Yang Mana Tuhan Anwar2Kita wajar fahami tertib dalam kefahaman Islam dengan meletakkan isu aqidah mengatasi perbincangan yang lain. Ini kerana tersalahnya aqidah itu membawa kepada kita ke neraka selama-lamanya, abadan. Nauzubillah min zalik

Membicara isu aqidah tentang seorang tokoh, yang kebetulannya seorang ahli politik, bukan bermaksud berbicara politik. Jauh sekali mempolitikkan perbincangan.

[Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?]

Menyebut kejahilan Abu Jahal/Abu Lahab, yang merupakan tokoh pemimpin bangsawan Quraish (tokoh politiklah jika disamakan dengan zaman sekarang), bukan bermakna kita mempolitikkan kesesatan Abu Jahal.

Begitu juga apabila ada orang mempersoalkan kenapa hendak kita aibkan seseorang tokoh itu, lupakah mereka di dalam Al Quran, Allah S.W.T. berulang kali menyebut pasal keangkuhan, kezaliman dan kejahilan beberapa orang yang disebut dengan nama mereka. Firaun, Haman, Qarun. Bagaimana pula dengan Abu Lahab yang disebut dengan khusus dalam satu surah? Apakah kita ingin mengatakan Allah telah membuka aib mereka itu? Astaghfirullahal’adzim

Janganlah kita terlalu beremosi dan taksub dengan sesuatu hingga lupa pertimbangan nilai dalam Islam.

Ulamak-ulamak terdahulu dengan jelas menyenaraikan ajaran-ajaran sesat dan menyebut firqah-firqah tersebut dalam kitab-kitab mereka. Dalam memelihara serta menjelaskan siapa golongan naajiyah dari firqah-firqah yang sesat, sebagai contoh, Al Imam Abu Mashur Abd al-Qahir bin Thahir bin Muhammad bin Abdullah al-Baghdadi (kitab al-Farq baina al-Firaq) dan Al Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (kitab Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Mushallin), menyebut dengan jelas nama-nama tokoh dan memperincikan di mana kesesatan mereka itu.

Dalam bab aqidah, Al Imam Al Ghazali mewajibkan untuk kita terangkan kemungkaran ini kerana dibimbangi masyarakat awam terkesan dengan kemungkaran aqidah.

Dalam menyebut kemungkaran yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dalam bab aqidah ini saya merujuk kepada beberapa sumber yang ditutur sendiri oleh Anwar. Contoh yang saya sebut dalam kiriman “Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?” ialah dari ucapan beliau ketika membaca kenyataan rasmi beliau pada 10 Januari 2010. Kemudian kita teliti juga ucapan beliau di London School of Economics pada 18 Mac 2010 dan perdebatan susulan yang diadakan pada 2 Januari 2011 dengan kehadiran beliau sendiri. Anwar konsisten dengan pendirian sesat ini. (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?)

Tujuan kiriman saya ini bagi memberi peringatan kepada kita semua. Semoga kita semua terselamat dari terjatuh dalam neraka selama-lamanya.

Advertisement