“Di kota Medan terdapat sebuah pusat hiburan dangdut yang sangat popular. Terletak di Hotel Danau Toba International ialah Dangdut Internasional. Ianya adalah seolah-olah suatu yang mesti kami pergi dalam lawatan kami pada 26-28 Mac 2009” … ini adalah pengakuan salah seorang ahli rombongan yang bersama dalam lawatan ke Medan tersebut.

Ahli rombongan tersebut terdiri dari tokoh-tokoh besar beberapa buah parti dalam Pakatan Rapuh (PR). Mereka itu kini merupakan seorang Timbalan Presiden Pusat, seorang Pesuruhjaya Negeri, seorang yang semasa itu menjadi Speaker Dewan Negeri, seorang Exco Agama Negeri dan seorang yang merupakan bekas strategis parti dan pegawai khas Ketua Menteri.

“Tujuan lawatan kami ialah mewakili Ivory Properties Group Berhad untuk kunjungan hormat berjumpa dengan Governor Medan dan Wali Kota bagi cadangan projek pembangunan di situ”, sambung beliau yang kini tidak lagi bersama parti cauvanis tersebut.

tokoh dangdut-medan-mac2009Kelima-lima mereka menginap di Hotel Danau Toba International di Jalan Imam Bonjol 17 – masing-masing seorang satu bilik. Pada hari kedua, hari Jumaat, kami sama-sama keluar menaiki “Kijang” untuk ke masjid untuk solat Jumaat. Ketika hampir tiba dekat masjid salah seorang anggota rombongan mengatakan tidak perlu pergi solat kerana semua mereka adalah musafir. Walhal, mereka sudah pun dekat dengan masjid. Maka kami pun berpatah dan terus balik ke hotel.

Maka persoalan di dalam kepala pencerita. Mengapa seorang tokoh sebuah parti Islam tidak mahu pergi solat Jumaat sedang kami sudah pun memang menghala ke masjid dan sudah pun dekat dengan masjid.

Yang amat mengejutkan ialah apabila pada malamnya, tokoh tersebut, yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden bagi partinya, mengajak untuk semua orang pergi berhibur di Dangdut Internasional. Beliau kehairanan kerana “ketokohan”nya yang selama ini digambarkan dalam pelbagai ceramah parti itu rupanya kepuraan semuanya. Kesemua ahli rombongan tersebut nampak sungguh terhibur dengan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh beberapa penyanyi/penari dangdut tersebut.

Tambah lagi rasa tidak percaya ialah apabila “tokoh” tersebut mengeluarkan duit untuk diberikan kepada penari-penari dangdut yang datang ke meja mereka dengan tari gelek yang mengiurkan.

Siapakah kelima-lima orang yang berada berDANGDUT di Dangdut Internasional Medan pada 27hb Mac 2009 itu?