Saya telah banyak kali menyebut tentang kaedah pemurtadan Kristianisasi melalui program bolasepak. Namun ada dari kalangan kita yang masih skeptik dan tidak percaya dengan apa yang saya nyatakan. Malah ada pula sesetengah portal sesawang yang memperlecehkan sambil memetik dari beberapa orang ahli politik dan pemimpin gereja untuk mengulas kenyataan saya.

[Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak]

Isunya, pertama, jika kita tanya kepada pencuri soalan apakah mereka mencuri, sudah tentu mereka akan menafikan. Walaupun yang telah ditangkap sekalipun. Mereka akan mencari pelbagai tipu helah untuk menyelamatkan diri.

Kedua, bagi ahli politik yang mempunyai kepentingan tertentu, mereka akan bertindak apa sahaja yang selari dengan hasrat dan agenda politik mereka. Bagi mereka segalanya boleh selagi mampu mencapai cita-cita politik mereka. Kepentingan utama mereka ialah kejayaan dan matlamat politik.

[Ini jawapan saya khusus untuk Mujahid Rawa – yang saya doakan juga semoga anak cucu al Marhum Ustaz Yusof Rawa dipelihara dari ancaman aqidah ini]

Bolasepak-gereja3Saya ingin berkongsi lagi tentang perancangan besar yang dilakukan oleh Junta de Missões Mundiais – JMM (World Mission Board) di bawah apa yang disebut sebagai Programa Esportivo Missionário – PEM (atau Missionary Sports Program – Program Sukan Missionari).

Program seperti PEM ini telah dilaksanakan di berpuluh negara. Malah JMM sangat berbangga kerana di negara Afrika Selatan, program kelolaan mereka diterimapakai untuk program nasional di sekolah-sekolah. Kejayaan PEM membuat sebuah gereja di Malaysia menjalankan aktiviti ini dengan kerjasama JMM Brazil untuk membuka akademi bolasepak bagi tujuan memurtadkan remaja Islam.

Oleh kerana itu, para ibu bapa harus peka dalam menghantar anak-anak untuk menyertai program dan latihan yang dianjurkan oleh pelampau evangelis Kristian yang berlindung di bawah nama sukan.

Portal TMI sangat berminat untuk mengulas isu bolasepak dan gereja ini. Mereka telah beberapa kali memetik ucapan saya sebelum ini pada tahun lepas – sambil meminta orang lain komenkan kenyataan saya. Bukti-bukti sudah saya zahirkan di blog saya. Buktikan fakta saya salah!

Sudi baca juga: Melayu Kristian?