Bagi anak-anak muda sekarang, jika kita sebut peristiwa 13 Mei 1969, ramai yang tidak tahu. Kalau kita tanya mereka sejarah-sejarah penting Tanah Air kita, kebanyakannya tidak berapa tahu.

Dalam perkongsian tentang ancaman terhadap kedaulatan Tanah Air kita kepada beberapa aktivis masyarakat baru-baru ini, saya tanyakan soalan berapa orang Raja-raja Melayu semasa pengistiharan Kemerdekaan. Jawapan yang pelbagai kita perolehi.

Begitu juga apabila saya bertanya siapa yang mula membuka Kuala Lumpur. Tidak ramai yang tahu bahawa Raja Abdullah terlebih dahulu mengusahakan lombong di KL ini – sebelum Yap Ah Loy datang ke KL lagi.

Begitulah satu peristiwa hitam yang berdarah di Lukut (di bawah Selangor ketika itu). Apabila Raja Busu dan keluarganya serta orang-orang istananya dibunuh dan dibakar dalam peristiwa yang berlaku pada tahun 1834. Pelombong-pelombong bijih Cina mengamuk terhadap pentadbiran Raja Busu lalu menyerang dan membakar istana dan membunuh sekalian yang ada. Peristiwa ini sering disebut sebagai “The Lukut Massacre”.

pembunuhan lukut

Jangan kita hairan pembunuhan di negara lain. Di Tanah Air kita, orang-orang Melayu yang asal di Tanah Melayu ini dibunuh oleh orang-orang yang datang dibawa British.

Kita kerap melihat sejarah berulang. Tetapi ada orang kisah?