Masalah utama bagi penganut Kristian sekarang ialah mereka tersesat kerana rujukan utama agama mereka tidak lagi asli. Bible yang ada di tangan mereka tidak lagi dibaca dalam bahasa asalnya. Malah tidak sampai 0.0001% (!!!) dari penganutnya yang tahu membaca Bible mereka dalam bahasa asalnya, terutama Aramaic.

Bible yang ada di tangan penganutnya pada hari ini adalah tidak lagi asli, tidak lagi tulin kerana ianya telah disalin dan salin dari terjemahan demi terjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang akhirnya timbul percanggahan antara satu versi dengan versi yang lain – terdapat lebih 50 versi berbeza.

Berbeza dengan kitab suci Al Quran yang asalnya dalam bahasa Arab dan kekal dalam bahasa Arab seperti mana yang dibaca oleh umat Islam generasi terawal sehingga ke hari ini, Bible tidak begitu. Bible kini tidak lagi dibaca dalam bahasa asalnya. Tepat sekalilah janji Allah bahawa Al Quran itu tetap terpelihara.

Sebab itu seorang bekas paderi Kristian pernah mengatakan masalah terjemahan demi terjemahan bukan bersandarkan teks asal maka pemahaman istilah dan penggunaannya semakin luntur hingga membawa kepada pemilihan sesetengah istilah akhirnya lari dari tujuan dan maksud asal.

Akibat dari kecelaruan metodologi inilah akhirnya peringatan dan pengajaran asal dari kitab Taurat dan Injil itu terseleweng dan berubah makna hinggalah mereka tersesat dan terhalang untuk memahami ayat-ayat yang asli.

Dalam hal ini, bekas paderi tersebut, David Benjamin Keldani, yang kemudian memeluk Islam dengan menggunakan nama Abdul Ahad Dawud, memberikan contoh bahawa Isra’ Nabi s.a.w. ke Baitul Maqdis telah pun disebut dalam Bible. tetapi oleh kerana kecelaruan metodologi terjemahan maka pengertian untuk ayat tersebut akhir tersasar.

Contoh dari Perjanjian Lama – kitab Malachi Bab 3 Ayat 1

“I will send my messenger, who will prepare the way before me. Then suddenly the Lord you are seeking will come to his temple; the messenger of the covenant, whom you desire, will come,” says the LORD Almighty.

DavidBenjamin-MuhammadinBibleMenurut David Benjamin/Abdul Ahad Dawud, ianya berpunca dari kesilapan dan kekeliruan mereka dalam memahami siapa “messenger” dan peristilahan “Lord” dari bahasa asal. Sepatutnya itu adalah ayat yang meramalkan tentang peristiwa Isra’. [baca seterusnya dalam Bab VII: The Lord and the Apostle of the Convenant]

Sebab itulah apabila pakar-pakar perbandingan agama Kristian dan Islam seperti Shaikh Ahmad Deedat digeruni apabila beliau mendedahkan tentang ramalan-ramalan dalam Bible tentang kedatangan Nabi yang terakhir.

Begitu juga kredibiliti Benjamin/Dawud cuba dipertikaikan oleh puak-puak gereja kerana telah mendedahkan antara lain dalam bukunya “Muhammad In The Bible” (dulunya pernah diterbitkan oleh Pustaka Antara, KL, 1987).

Catatan hidup beliau semasa menganut Kristian, pada umur sekitar 37 tahun, dipertikaikan. Tidak kiralah jika penulis tersebut seorang yang rekaan. Tetapi fakta yang beliau kemukakan tidak dapat disangkal secara akademik oleh puak-puak pelampau evangelis.