Bila bercakap tentang Natrah, ada yang kesian hingga menangisi Natrah yang akhirnya mati dalam kekufuran. Sesungguhnya taufiq dan hidayah itu hanya dari Allah s.w.t. Sesetengah kita menangisi kerana jiwa seorang yang telah memeluk agama Islam akhirnya murtad dengan kehidupannya yang hampir merempat.

Natrah-nasib MelayuApabila peristiwa Natrah dikenang kembali kita sepatutnya pilu bukan dengan pemergian Natrah dalam kekufuran yang sememangnya kita tiada daya setelah ramai-ramai menunjukkan bantahan di Tanah Melayu yang disebut sebagai Singapura itu.

Betapa hebatnya semangat juang orang-orang Melayu, datuk nenek kita seluruhnya, mereka bangkit demi kedaulatan bangsa dan agama.

Penjajah dari Bengali Putih hingga Inggeris kesemuanya memperakui kehebatan bangsa Melayu. Senjata artileri Melayu digeruni Portugis. Tidak terciptanya Colt caliber .45 jika tidak kerana kekentalan bangsa Melayu Moro menentang penjajah Amerika. Ini kerana caliber .38 tidak mencukupi untuk menghentikan langkah pejuang Melayu Moro walaupun sudah ditembak. Akhirnya bumi Melayu, orang sebangsa dengan kita itu, sudah 90% tidak beriman. Ya, pastinya mereka yang yang mendahului agenda pelampau dan teroris.

tangisi bangsakuKini Melayu sekali lagi dikhianati. Pengkhianat Si Kitol datang lagi. Dalam wajah baru dan lunak serta merdu sekali nyanyiannya. Indah dengan slogan hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

Kini Si Kitol bukan seorang. Berbondong pula yang Uncle Sam gelarkan mereka sebagai Muslim Moderat. Mungkin itulah istilah yang disaluti dollar Amerika. Tetapi jika digantikan dengan Moderate Baruas” pun mereka sudah tidak kisah lagi. Sebab hati sudah zulumat. Nur iman yang ingin mempertahankan umat dengan apa cara sudah luntur.

Sadduz zara’i digantikan dengan fathul zara’i. Habis sudah semuanya worldview Islam yang sebenar. Otak sudah dicemari serangan pasca modernisme.

Janganlah ditangisi lagi Natrah yang akhirnya murtad itu. Jangan nanti kita tangisi pula jiwa-jiwa generasi yang mendatang hilang imannya. Nasi sudah menjadi bubur. Tangisilah sekarang. Bangsaku tidak lagi sepakat dan Semangat perjuangan menegakkan deenul Islam seperti datuk dan nenek kita juangkan dahulu sudah semakin pupus.

*****************

Posting berkaitan Natrah sebelum ini (sila klik di bawah):