BANGI, 13 Feb – Setiausaha Agung Muafakat, Karim A Omar menyifatkan media-media liberal yang berlegar di internet sememangnya akan sentiasa memutarbelitkan fakta dan isu demi kepentingan mereka.

Katanya, portal The Malaysian Insider (TMI), Malaysiakini dan sealiran dengannya memang terkenal dengan laporan yang putar alam.

“Misalnya TMI, kadang kala tidak profesional dalam cara laporan mereka. Langsung tidak ada kredibiliti.

ismaweb-mediaputarbelit“Mereka boleh edit dengan mengubah fakta laporan. Mereka boleh menukar cerita tanpa rasa bersalah terhadap laporan palsu mereka,” katanya ketika dihubungi sebagai mengulas artikel yang disiarkan ISMAweb bertajuk ‘Putar belit mainan media liberal’.

Artikel itu mengatakan media-media liberal ini telah mengambil kesempatan di atas hak kebebasan bersuara untuk menulis apa sahaja bagi mencapai kepentingan ideologi liberal. Mereka mengeluarkan artikel-artikel yang mempunyai niat jahat dengan memputar belit laporan serta menerbitkan artikel berunsur hasutan dan fitnah.

Karim berkata, memang media-media liberal ini sangat anti-Islam dan antiinstitusi raja dan pro-anarkis.

“Mereka akan hentam institusi raja setiap kali mereka ada peluang. Mereka juga akan kuat menyebelahi musuh-musuh Islam.

“Contohnya kes rompakan ke atas dua biarawati yang pernah berlaku di Seremban, TMI jelas membawa provokasi sambil menyediakan medan untuk pelampau agama untuk mengganyang umat Islam di Tanah Melayu ini.

“Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut.

“Anehnya apabila ada komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat TMI akan lupuskan daripada ruangan komen apabila tentera ‘hantu’ pelampau-pelampau menyerang habis-habisan.

“Apa jenis kebebasan media yang mereka amalkan ini?,” soalnya.

Tambah beliau, pihak berwajib mesti menyiasat agenda jahat ini dan dalang yang melakukan kerja-kerja yang mengganggu ketenteraman masyarakat Tanah Melayu ini.

“Jangan dibiar api-api hasutan ini menjadi terlalu besar untuk dikawal,” tegasnya.

sumber: http://www.ismaweb.net/2015/02/media-liberal-sentiasa-putar-belit-fakta-muafakat/