PASIR MAS 5 Feb. – Penduduk di Kampung Slow Machang di sini dikejutkan dengan pengedaran dua buah ‘kitab’ agama Kristian berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus dalam bentuk kartun diletakkan bersama bantuan banjir yang diagihkan baru-baru ini.
Kedua-dua buah buku dalam bahasa Melayu itu diletakkan bersama bantuan banjir dan diagihkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada 21 Januari lalu kepada penduduk di kampung itu. Difahamkan kedua-dua buah kitab itu ditemukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) berkenaan, Suhaimi Mustafa sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.
Menyedari perkara tersebut boleh mengugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa buah NGO tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas petang semalam.
sumber -UTUSAN ONLINE
Kiriman sebelum ini:
Misi Dakyah Kristian Diselit Dalam Misi Bantuan Banjir
1 comment
Comments feed for this article
6 February, 2015 at 3:38 pm
Kitab Kristian diedar bersama bantuan banjir di Pasir Mas
[…] Source: Kitab Kristian diedar bersama bantuan banjir di Pasir Mas […]