You are currently browsing the daily archive for 17 February, 2015.
Kita wajar fahami tertib dalam kefahaman Islam dengan meletakkan isu aqidah mengatasi perbincangan yang lain. Ini kerana tersalahnya aqidah itu membawa kepada kita ke neraka selama-lamanya, abadan. Nauzubillah min zalik
Membicara isu aqidah tentang seorang tokoh, yang kebetulannya seorang ahli politik, bukan bermaksud berbicara politik. Jauh sekali mempolitikkan perbincangan.
[Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?]
Menyebut kejahilan Abu Jahal/Abu Lahab, yang merupakan tokoh pemimpin bangsawan Quraish (tokoh politiklah jika disamakan dengan zaman sekarang), bukan bermakna kita mempolitikkan kesesatan Abu Jahal.
Begitu juga apabila ada orang mempersoalkan kenapa hendak kita aibkan seseorang tokoh itu, lupakah mereka di dalam Al Quran, Allah S.W.T. berulang kali menyebut pasal keangkuhan, kezaliman dan kejahilan beberapa orang yang disebut dengan nama mereka. Firaun, Haman, Qarun. Bagaimana pula dengan Abu Lahab yang disebut dengan khusus dalam satu surah? Apakah kita ingin mengatakan Allah telah membuka aib mereka itu? Astaghfirullahal’adzim
Janganlah kita terlalu beremosi dan taksub dengan sesuatu hingga lupa pertimbangan nilai dalam Islam.
Ulamak-ulamak terdahulu dengan jelas menyenaraikan ajaran-ajaran sesat dan menyebut firqah-firqah tersebut dalam kitab-kitab mereka. Dalam memelihara serta menjelaskan siapa golongan naajiyah dari firqah-firqah yang sesat, sebagai contoh, Al Imam Abu Mashur Abd al-Qahir bin Thahir bin Muhammad bin Abdullah al-Baghdadi (kitab al-Farq baina al-Firaq) dan Al Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (kitab Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Mushallin), menyebut dengan jelas nama-nama tokoh dan memperincikan di mana kesesatan mereka itu.
Dalam bab aqidah, Al Imam Al Ghazali mewajibkan untuk kita terangkan kemungkaran ini kerana dibimbangi masyarakat awam terkesan dengan kemungkaran aqidah.
Dalam menyebut kemungkaran yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dalam bab aqidah ini saya merujuk kepada beberapa sumber yang ditutur sendiri oleh Anwar. Contoh yang saya sebut dalam kiriman “Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?” ialah dari ucapan beliau ketika membaca kenyataan rasmi beliau pada 10 Januari 2010. Kemudian kita teliti juga ucapan beliau di London School of Economics pada 18 Mac 2010 dan perdebatan susulan yang diadakan pada 2 Januari 2011 dengan kehadiran beliau sendiri. Anwar konsisten dengan pendirian sesat ini. (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?)
Tujuan kiriman saya ini bagi memberi peringatan kepada kita semua. Semoga kita semua terselamat dari terjatuh dalam neraka selama-lamanya.
Apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa tuhan yang disembah itu tuhan yang sama, di hadapan orang-orang Kristian – sudah pastinya tuhan yang Anwar samakan itu bukan Tuhan saya, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Saya bersyahadah bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah.
Jika Anwar bercakap sedemikian di hadapan para paderi dan pemimpin Kristian bahawa “Kita harus sedar tuhan yang kita sembah ialah … tuhan yang sama” maka apakah Anwar maksudkan bahawa tuhan yang orang-orang Kristian sembah itu sama dengan Allah Yang Maha Esa? Apakah orang yang terpaku pada tiang salib yang disembah oleh orang-orang Kristian sebagai tuhan mereka itu Allahus Samad?
Apakah Jesus yang orang Kristian kata disalib itu Allah? Beliau berucap pada 10hb Januari 2010 dan disiarkan di blognya sendiri – Astaghfirullahal ‘azhim.
Jika maksud Anwar ialah tuhan yang disembah oleh penganut semua agama adalah tuhan yang sama maka apakah erti pengucapan kalimah syahadah pada dia? Apakah semua tuhan yang disembah oleh penganut pelbagai agama juga merujuk kepada Allah S.W.T.? Habis, tuhan-tuhan lain yang kita tolak dalam syahadah itu tuhan mana?
Mustahil untuk pelbagai gambaran tuhan yang dicipta oleh masing-masing agama itu merupakan Allah yang umat Islam bersyahadah.
laa ilaaha illallah
Semoga kita, kaum keluarga kita serta sekalian umat Islam terhindar dari kepercayaan yang sesat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ini.
Recent Comments