You are currently browsing the monthly archive for April 2015.
Kata-kata dan ucapan pelampau evangelis Kristian tidak akan tertutur jika ianya tidak dengan pembohongan dan pendustaan. Kita tidak hairan kerana bermulanya kesesatan mereka adalah kerana Paul telah memalsukan ajaran tersebut hingga terhasillah Bible yang mereka anggap sebagi kitab “suci” mereka.
Di Malaysia, pendakyah Kristian menuntut untuk mengguna nama suci Allah untuk tuhan agama mereka. Paderi Katolik berterusan melanggar undang-undang negara dengan tetap tidak mempedulikan larangan yang telah dikuat kuasakan. Pesalah-pesalah ini (orang yang bersalah melanggar undang-undang adalah pesalah) degil dan keras kepala.
Tidak hairanlah jika mereka melanggar undang-undang tempat mereka tinggal ini, mereka juga sanggup menyanggah ketua Katolik mereka sendiri – Pope Benedict – apabila beliau menolak penggunaan nama Allah untuk tuhan Kristian.
Baca: Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
Apabila di benua kecil India, khususnya untuk orang-orang Hindu di Bangladesh, pelampau evangelis Kristian menipu masyarakat Hindu di sana dengan mengatakan tuhan Kristian bernama Iswar (atau Iswara).
Bacalah sendiri petikan, dalam bentuk grafik (sebelah), yang diambil dari majalah yang dikeluarkan oleh gerakan pelampau evangelis, yang berpusat di Amerika Syarikat, yang mereka suruh dan ajar supaya paderi mereka di Bangladesh berBOHONG.
Persoalan …
- Kenapa nama tuhan orang Kristian boleh tukar-tukar?
- Apakah mereka tidak tahu apakah nama tuhan mereka yang sebenarnya?
- Apakah Kristian mengajar para PADERI mereka untuk berBOHONG?
- Apakah mereka sendiri yang tidak tahu siapa tuhan mereka?
***************
Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Memahami Gerakan Pelampau Evangelis Kristian Dari Penulisan Mereka Sendiri
- Strategi licik murtadkan Melayu
- Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!
Kenapa kita terlalu mudah untuk sebar cerita/berita palsu tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu? Semalam saya menulis tentang sebaran berita palsu kaitan angka 26 dengan gempa bumi di Nepal (baca: Gempa Nepal: Kita Sebar Whatsapp Dakyah Kristian?).
Dinding beberapa akaun Facebook semenjak beberapa hari lepas tersebar gambar labah-labah dan kesan gigitannya pada tangan seseorang yang dikatakan sedang membiak di Lembah Klang. Yang tukang komen, kongsi dan “like” pun tidak kurang rancak juga.
Sebenarnya berita palsu ini bukannya baru. Sudah pun disebar beberapa kali sebelum ini dengan pelbagai versinya. Ada yang membuat cerita ianya kini tersebar di Afrika Selatan, Australia dan pelbagai penjuru bumi lagi.
Mujurlah Imam Bukhari, dan imam-imam hadith yang lain, telah membukukan kitab Sahih Bukharinya. Jikalah hadith-hadith Rasulullah s.a.w. baru mahu dibukukan pada zaman sekarang, maka sudah pastilah tidak diketemui lagi hadith-hadith sahih – dek kerana sifat dan sikap kita yang jauh sekali dari seperti orang-orang dahulu yang teramat teliti dalam periwayatan maklumat.
Mohon disemak terlebih dahulu daripada terlalu senang-senang hendak sebar berita palsu. Janganlah kita habiskan masa kita dan orang yang menerima berita palsu kita. Banyak lagi kerja yang hendak kita buat – yang lebih berfaedah.
Tidak putus-putus mesej Whatsapp hari ini diterima menceritakan tentang kaitan gempa di Nepal dengan tarikh 26hb dan pada tarikh tersebut dikatakan banyak mala petaka berlaku. Di hujung mesej tersebut dikaitkan dengan sepotong ayat, kononnya dari juzuk 26 Al Quran.
Ramai yang menerima, tanpa berfikir panjang, terus menyebarkan lagi mesej yang tidak disahkan tersebut.
Tahukah kita bahawa dalam ayat berapa dan surah manakah yang menyebut ayat sedemikian di dalam Al Quran?
Sedarkah kita bahawa ayat yang menyebut “Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat” adalah sebenarnya petikan dari Bible? Ia sebenarnya dari Kitab Haggai 2:6.
Apakah dengan itu bermakna ayat tersebut meramalkan tentang segala mala petaka yang berlaku di bumi kini? Atau seolah-olah membenarkan Bible?
[baca juga: Mesej Diviralkan Banyak Bencana Berlaku Pada 26hb Kononnya Kerana Ayat Dalam Juz 26 Al Quran]
Tidak semua mala petaka berlaku pada 26hb! Malah gempa di Nepal berlaku pada 25hb April.
Mesej tersebut adalah yang telahpun di”recycle” beberapa kali – setiap kali adanya sesuatu gempa berlaku mereka akan cuba kaitkan.
Dalam mesej tersebut turut dikaitkan tentang taufan Hayan di Filipina yang kononnya berlaku bulan lepas. Tetapi kita mungkin tidak perasan pun pada mesej tersebut disebut ianya berlaku pada bulan Oktober. Dan itupun salah juga, ianya berlaku pada awal bulan November! Tertipu lagi kita.
Kenapakah kita terlalu mudah percaya dan menyebarkan khabar yang pelik-pelik dan tidak sahih sebegini?
************
Disyorkan baca juga kiriman lain berkaitan gerak kerja pelampau evangelis Kristian menipu Umat Islam:
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Melayu Kristian?
- Programa Esportivo Missionário (PEM) Adalah Program Kristianisasi Melalui Bolasepak
- Siapa ALLAH Bagi Orang Kristian?
- Kepopularan K-Pop Telah Merancakkan Kerja Dakyah Kristian
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
Umum sudah maklum, CIA adalah sebuah agensi perisikan Amerika Syarikat yang kerjanya telah terbukti mengguling beberapa kerajaan sah di merata pelusuk dunia.
Itu dilakukan secara penuh kerahsiaan (covert) oleh CIA. Oleh kerana semua orang maklum, maka mereka mengubah strateginya. Apabila di bawah pemerintahan Reagan, beberapa buah agensi baru dibentuk seperti NED, NDI dan IRI. National Endowment for Democracy (NED) melaksanakan kerja-kerja jahat seperti mana CIA telah lakukan sebelum ini tetapi kini NED lakukan secara terbuka (overt).
Walaupun dengan secara terbuka itu pun masih ada orang yang berbaik sangka. Kita kena ingat bahawa ketiga-tiga agensi Amerika Syarikat itu sudah pun melakukan kerja-kerja jahat mereka di Tanah Air kita sejak sekian lama. Malah Asia Foundation yang diasaskan lebih awal turut melakukan kerja-kerja mereka di Malaysia dan telah berperanan meng”Liberal”kan Indonesia itu.
Sila baca sebuah tulisan di www.voltairenet.org yang menceritakan kerja-kerja CIA-NED dan rangkaian antarabangsanya konon untuk tujuan, kata hikmat, “demokrasi”.
BACA JUGA: The “Moderate Baruas” (klik)
dan … U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings
The networks of “democratic” interference
Bila bercakap tentang Natrah, ada yang kesian hingga menangisi Natrah yang akhirnya mati dalam kekufuran. Sesungguhnya taufiq dan hidayah itu hanya dari Allah s.w.t. Sesetengah kita menangisi kerana jiwa seorang yang telah memeluk agama Islam akhirnya murtad dengan kehidupannya yang hampir merempat.
Apabila peristiwa Natrah dikenang kembali kita sepatutnya pilu bukan dengan pemergian Natrah dalam kekufuran yang sememangnya kita tiada daya setelah ramai-ramai menunjukkan bantahan di Tanah Melayu yang disebut sebagai Singapura itu.
Betapa hebatnya semangat juang orang-orang Melayu, datuk nenek kita seluruhnya, mereka bangkit demi kedaulatan bangsa dan agama.
Penjajah dari Bengali Putih hingga Inggeris kesemuanya memperakui kehebatan bangsa Melayu. Senjata artileri Melayu digeruni Portugis. Tidak terciptanya Colt caliber .45 jika tidak kerana kekentalan bangsa Melayu Moro menentang penjajah Amerika. Ini kerana caliber .38 tidak mencukupi untuk menghentikan langkah pejuang Melayu Moro walaupun sudah ditembak. Akhirnya bumi Melayu, orang sebangsa dengan kita itu, sudah 90% tidak beriman. Ya, pastinya mereka yang yang mendahului agenda pelampau dan teroris.
Kini Melayu sekali lagi dikhianati. Pengkhianat Si Kitol datang lagi. Dalam wajah baru dan lunak serta merdu sekali nyanyiannya. Indah dengan slogan hak asasi manusia dan kebebasan beragama.
Kini Si Kitol bukan seorang. Berbondong pula yang Uncle Sam gelarkan mereka sebagai Muslim Moderat. Mungkin itulah istilah yang disaluti dollar Amerika. Tetapi jika digantikan dengan “Moderate Baruas” pun mereka sudah tidak kisah lagi. Sebab hati sudah zulumat. Nur iman yang ingin mempertahankan umat dengan apa cara sudah luntur.
Sadduz zara’i digantikan dengan fathul zara’i. Habis sudah semuanya worldview Islam yang sebenar. Otak sudah dicemari serangan pasca modernisme.
Janganlah ditangisi lagi Natrah yang akhirnya murtad itu. Jangan nanti kita tangisi pula jiwa-jiwa generasi yang mendatang hilang imannya. Nasi sudah menjadi bubur. Tangisilah sekarang. Bangsaku tidak lagi sepakat dan Semangat perjuangan menegakkan deenul Islam seperti datuk dan nenek kita juangkan dahulu sudah semakin pupus.
*****************
Posting berkaitan Natrah sebelum ini (sila klik di bawah):
Masalah utama bagi penganut Kristian sekarang ialah mereka tersesat kerana rujukan utama agama mereka tidak lagi asli. Bible yang ada di tangan mereka tidak lagi dibaca dalam bahasa asalnya. Malah tidak sampai 0.0001% (!!!) dari penganutnya yang tahu membaca Bible mereka dalam bahasa asalnya, terutama Aramaic.
Bible yang ada di tangan penganutnya pada hari ini adalah tidak lagi asli, tidak lagi tulin kerana ianya telah disalin dan salin dari terjemahan demi terjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang akhirnya timbul percanggahan antara satu versi dengan versi yang lain – terdapat lebih 50 versi berbeza.
Berbeza dengan kitab suci Al Quran yang asalnya dalam bahasa Arab dan kekal dalam bahasa Arab seperti mana yang dibaca oleh umat Islam generasi terawal sehingga ke hari ini, Bible tidak begitu. Bible kini tidak lagi dibaca dalam bahasa asalnya. Tepat sekalilah janji Allah bahawa Al Quran itu tetap terpelihara.
Sebab itu seorang bekas paderi Kristian pernah mengatakan masalah terjemahan demi terjemahan bukan bersandarkan teks asal maka pemahaman istilah dan penggunaannya semakin luntur hingga membawa kepada pemilihan sesetengah istilah akhirnya lari dari tujuan dan maksud asal.
Akibat dari kecelaruan metodologi inilah akhirnya peringatan dan pengajaran asal dari kitab Taurat dan Injil itu terseleweng dan berubah makna hinggalah mereka tersesat dan terhalang untuk memahami ayat-ayat yang asli.
Dalam hal ini, bekas paderi tersebut, David Benjamin Keldani, yang kemudian memeluk Islam dengan menggunakan nama Abdul Ahad Dawud, memberikan contoh bahawa Isra’ Nabi s.a.w. ke Baitul Maqdis telah pun disebut dalam Bible. tetapi oleh kerana kecelaruan metodologi terjemahan maka pengertian untuk ayat tersebut akhir tersasar.
Contoh dari Perjanjian Lama – kitab Malachi Bab 3 Ayat 1
“I will send my messenger, who will prepare the way before me. Then suddenly the Lord you are seeking will come to his temple; the messenger of the covenant, whom you desire, will come,” says the LORD Almighty.
Menurut David Benjamin/Abdul Ahad Dawud, ianya berpunca dari kesilapan dan kekeliruan mereka dalam memahami siapa “messenger” dan peristilahan “Lord” dari bahasa asal. Sepatutnya itu adalah ayat yang meramalkan tentang peristiwa Isra’. [baca seterusnya dalam Bab VII: The Lord and the Apostle of the Convenant]
Sebab itulah apabila pakar-pakar perbandingan agama Kristian dan Islam seperti Shaikh Ahmad Deedat digeruni apabila beliau mendedahkan tentang ramalan-ramalan dalam Bible tentang kedatangan Nabi yang terakhir.
Begitu juga kredibiliti Benjamin/Dawud cuba dipertikaikan oleh puak-puak gereja kerana telah mendedahkan antara lain dalam bukunya “Muhammad In The Bible” (dulunya pernah diterbitkan oleh Pustaka Antara, KL, 1987).
Catatan hidup beliau semasa menganut Kristian, pada umur sekitar 37 tahun, dipertikaikan. Tidak kiralah jika penulis tersebut seorang yang rekaan. Tetapi fakta yang beliau kemukakan tidak dapat disangkal secara akademik oleh puak-puak pelampau evangelis.
The muazzin had just finished his Asar call for prayer (azan), as I walked towards the neighborhood surau, I saw a motorist stopped in front of my house. Both he and the pillion rider were taking photos on their bike. I turned my eyes towards the sky, the direction they were having the phone camera focused on. Masha Allah. SubhanaLlah. A beautiful fire rainbows. With my Nokia Lumia 1020 in my pocket, I quickly captured some photos while walking for my asar prayer. We praise Allah for His Blessings … It was a brief one. It is all gone by the time we finished our solat. Here are some of those photos:
.
.
.
The photos were taken as I walked. Of course there some that got the focus on the wrong subject …
And the shaky hands …
.
I have been told that it may not be a fire rainbow but instead it is a cloud iridescence – read here: http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud_iridescence
p.s.: Wow, it has been almost a month since my last post … Orang Gila Macam Nazri Sahaja Yang Tidak Percayakan Hudud
Recent Comments