Tidak putus-putus mesej Whatsapp hari ini diterima menceritakan tentang kaitan gempa di Nepal dengan tarikh 26hb dan pada tarikh tersebut dikatakan banyak mala petaka berlaku. Di hujung mesej tersebut dikaitkan dengan sepotong ayat, kononnya dari juzuk 26 Al Quran.

Ramai yang menerima, tanpa berfikir panjang, terus menyebarkan lagi mesej yang tidak disahkan tersebut.

Tahukah kita bahawa dalam ayat berapa dan surah manakah yang menyebut ayat sedemikian di dalam Al Quran?

Sedarkah kita bahawa ayat yang menyebut “Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat” adalah sebenarnya petikan dari Bible? Ia sebenarnya dari Kitab Haggai 2:6.

Apakah dengan itu bermakna ayat tersebut meramalkan tentang segala mala petaka yang berlaku di bumi kini? Atau seolah-olah membenarkan Bible?

gempa nepal-dakyah kristianTIDAK! Ternyata PALSU.

Tidak semua mala petaka berlaku pada 26hb! Malah gempa di Nepal berlaku pada 25hb April.

Mesej tersebut adalah yang telahpun di”recycle” beberapa kali – setiap kali adanya sesuatu gempa berlaku mereka akan cuba kaitkan.

Dalam mesej tersebut turut dikaitkan tentang taufan Hayan di Filipina yang kononnya berlaku bulan lepas. Tetapi kita mungkin tidak perasan pun pada mesej tersebut disebut ianya berlaku pada bulan Oktober. Dan itupun salah juga, ianya berlaku pada awal bulan November! Tertipu lagi kita.

Kenapakah kita terlalu mudah percaya dan menyebarkan khabar yang pelik-pelik dan tidak sahih sebegini?

************

Disyorkan baca juga kiriman lain berkaitan gerak kerja pelampau evangelis Kristian menipu Umat Islam: