Ramai yang melihat kemelut PAS-DAP bakal merugikan PAS. Mungkin. Tetapi sebenarnya bagi PAS mereka ingin kembali kepada perjalanan asal parti mereka yang mana bagi sesetengah pemerhati merasakan telah sedikit tergelincir. Bagi kumpulan yang bertegas dengan pendirian asal parti, PAS mampu berdiri sendiri dan bersedia untuk tidak mendapat sokongan bukan Melayu-Islam pun.

Bagi mereka program Pas-For-All adalah program yang dibawa masuk dengan sedikit sebanyak telah melunturkan teras perjuangan yang bertonggak Islam semenjak dahulu. Ianya dilunturkan oleh unsur-unsur Liberal dan mereka yang tamakkan kuasa membuta sambil sanggup mencairkan asas perjuangan.

Sebenarnya, kemelut PAS-DAP ini menunjukkan DAP semakin yakin dengan kekuatannya. Bagi DAP, tiadanya PAS bukan lagi pergantungan mereka untuk meraih undi orang-orang Melayu-Islam, seperti dua PRU (2008 dan 2013) yang lalu. Sebelum itu, orang-orang Melayu-Islam tidak akan undi DAP. Dan dulu saingan DAP hanyalah dengan parti-parti Cina.

Kini DAP sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat baru untuk tidak lagi hanya berdepan dengan parti-parti Cina tetapi sudah bersedia untuk berdepan dengan parti Melayu, walaupun di kawasan bukan majoriti Cina sepenuhnya. Dan langkah ini telahpun dicuba dalam PRU lepas dengan JAYAnya (tetapi masih mengharapkan sokongan dari penyokong PAS – contoh Gelang Patah).

Pasma-DAPUntuk kali ini, DAP sudah bersedia untuk tidak lagi mengharapkan penyokong rasmi PAS untuk mengundi mereka. DAP sudah yakin bahawa, mereka sudah ada penyokong Melayu-Islam yang sudahpun setia dan bersama dengan parti mereka. Bukan sahaja mereka sudahpun sediakan beberapa ikon muda aktivis muda Melayu untuk dibaruakan tetapi DAP juga sudahpun mempunyai cukup penyokong PAS yang akan keluar PAS menjelang PRU akan datang apabila PAS tidak lagi bersama Pakatan Rapuh PR.

Ya, PAS, secara rasminya nanti, tidak akan lagi bersama DAP dalam PRU akan datang. Tetapi percayalah, DAP sudahpun membela cukup “barua” (pinjam istilah Presiden PAS) dari kalangan ahli PAS (termasuk sebahagian besar juga dari barisan pimpinan sekarang) untuk “bersama” dalam semangat untuk menggerakkan sokongan kepada DAP. “Barua-barua” ini, bersama dengan pengikut mereka akan berbondong membuta menuruti percaturan DAP.

Sebab itu, DAP tidak peduli apa SUA PAS Cikgu Pa hendak kata. DAP juga tidak kisah untuk mengherdik Presiden PAS. Malah Guan Eng sendiri sudah berani menyaman bekas Ketua Pemuda PAS. Begitulah yakinnya DAP. Sebab DAP tahu, orang-orang yang dibela mereka dari kalangan pimpinan sudah pun berani bersuara menyanggah pimpinan PAS sendiri bagi membenarkan sahabat akrab mereka dari DAP.

Dan pada peringkat kenyakinan yang sebegitu tinggi ini, DAP pun bersedia jika PKR dibungkus nanti selepas Anwar dipenjarakan. Hatta, jika Anwar mengadakan rundingan dengan Najib untuk bersama dalam menentang asakan Dr. M-Daim, pun DAP bersedia bersendirian. Sebab DAP sudah capai tahap keyakinan bahawa sudah ramai Melayu yang boleh dibeli.

Mungkin anda mahu juga baca tentang Gerakan Menjatuhkan Kepimpinan Ulamak Dalam PAS Telah Bermula?

Kalau dulu saya bertanyakan Permulaan PASMA Sudah Pun Berbohong?

Advertisements