You are currently browsing the monthly archive for May 2015.
Orang Islam yang betul aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya akan masuk syurga selama-lamanya – setelah balasan hukuman atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu selesai.
Manakala orang yang aqidahnya salah maka kekal mereka di dalam neraka jahanam selama-lamanya.
[Baca: Isu Aqidah Membezakan Di Antara Syurga Dengan Neraka Abadan]
Dengan neraca aqidah sedemikian, perlu kita fahami dan sentiasa ingat bahawa tidak kira baik mananya seseorang itu di dunia ini, dan tidak kira baiknya hati mereka, tetapi jika mereka tolak aqidah Islam dengan tidak menerima dua kalimah syahadah atau mensyirikkan Allah Azzawajalla, segala perbuatan baik atau segala niat baik mereka hanya sia-sia sahaja.
Timbangan yang paling berat adalah dua kalimah syahadah itu:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Namun, tidaklah kita merasa cukup dengan dua kalimah syahadah yang meletakkan kategori kita sebagai seorang MUSLIM tetapi hendaklah kita berterusan berusaha untuk mencapai taraf seorang mukmin dan seterusnya.
Hendaklah kita jauhi dari melakukan amalan dosa-dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil. Sesungguhnya dosa-dosa itu tetap akan dibalas di akhirat nanti.
Baca: Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita?
Sesungguhnya kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)
Kuala Lumpur: Tangkap jerung! Itu desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani peningkatan penularan HIV melalui seks berbanding sebelum ini, jangkitan menerusi penggunaan jarum membabitkan penagih dadah.
Beberapa NGO berpendapat tindakan pihak berkuasa yang selama ini dilihat hanya menangkap ‘ikan bilis’ (pelacur) tidak akan menyelesaikan masalah jika tindakan tegas tidak dikenakan ke atas pengusaha pusat pelacuran, ibu dan bapak ayam.
Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), A Karim Omar, berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, sarang pelacuran khususnya di kawasan Bukit Bintang, kerap diserbu pihak berkuasa.
Bagaimanapun, katanya, beliau hairan kerana pemilik pusat pelacuran masih bebas walaupun serbuan di tempat sama kerap dilakukan.
“Sekiranya (pemilik) ditahan, mereka akan kembali menghidupkan semula premis selepas dibebaskan sebulan dua kemudian.
“Pihak berkuasa, janganlah tutup mata kerana untuk dapatkan lesen hiburan, pengusaha perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam, mengulas laporan BH sejak Selasa lalu mengenai penularan jangkitan HIV.
Ia dilaporkan semakin membimbangkan apabila data terkini menunjukkan 78.2 peratus daripada 3,517 kes baharu direkodkan tahun lalu adalah menerusi transmisi seks.
Karim berkata, peningkatan kes hubungan seks sama jenis seperti disiarkan BH adalah perkara yang membimbangkan berikutan terdapat pihak yang mengiklankan gejala songsang itu di internet.
“Kami pernah menyenaraikan beberapa laman sesawang yang mengiklankan seks sejenis. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengesan dan menghalang laman sesawang seperti ini sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa lain untuk diambil tindakan ke atas pemilik premis,” katanya.
Beliau berkata, program berbentuk separuh hiburan yang diisi dengan konsert untuk menarik perhatian remaja perlu ditukar kepada aktiviti seperti riadah dan bersukan sebagai langkah awal mengelak golongan itu mendekati perkara yang melalaikan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata penguatkuasaan lemah dan kurang berkesan terhadap sarang pelacuran di negara ini antara punca peningkatan penularan virus berbahaya berkenaan.
“Ini bukan isu baharu. Pelbagai NGO sudah berulang kali bersuara. Penguatkuasaan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan bagi membendung perkara ini daripada terus merebak,” katanya.
Beliau berpendapat, keluarga dan sekolah perlu memainkan peranan masing-masing daripada peringkat awal untuk mengelak perkara ini berlaku pada generasi seterusnya.
“Mengubah perkara yang sudah terjadi adalah sukar. Jadi, di peringkat awal seperti di rumah dan di sekolah, ilmu agama perlu dititikberatkan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
sumber: BHPlus / Premium / Susulan Transmisi Seks – Langgani BHPlus – http://www.bharian.com.my/user/login – RM10 sebulan
Oleh Muhammad Mustakim Ramli – m.mustakim@bh.com.my
Bagi anak-anak muda sekarang, jika kita sebut peristiwa 13 Mei 1969, ramai yang tidak tahu. Kalau kita tanya mereka sejarah-sejarah penting Tanah Air kita, kebanyakannya tidak berapa tahu.
Dalam perkongsian tentang ancaman terhadap kedaulatan Tanah Air kita kepada beberapa aktivis masyarakat baru-baru ini, saya tanyakan soalan berapa orang Raja-raja Melayu semasa pengistiharan Kemerdekaan. Jawapan yang pelbagai kita perolehi.
Begitu juga apabila saya bertanya siapa yang mula membuka Kuala Lumpur. Tidak ramai yang tahu bahawa Raja Abdullah terlebih dahulu mengusahakan lombong di KL ini – sebelum Yap Ah Loy datang ke KL lagi.
Begitulah satu peristiwa hitam yang berdarah di Lukut (di bawah Selangor ketika itu). Apabila Raja Busu dan keluarganya serta orang-orang istananya dibunuh dan dibakar dalam peristiwa yang berlaku pada tahun 1834. Pelombong-pelombong bijih Cina mengamuk terhadap pentadbiran Raja Busu lalu menyerang dan membakar istana dan membunuh sekalian yang ada. Peristiwa ini sering disebut sebagai “The Lukut Massacre”.
Jangan kita hairan pembunuhan di negara lain. Di Tanah Air kita, orang-orang Melayu yang asal di Tanah Melayu ini dibunuh oleh orang-orang yang datang dibawa British.
Kita kerap melihat sejarah berulang. Tetapi ada orang kisah?
Semalam dalam satu perkongsian cerita tentang ancaman Liberalisme seorang hadirin minta saya ulas tentang kempen “I Want To Touch A Dog” (IWTTAD) yang berlaku tahun lepas.
Saya sebutkan bahawa pesta IWTTAD dikatakan untuk memberi kesedaran dan mengajar cara-cara membersih (samak) apabila terkena najis mughallazah. Maka penganjur minta peserta sentuh anjing untuk belajar cara membasuhnya.
Maka saya memberi analogi sahaja.
Kisah seorang pakar ortopedik yang mengajar pelajar-pelajar perubatan di sebuah universiti. Pada hari untuk pensyarah itu mengajar cara mengubati orang-orang yang tangannya patah, pakar ortopedik tersebut menganjurkan satu “pesta” untuk para pelajarnya sama-sama patahkan tangan dahulu.
Pensyarah tersebut memberitahu para pelajarnya supaya tidak perlu takut. Dia menyakini pelajarnya bahawa dia akan ajar cara untuk sambung dan mengubati tangan-tangan yang patah.
Apakah kaedah yang diguna oleh pensyarah ini betul?
Itulah analogi yang saya berikan bagi menjawab soalan yang ditimbulkan tentang kempen sentuh anjing.
Kadang-kadang memberi jawapan panjang-panjang yang terlalu akademik susah orang nak faham!
… saya sudah menulis pasal IWTTAD pada tahun lepas … Pesta Peluk Anjing – Mengesahkan Penularan Liberalisme Agama dan Pemurtadan Di Kalangan Orang Melayu
Dulu-dulu orang kata Yap Ah Loy sebagai orang yang asalnya membuka Kuala Lumpur. Namun beliau dikenali sebagai kapitan Cina yang ke 3! Bagaimana mungkin seorang kapitan yang ke 3 diangkat sebagai “founder” Kuala Lumpur? Bagaimana kapitan yang terlebih dahulu?
Yap Ah Loy menjadi kapitan pada tahun 1869.
Bagaimana pula dengan kisah Raja Abdullah mudik ke hulu dari Klang dan akhirnya berlabuh di pertemuan antara Sg. Gombak dan Sg. Klang (tapak Masjid Jamek Kuala Lumpur sekarang) dan kemudian berjalan menebas hutan hingga ke Ampang untuk mengusahakan lombong bijih. Ini berlaku pada tahun 1857!
Mengapakah apabila Raja Abdullah terbukti sebagai orang terlebih awal datang ke Kuala Lumpur tetapi ada yang meletakkan Yap Ah Loy pula sebagai orang yang membuka Kuala Lumpur? Aneh.
Kita betulkan penyelewengan fakta ini.
Dalam pembentang #dialogidea MUAFAKAT yang bertajuk “Bahana Political Islam” oleh Dr. Amran Muhammad, ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), pagi tadi, beliau mengemukakan satu pengamatan yang sangat menarik bahawa:
“IS itu sama macam Saudi pada awalnya dulu dengan mengguna private army“
Saya sangat setuju. Malah kesamaannya amat jelas. IS merupakan sebuah kumpulan militan menentang kerajaan negara-negara di Timur Tengah. IS bergerak di atas nama Islam, membunuh sesama Islam kononnya atas slogan “menegakkan KALIMAH TAUHID”.
Malah jika dilihat pembentukan negara yang kini kita sebut sebagai Saudi juga bermula dari asas yang agak sama. Baik dalam kempen awal di abad ke 18/19 yang gagal, mahu pun kempen terkemudian di awal abad ke 20 yang berakhir dengan pembentukan negara Saudi.
Militan yang membantu Abdul Aziz Ibn Saud menawan seluruh pelusuk Hijaz bermula dengan penentangan terhadap kerajaan Khalifah Islam Uthmaniyyah, juga membunuh sesama Islam kononnya atas slogan “menegakkan KALIMAH TAUHID”.
Kekuatan kewangan IS dibantu oleh hasil dari sumber minyak. Begitu juga minyaklah yang akhirnya memacu kekuatan kerajaan Saud.
Ramai yang mengatakan adanya unsur-unsur konspirasi Barat dan campurtangan kuasa Barat dalam pembentukan IS termasuk dengan pembekalan senjata. Begitu juga banyak bahan-bahan sejarah yang menunjukkan bahawa terdapatnya campurtangan agen British dan mengatur papan catur di Timur Tengah waktu itu termasuk dalam pembekalan senjata kepada militan yang membantu Ibn Saud dalam kempen ketenteraan mereka.
Dalam pembentukan, penyebaran dan fenomena yang berpusat di Najd, saya masih yakin dengan ulasan tentang hadith Nabi s.a.w. berhubung fitnah dari Najd – Hadith Najd – Meneliti Kembali Dari Perspektif Fakta Terkini
Semoga kita terpelihara dari fitnah akhir zaman dengan berpegang teguh kepada pegangan tauhid yang sebenar – kumpulan najiah (kumpulan Umat Islam yang berjaya dan terselamat). Dan tidak terpengaruh dengan firqah-firqah yang sesat.
Di bawah ini saya lampirkan beberapa slaid dari pembentangan Dr. Amran.
Pilu rasa apabila membaca sesetengah komen dan tuduhan yang dibuat. Usaha untuk mendedahkan kerja jahat pelampau evangelis Kristian dituduh sebagai berniat politik.
Hinggakan ada yang sanggup buat laporan polis.
Ada yang jerit-jerit dalam majlis.
Ada yang kepong dan sekat apabila selesai mendedahkan kerja jahat pelampau evangelis ini.
Ada juga masjid/surau yang tidak berani dedahkan ancaman Kristian … astaghfirullah …
Ada juga Jabatan kerajaan yang batalkan program pendedahan sebegini.
Dan mungkin yang komen dan tuduh di FB tu sendiri tidak faham isu … kesian mereka.
Atau apakah mereka sengaja? Mereka bebal atau bodoh?
Atau mereka sendiri relakan anak cucu mereka dimurtadkan? … nauzubillah min zalik …
Apakah mereka tidak tahu mana satu yang lebih utama? Masalah aqidah vs masalah syariah?
Di mana mahu mereka letak ayat ini … إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيْمٌ
Surya Paloh adalah satu nama yang amat dikenali di kalangan pemain media. Dia turut aktif dalam politik, mempunyai partinya sendiri. Dia rapat dengan beberapa tokoh seperti Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Apakah hubungannya dengan tokoh-tokoh di Singapura?
Untuk apa Surya Paloh ke Putrajaya minggu ini? Apakah beliau sedang memainkan peranannya untuk sesuatu gerak politik? Apakah beliau mewakili sesiapa dalam percaturannya di Malaysia?
Perlu banyak mengkaji dan merisik … pasti ketemu jua. Mustahil Surya Paloh ke Malaysia untuk libur-libur saja.
Beberapa hari lepas saya kemaskinikan status FB saya berhubung memuat turun pelbagai buku-buku klasik secara percuma dari Forgotten Books.
Namun demikian, banyak lagi laman lain yang menyediakan kemudahan tersebut. Ada yang benar-benar percuma dan ada yang bersyarat.
Sebagai contoh, Forgotten Books hanya memberi tempoh selama seminggu untuk muat turun secara percuma. Dan kita akan dapati di tengah-tengah bukunya terdapat beberapa muka surat yang disekat – dan hanya dapat diakses oleh mereka yang menjadi ahli berbayar sahaja. Pun demikian ianya memadai untuk sesetengah orang.
Satu lagi laman yang menyediakan kemudahan akses kepada buku-buku klasik secara percuma ialah Archive dot org. Malah laman ini menyediakan lebih banyak buku-buku yang saya cari. Hanya sebahagian sahaja yang perlu saya dapatkan dari Forgotten Books.
Achive dot org lebih terbuka “tanpa syarat” serta turut menyediakan pelbagai format untuk kita muat turun. Format pdf pun disediakan dalam bentuk asal (berwarna) atau boleh juga didapati dalam format pdf hitam-putih (B/W). Format B/W ini penting jika kita mahu cetak. Kerena dalam warna asli yang disalin – mungkin tidak begitu terang apabila dicetak.
Kita boleh juga muat turun dari Gutenberg Project (https://www.gutenberg.org/ebooks/) – namun pilihan mereka agak terbatas. Tetapi ada sesetengah buku yang sukar dicari dari laman lain boleh kita dapat dari laman ini.
Malah, banyak lagi laman-laman lain – dan tidaklah menjadi hasrat saya untuk menyenaraikan semuanya.
Satu cara mudah untuk mendapat buku-buku yang kita cari tanpa tertakluk kepada pilihan laman yang saya sebut di atas ialah kita lakukan carian dengan menaip judul buku, mungkin disertakan juga nama penulis dan ditambah dengan “pdf”. Insha Allah terdapat pelbagai sumber rujukan lain yang boleh kita perolehi untuk buku rujukan yang kita sedang cari.
Semoga bermanfaat.
Sememangnya para paderi Kristian sendiri menolak Allah sebagai Tuhan untuk agama mereka. Baginya, Allah BUKAN Jesus. Sudah banyak kali saya sebutkan. Yang menjadi hairan ialah kenapa di Malaysia SESETENGAH (sahaja) pelampau evangelis Kristian sengaja mahu menyalahgunakan nama suci Allah itu. Yang lagi bodoh ialah ada pula orang kita yang bermatian sokongan pelampau evangelis ini.
Saya kongsikan tulisan Sdri. Helen Ang …
“The god of Islam and the God of the Bible are not the same” – American evangelist Rev. Graham
Uber evangelist Reverend Franklin Graham two days ago reminded the flock – see entry in his Facebook below – that Christians and Muslims do not share one and the same god.
Rev. Franklin is president of the Billy Graham Evangelistic Association. His father Billy Graham is “a Christian superstar” who broadcasts popular sermons globally.
World’s most famous Christian ministry
Rev. Billy Graham – see TIME magazine cover above – is credited with reaching “as many as 215 million people in live audiences over 185 countries” and “preaching to more individuals than anyone else in history, not counting the additional millions he has addressed through radio, television and the written word”.
Stepping into his father’s big shoes, Franklin “has led crusades around the world“. And this scion of the world famous evangelical family says unequivocally, “The god of Islam and the God of the Bible are not the same”.
So why is it that the evangelistas in Malaysia still insist on calling their God ‘Allah’?
BELOW: Hannah Yeoh campaigning in Permatang Pauh to move mountains
Hannah, the Lamb of God
“As though it is not enough when leaders use racial politics to conceal corruption, it is more appalling when God is used as an excuse to justify leaders’ inability to govern,” Hannah Yeoh said.
“No eye has seen, no ear has heard and no human mind has conceived the plans of God for Malaysia.” – Hannah Yeoh.
“It’s quite simple: Do what is fair and just to your neighbour, to love mercy and to walk humbly with God. Anything else is beside the point.” – Hannah Yeoh
See, ‘Don’t take God’s name in vain for political agenda‘ (The Ant Daily, 8 Jan 2015)
BELOW: DAP evangelista Serdang MP Ong Kian Ming
Recent Comments