Beberapa hari lepas saya kemaskinikan status FB saya berhubung memuat turun pelbagai buku-buku klasik secara percuma dari Forgotten Books.

Namun demikian, banyak lagi laman lain yang menyediakan kemudahan tersebut. Ada yang benar-benar percuma dan ada yang bersyarat.

download bukuSebagai contoh, Forgotten Books hanya memberi tempoh selama seminggu untuk muat turun secara percuma. Dan kita akan dapati di tengah-tengah bukunya terdapat beberapa muka surat yang disekat – dan hanya dapat diakses oleh mereka yang menjadi ahli berbayar sahaja. Pun demikian ianya memadai untuk sesetengah orang.

Satu lagi laman yang menyediakan kemudahan akses kepada buku-buku klasik secara percuma ialah Archive dot org. Malah laman ini menyediakan lebih banyak buku-buku yang saya cari. Hanya sebahagian sahaja yang perlu saya dapatkan dari Forgotten Books.

Achive dot org lebih terbuka “tanpa syarat” serta turut menyediakan pelbagai format untuk kita muat turun. Format pdf pun disediakan dalam bentuk asal (berwarna) atau boleh juga didapati dalam format pdf hitam-putih (B/W). Format B/W ini penting jika kita mahu cetak. Kerena dalam warna asli yang disalin – mungkin tidak begitu terang apabila dicetak.

Kita boleh juga muat turun dari Gutenberg Project (https://www.gutenberg.org/ebooks/) – namun pilihan mereka agak terbatas. Tetapi ada sesetengah buku yang sukar dicari dari laman lain boleh kita dapat dari laman ini.

Malah, banyak lagi laman-laman lain – dan tidaklah menjadi hasrat saya untuk menyenaraikan semuanya.

Satu cara mudah untuk mendapat buku-buku yang kita cari tanpa tertakluk kepada pilihan laman yang saya sebut di atas ialah kita lakukan carian dengan menaip judul buku, mungkin disertakan juga nama penulis dan ditambah dengan “pdf”. Insha Allah terdapat pelbagai sumber rujukan lain yang boleh kita perolehi untuk buku rujukan yang kita sedang cari.

Semoga bermanfaat.