Orang Islam yang betul aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya akan masuk syurga selama-lamanya – setelah balasan hukuman atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu selesai.
Manakala orang yang aqidahnya salah maka kekal mereka di dalam neraka jahanam selama-lamanya.
[Baca: Isu Aqidah Membezakan Di Antara Syurga Dengan Neraka Abadan]
Dengan neraca aqidah sedemikian, perlu kita fahami dan sentiasa ingat bahawa tidak kira baik mananya seseorang itu di dunia ini, dan tidak kira baiknya hati mereka, tetapi jika mereka tolak aqidah Islam dengan tidak menerima dua kalimah syahadah atau mensyirikkan Allah Azzawajalla, segala perbuatan baik atau segala niat baik mereka hanya sia-sia sahaja.
Timbangan yang paling berat adalah dua kalimah syahadah itu:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Namun, tidaklah kita merasa cukup dengan dua kalimah syahadah yang meletakkan kategori kita sebagai seorang MUSLIM tetapi hendaklah kita berterusan berusaha untuk mencapai taraf seorang mukmin dan seterusnya.
Hendaklah kita jauhi dari melakukan amalan dosa-dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil. Sesungguhnya dosa-dosa itu tetap akan dibalas di akhirat nanti.
Baca: Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita?
Sesungguhnya kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)
4 comments
Comments feed for this article
29 May, 2015 at 11:52 am
Neraca Aqidah
[…] Source: Neraca Aqidah […]
24 June, 2015 at 12:45 pm
Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita? | Karim's Blog
[…] pertimbangan Neraca Aqidah … […]
21 July, 2016 at 2:37 pm
Sokong Erdogan Yang Diktator? Apakah Neraca Kita? | Karim's Blog
[…] Neraca Aqidah […]
22 July, 2016 at 5:44 pm
Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa? | Karim's Blog
[…] Neraca Aqidah […]