Umum sudah maklum, CIA adalah sebuah agensi perisikan Amerika Syarikat yang kerjanya telah terbukti mengguling beberapa kerajaan sah di merata pelusuk dunia.

NED overt - CIA covertItu dilakukan secara penuh kerahsiaan (covert) oleh CIA. Oleh kerana semua orang maklum, maka mereka mengubah strateginya. Apabila di bawah pemerintahan Reagan, beberapa buah agensi baru dibentuk seperti NED, NDI dan IRI. National Endowment for Democracy (NED) melaksanakan kerja-kerja jahat seperti mana CIA telah lakukan sebelum ini tetapi kini NED lakukan secara terbuka (overt).

Walaupun dengan secara terbuka itu pun masih ada orang yang berbaik sangka. Kita kena ingat bahawa ketiga-tiga agensi Amerika Syarikat itu sudah pun melakukan kerja-kerja jahat mereka di Tanah Air kita sejak sekian lama. Malah Asia Foundation yang diasaskan lebih awal turut melakukan kerja-kerja mereka di Malaysia dan telah berperanan meng”Liberal”kan Indonesia itu.

Sila baca sebuah tulisan di www.voltairenet.org yang menceritakan kerja-kerja CIA-NED dan rangkaian antarabangsanya konon untuk tujuan, kata hikmat, “demokrasi”.

BACA JUGA: The “Moderate Baruas” (klik)

dan … U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings

The networks of “democratic” interference

Advertisement