bahana political islamDalam pembentang #dialogidea MUAFAKAT yang bertajuk “Bahana Political Islam” oleh Dr. Amran Muhammad, ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), pagi tadi, beliau mengemukakan satu pengamatan yang sangat menarik bahawa:

“IS itu sama macam Saudi pada awalnya dulu dengan mengguna private army

Saya sangat setuju. Malah kesamaannya amat jelas. IS merupakan sebuah kumpulan militan menentang kerajaan negara-negara di Timur Tengah. IS bergerak di atas nama Islam, membunuh sesama Islam kononnya atas slogan “menegakkan KALIMAH TAUHID”.

Malah jika dilihat pembentukan negara yang kini kita sebut sebagai Saudi juga bermula dari asas yang agak sama. Baik dalam kempen awal di abad ke 18/19 yang gagal, mahu pun kempen terkemudian di awal abad ke 20 yang berakhir dengan pembentukan negara Saudi.

Militan yang membantu Abdul Aziz Ibn Saud menawan seluruh pelusuk Hijaz bermula dengan penentangan terhadap kerajaan Khalifah Islam Uthmaniyyah, juga membunuh sesama Islam kononnya atas slogan “menegakkan KALIMAH TAUHID”.

Kekuatan kewangan IS dibantu oleh hasil dari sumber minyak. Begitu juga minyaklah yang akhirnya memacu kekuatan kerajaan Saud.

Ramai yang mengatakan adanya unsur-unsur konspirasi Barat dan campurtangan kuasa Barat dalam pembentukan IS termasuk dengan pembekalan senjata. Begitu juga banyak bahan-bahan sejarah yang menunjukkan bahawa terdapatnya campurtangan agen British dan mengatur papan catur di Timur Tengah waktu itu termasuk dalam pembekalan senjata kepada militan yang membantu Ibn Saud dalam kempen ketenteraan mereka.

Dalam pembentukan, penyebaran dan fenomena yang berpusat di Najd, saya masih yakin dengan ulasan tentang hadith Nabi s.a.w. berhubung fitnah dari Najd – Hadith Najd – Meneliti Kembali Dari Perspektif Fakta Terkini

Semoga kita terpelihara dari fitnah akhir zaman dengan berpegang teguh kepada pegangan tauhid yang sebenar – kumpulan najiah (kumpulan Umat Islam yang berjaya dan terselamat). Dan tidak terpengaruh dengan firqah-firqah yang sesat.

Di bawah ini saya lampirkan beberapa slaid dari pembentangan Dr. Amran.

political islam1

political islam2

political islam3

political islam4

political islam5

political islam6