Nazri Aziz kata hanya orang bodoh sahaja yang bercakap tentang hudud. Orang bodoh insha Allah boleh diajar. Tetapi kalau orang gila – kena diberikan rawatan dimasukkan di hospital gila – Tanjung Rambutan atau Tampoi.

Nazri-hudud bodohHanya orang gila yang fikirannya tidak waras dan tidak boleh memberi pertimbangan sewajar. Hanya orang gila yang tidak mengharapkan suatu yang positif kerana hidup dan otaknya sudah tidak boleh berfikir.

Nazri dipetik berkata bahawa perlaksanaan hukuman hudud yang bakal dibentang oleh Presiden PAS di Parlimen nanti adalah suatu yang mustahil untuk berjaya kerana mungkin sukar untuk mendapat sokongan 2/3 ahli Parlimen.

Orang bodoh yang diperbodohkan mungkinlah percaya dengan orang gila. Tetapi kalaulah diperbodohkan oleh orang gila – memanglah orang bodoh itu layak diperbodohkan.

Tetapi jika orang yang Nazri kata bodoh tidak diperbodohkan oleh orang gila, yakni orang-orang yang beriman, waras dan berakal, maka orang yang dikatakan bodoh itu kita akan didik dan berikan penerangan.

Kemudian orang yang dikatakan bodoh itu boleh faham dan langsung menyokong usaha murni sebegini. Ini kerana setiap orang Islam yang mukallaf pasti tidak akan menolak  hukum Allah.

Apakah Nazri tergolong dalam golongan orang yang tidak mukallaf? Antara ciri tidak mukallaf ialah orang gila. Jika tidak mukallaf, maka PM tidak seharusnya kekalkan orang seperti ini berterusan menjadi Menteri. Nantikan seluruh kabinet terpalit.

Kerana nila setitik rosak satu belanga.