muara KLDulu-dulu orang kata Yap Ah Loy sebagai orang yang asalnya membuka Kuala Lumpur. Namun beliau dikenali sebagai kapitan Cina yang ke 3! Bagaimana mungkin seorang kapitan yang ke 3 diangkat sebagai “founder” Kuala Lumpur? Bagaimana kapitan yang terlebih dahulu?

Yap Ah Loy menjadi kapitan pada tahun 1869.

Bagaimana pula dengan kisah Raja Abdullah mudik ke hulu dari Klang dan akhirnya berlabuh di pertemuan antara Sg. Gombak dan Sg. Klang (tapak Masjid Jamek Kuala Lumpur sekarang) dan kemudian berjalan menebas hutan hingga ke Ampang untuk mengusahakan lombong bijih. Ini berlaku pada tahun 1857!

Mengapakah apabila Raja Abdullah terbukti sebagai orang terlebih awal datang ke Kuala Lumpur tetapi ada yang meletakkan Yap Ah Loy pula sebagai orang yang membuka Kuala Lumpur? Aneh.

Kita betulkan penyelewengan fakta ini.