Semalam dalam satu perkongsian cerita tentang ancaman Liberalisme seorang hadirin minta saya ulas tentang kempen “I Want To Touch A Dog” (IWTTAD) yang berlaku tahun lepas.

pesta patah tanganSaya sebutkan bahawa pesta IWTTAD dikatakan untuk memberi kesedaran dan mengajar cara-cara membersih (samak) apabila terkena najis mughallazah. Maka penganjur minta peserta sentuh anjing untuk belajar cara membasuhnya.

Maka saya memberi analogi sahaja.

Kisah seorang pakar ortopedik yang mengajar pelajar-pelajar perubatan di sebuah universiti. Pada hari untuk pensyarah itu mengajar cara mengubati orang-orang yang tangannya patah, pakar ortopedik tersebut menganjurkan satu “pesta” untuk para pelajarnya sama-sama patahkan tangan dahulu.

Pensyarah tersebut memberitahu para pelajarnya supaya tidak perlu takut. Dia menyakini pelajarnya bahawa dia akan ajar cara untuk sambung dan mengubati tangan-tangan yang patah.

Apakah kaedah yang diguna oleh pensyarah ini betul?

Itulah analogi yang saya berikan bagi menjawab soalan yang ditimbulkan tentang kempen sentuh anjing.

Kadang-kadang memberi jawapan panjang-panjang yang terlalu akademik susah orang nak faham!

… saya sudah menulis pasal IWTTAD pada tahun lepas … Pesta Peluk Anjing – Mengesahkan Penularan Liberalisme Agama dan Pemurtadan Di Kalangan Orang Melayu