang membawa bersama mereka imej agama yang mereka anuti. Buruk akhlak mereka, maka buruklah persepsi manusia-manusia di luar sana terhadap agama mereka. Baik akhlak mereka, maka baiklah persepsi dan tanggapan masyarakat mengenai apa agama yang mereka anuti.

Lebih menarik, Agama anutan mereka ialah agama bagi Persekutuan ini.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia bajet bagus dengan modus operandi red herring melontarkan komen-komen bahawa isteri-isteri sesetengah pemimpin pun memeluk artis di atas pentas. Artis Melayu pun berpeluk sakan di atas dan di bawah pentas. Drama-drama Melayu pun berbuat perkara serupa. Jadi tak perlu bising bila semua ini berlaku. Komen-komen itu dibuat seolah-olah kita semua berdiam diri bila semua itu berlaku selama ini. Mungkin terlalu lama duduk di bawah tempurung sehinggakan apa yang pihak lain lakukan secara konsisten untuk menegur, tidak kira siapa pun pelakunya, tidak diketahuinya langsung. Lantas dengan rasa syok sendiri, golongan ini keluar membuat red herring dan menjauhkan isu terbaru ini daripada diberikan perhatian serius.

Apa yang berlaku di pentas K-Pop itu, dilihat mempunyai agenda-agenda tertentu yang mehu dicapai oleh sesetengah pihak.

Apabila, Tuan Haji A. Karim Omar menulis bahawa K-Pop itu membawa bersamanya agenda Evangelisasi Kristianisasi global dalam bentuk baru dan terselindung, keluar pula golongan yang mendekatinya dengan skeptik dan minda yang langsung tertutup.

Kami telah berhubung dengan Tuan Haji A. Karim Omar dan telah diperlihatkan bukti-bukti yang jelas menunjukkan apa yang dikatakannya itu benar-benar bersandarkan kepada bukti-bukti kukuh yang ada. Tunggu sahaja pendedahan selanjutnya yang bakal dibuat beliau tidak lama lagi.

Setelah teruk mencemarkan maruah Agama Persekutuan, penganjur K-Pop tersebut, hanya mengeluarkan permohonan maaf dengan kenyataan seolah melepaskan batok di tepi tangga.

Melihat kepada jadual kemasukan kumpulan K-Pop seterusnya, nampak gayanya entah berapa ramai lagi anak-anak gadis Melayu yang bakal dicabul dan dicemarkan maruah agama mereka sekiranya aktiviti ini tidak disekat selepas apa yang telah berlaku sebelum ini.

Dalam hal ini, penganjur mesti dipertanggungjawabkan. Ini kerana pihak mereka telah membiarkan sesuatu yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara diperlakukan sedemikian rupa. Mana perginya rasa hormat kepada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang ditekankan? Mana perginya rasa hormat ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan?

Selagi tiada tindakan dikenakan ke atas penganjur, maka selagi itulah maruah kita semua sebagai umat Islam seolah-olah sedang dipijak-pijak dan diludah-ludah di hadapan mata.

 

Mana dia pemimpin Islam, yang mewarisi negara ini melalui kuasa ketamadunan Islam sejak sekian lama, bangkit bangun mempertahankan maruah-maruah muslimah selain yang dicabul pencabul K-Pop itu sepertimana Rasulullah s.a.w. dan Al Mu’tasim? Kita tidak menuntut sampai perlunya berperang, cukup sekadar menjalankan peroses undang-undang sedia ada untuk memastikan pelanggar-pelanggar undang-undang diberikan keadilan proses undang-undang sepenuhnya.

Atau apakah kita kini sedang dipimpin pemerintah dengan barisan kabinet sotong dan kita sebagai pemuda-pemuda Muslim turut kesotongan kerana tidak mampu berbuat apa-apa meskipun maruah agama kita diperlakukan sedemikian rupa?

sumber: http://www.bangkit.info/2015/01/setelah-pencabul-k-pop-menghina-maruah.html

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) dan rakan-rakan sekutunya:

Centhra-LogoWE, the Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) and Concerned Lawyers for Justice (CLJ) condemn in the strongest terms the highly provocative, outrageous as well as downright false tweet by Eric Paulsen of Lawyers For Liberty (LFL) suggesting that the Islamic Development Department of Malaysia (JAKIM) is responsible for fermenting extremism in its preparation of weekly Friday sermons for and on behalf of mosques throughout Malaysia.

We note that this tweet is but the latest in a series of tweets by him and LFL that result in further undermining of the position of Islam enshrined within the Federal Constitution as well as having a negative effect of incitement against the Malay Muslim majority population in Malaysia and a chilling consequence for race and religious relations between different classes of the population of our nation. We wholly reject his subsequent hypocritical claim that he was merely criticizing JAKIM as a government agency, especially in light of some of his equally outrageous previous tweets on matters of Islam.

Among Eric Paulsen’s other inflammatory tweets have been that in sermons given during Hari Raya Aidil Adha allegedly urging Muslims to be wary of rational thinking, that JAKIM is a mere unelected body of so-called conservatives with no authority to rule over Islamic affairs; that muftis and ulamas are deranged and obsessed with sexual relations; that PPIM makes deliberate unwelcome visits to supermarkets to ascertain that goods sold do not insult Islam; and calling certain individuals Talibanic.

We further note that JAKIM does not prepare Friday sermons for mosques throughout Malaysia, as ignorantly and falsely claimed by Eric Paulsen. It is the respective Religious Councils of each respective States that prepare the sermons, while JAKIM is in charge only for four mosques: namely the Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan and Masjid Wilayah. We also note that the weekly Friday sermons prepared by JAKIM are anything but extreme. Sermons given in recent times include the need to build caring societies, to jointly prevent corruption, to have integrity as well as to maintain public peace and harmony. We therefore call upon Eric Paulsen to provide evidence of sermons that encourage extremism as alleged by him and verily believe that there are none in this regard.

Incendiary statements made by unscrupulous individuals and organisations such as Eric Paulsen and LFL demonstrate an even greater need for the Sedition Act 1948 to not only be retained but zealously enforced, especially against the likes of such individuals and organisations. A multi racial and multi religious society such as Malaysia cannot and must not be allowed to become a playground for those organizations and movements funded by dubious foreign entities to deliberately create destructive social atmospheres in the name of promoting abstract, wholly idealistic and non-realist ideals that are alien to this land as well as its inhabitants. We further believe that should these elements not be kept in check by the authorities, who are charged with keeping public peace and security, and be allowed to fester, then the consequences for our nation would be unimaginable.

We call upon the authorities to investigate Eric Paulsen under the Sedition Act 1948 and other laws for making clearly seditious tweets that undermine the position of Islam enshrined under the Federal Constitution, and thereby creating racial discord. We further call upon the authorities to outlaw organisations that have the tendency to be an agent to further sinister agendas of foreign entities. We call upon the Bar Council to take appropriate disciplinary action against Eric Paulsen under the relevant provisions of the Legal Profession Act 1976 as well as the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 for making seditious tweets in his capacity as a legal practitioner, which quite clearly tarnishes the good name of the legal profession. We further call upon the Bar Council to immediately revoke its resolution of 19 September 2014 calling for the repeal of the Sedition Act 1948, disavow its so-called Walk for Peace and Freedom and memorandum to the authorities on 16 October 2014 further calling for the abolition of that Act, and to wholeheartedly as well as unreservedly support the Act and other laws designed to protect and maintain the Federal Constitution as well as racial and religious relations within Malaysia.

Azril Mohd Amin is a lawyer and Executive Director of Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), Faidhur Rahman Abdul Hadi is the Co-Founder of Concerned Lawyers for Justice (CLJ), while Aidil Khalid is a senior fellow of CENTHRA and activist member of CLJ.

sumber: http://azrilmohdamin.com/2015/01/12/condemnation-of-eric-paulsens-statement-against-jakim

sokong KPN-eric paulsenJom kita ramai-ramai solat Jumaat di Masjid Bukit Aman pada hari Jumaat ini, 16hb Januari 2015.

Kita nyatakan sokongan kita terhadap ketegasan Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar, dan PDRM keseluruhannya, di atas ketegasan untuk menangkap pengkhianat dan penghasut negara, Eric Paulsen, yang cuba menimbulkan ketegangan di kalangan penganut agama, terutama Islam.

Kita mahukan Tanah Air yang aman tenteram.

 

anjing suruhan AmerikaPUTRAJAYA 12 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, ekoran kenyataannya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Muhyiddin ketika diminta mengulas catatan Twitter Paulsen berkaitan perkara itu berkata, perbuatan Paulsen itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.”

Islam bukan ektremis, sejak bila pula orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa. Islam adalah agama yang paling sederhana,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan hari pertama sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan Sekolah Menengah Cyberjaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dakwaan kononnya khutbah Jumaat diseleweng tidak harus timbul kerana khutbah ialah rukun solat yang menyentuh perkara bukan sahaja berkisar tentang konteks kehidupan Islam malah merangkumi isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.

“Paulsen mungkin tidak tahu langsung tentang ini atau dia tidak mendalami soal Islam,” katanya.

Paulsen mengeluarkan kenyataan menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat menerusi akaun Twitternya pada 9 Januari lepas. – BERNAMA

Baca: Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid