Apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa tuhan yang disembah itu tuhan yang sama, di hadapan orang-orang Kristian – sudah pastinya tuhan yang Anwar samakan itu bukan Tuhan saya, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Saya bersyahadah bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah.
Jika Anwar bercakap sedemikian di hadapan para paderi dan pemimpin Kristian bahawa “Kita harus sedar tuhan yang kita sembah ialah … tuhan yang sama” maka apakah Anwar maksudkan bahawa tuhan yang orang-orang Kristian sembah itu sama dengan Allah Yang Maha Esa? Apakah orang yang terpaku pada tiang salib yang disembah oleh orang-orang Kristian sebagai tuhan mereka itu Allahus Samad?
Apakah Jesus yang orang Kristian kata disalib itu Allah? Beliau berucap pada 10hb Januari 2010 dan disiarkan di blognya sendiri – Astaghfirullahal ‘azhim.
Jika maksud Anwar ialah tuhan yang disembah oleh penganut semua agama adalah tuhan yang sama maka apakah erti pengucapan kalimah syahadah pada dia? Apakah semua tuhan yang disembah oleh penganut pelbagai agama juga merujuk kepada Allah S.W.T.? Habis, tuhan-tuhan lain yang kita tolak dalam syahadah itu tuhan mana?
Mustahil untuk pelbagai gambaran tuhan yang dicipta oleh masing-masing agama itu merupakan Allah yang umat Islam bersyahadah.
laa ilaaha illallah
Semoga kita, kaum keluarga kita serta sekalian umat Islam terhindar dari kepercayaan yang sesat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ini.
7 comments
Comments feed for this article
17 February, 2015 at 6:52 am
Choko Beng
Menurut org kristian tuhan mereka adalah tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci atau dipanggil trinity 3 dalam 1. Tetapi Tuhan orang islam adalah satu iaitu Allah tidak diperanakan dan tidak beranak. Amat jelas Tuhan org kristian jauh berbeza dengan Tuhan orang Islam umpama langit dengan bumi. Jadi di mana asas Aljuburi kata org Islam dan kristian menyembah tuhan yg sama.
18 February, 2015 at 12:04 pm
Muhammad Amirul Iman (@Son_Of_Zaman)
well.. if we look way back.. actually before Islam is called Islam it was derive from Judaism and Christianity.. that is why muslim must believe in the Holy Books..
basically christian and jewish god are the same.. but when islam came.. the name is called Allah..
well the problem starts when the holy books are misinterpreted.. changed..
remember.. Jesus is the prophet Isa a.s.. we believe that..
the different is, In Islam we see him as a prophet, not a god..
in Christianity there are the father god right? so that is the real god, or Allah to us.. this is all the misinterpretation done by the priests to make the book more to the Christian faith..
see.. if u need more info.. I recommend watch Ahmad Deedat videos or Dr. Zakir Naik Videos.. it will provide more clarity 🙂
17 February, 2015 at 1:44 pm
Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?
[…] Source: Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama? […]
17 February, 2015 at 3:25 pm
Isu Aqidah Membezakan Di Antara Syurga Dengan Neraka Abadan | Karim's Blog
[…] [Kata Anwar: Tuhan Yang Kita Sembah Adalah Sama. Tuhan Siapa Yang Sama?] […]
18 February, 2015 at 2:36 pm
saffiyarichnet
semua kitab merujuk kepada tuhan yang sama pada aslnya- tetapi diselewng ahli kitab mereka.Pengkaji-pengkaji yang jujur banyak dedahkan. Boleh juga rujuk sayarahan bro shah kirit ttg perbezaan agama. erm .
18 February, 2015 at 2:38 pm
saffiyarichnet
hakikatnya ALLAH jualah pemilik sekalian ALAM , Nabi Muhammad saw pembawa rahmat untuk semua bani adam ( tidak kiralah apa agama mereka) kerana semuanya Nabi mahu ajak kembali kepada Pemilik Sekalian Alam
6 March, 2015 at 5:12 pm
Soh Wee Chong
Buddha is not a god but an enlightened teacher.