You are currently browsing the monthly archive for June 2015.

Tersebar beberapa tahun lalu, dan masih lagi sesekali diulang sebar, melalui perkongsian pelbagai media baru, berhubung kesesatan sekolompok Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat.

Pastinya ramai yang telah tonton video tetapi ramai yang tidak maklum bahawa kumpulan tersebut adalah mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Islam Progresif. Pertubuhan mereka disebut sebagai Muslim for PROGRESSIVE Values (MPV) yang berpusat di Los Angeles California, USA.

Progresif BatilRamai juga tidak tahu bahawa kumpulan Islam Progresif tersebut dipimpin oleh anak Melayu bernama Zuriani binti Abdul Khalid atau nama glamernya ialah Ani Zonneveld. Beliau adalah yang berambut perang berbaju batik merah jambu dalam gambar solat berjemaah tersebut. Penasihat kumpulan Islam Progresif ini juga orang Melayu Malaysia yang menjadi pengasas kumpulan Islam Progresif sesat, Sisters In Sins (SIS).

Apakah Islam Progresif membawa kepada kesesatan dan kebatilan? Jika itu makna progresif, maka sama-sama kita doa agar dijauhkan umat Islam di Tanah Melayu ini dari mana-mana kelompok yang mahukan nilai-nilai PROGRESIF SESAT diamalkan.

PROGRESIF SESAT hanya membawa kepada kebatilan.

Saudara Mohd Tar A dari Kota Kinabalu bertanya: “Bagaimana dengan perancangan untuk mengekalkan IMAN mereka? Ada apa-apa perancangankah ustaz?

Sebab salah satu ISU BESAR saudara baru di Sabah adalah mengenai tindakan susulan selepas mereka kembali kepada Islam. Tidak ada tindakan susulan yang menyebabkan mereka keluar dari Islam semula.

Perkara ini berlaku terutama pengIslaman semasa zaman USNO, di mana bukan setakat seorang dua dalam sesebuah kampung, malahan terdapat kes satu kampung itu keluar dari Islam. 

Puan Rosmiaty Shaari  menulis: “Siapakah yang membimbing dan mendidik mereka selepas ini?”

Saudara Hairie Abd menulis: “Nak Islamkan mereka memang susah.. tapi nak maintainkan saudara baru kita ni lagi susah sahabat..”

Saya ibaratkan begini, seorang pendakwah di pedalaman, umpama orang yang menebang hutan belantara, membersih dan memerun belukar. Seterusnya membajak tanah, membuang segala sampah dan kotoran, hingga kawasan tu sedia untuk dijadikan kampung, atau ditanam tanaman.

Apabila tanah itu telah sedia untuk ditanam, itulah ibarat mereka yang didatangi pendakwah itu telah sedia menerima Islam, maka mereka mengucap dua kalimah syahadah. Itu baru peringkat menanam.

UsFadli-1Bila pokok “IMAN” itu tadi mula bercambah, mestilah dijaga, agar ia dapat terus hidup. Pokok yang masih terlalu muda itu perlu dipupuk, disiram, dibaja dan dipagar. Masih terlalu banyak kerja untuk dilakukan dalam memastikan pokok itu membesar hingga membuahkan hasil.

Itulah yang kita sedang usahakan hingga kini. Selama bertahun-tahun, berulang alik ke pedalaman Sabah selang sepuluh hari, Allah hadiahkan hidayah kepada mereka di sana. Mereka telah Islam. Mereka telah jadi saudara kita. Mereka umpama anak pokok yang baru bercambah, yang jika tidak dijaga, biasanya akan mati atau terbantut.

Tidak mungkin kami (saya bersama isteri dan anak-anak, serta sebilangan sahabat) mampu menjaga “pokok” yang baru bertunas itu. Kita perlukan lebih ramai orang-orang yang sanggup menjaganya, dengan bantuan jentera-jentera yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang maksima.

UsFadli-2Islam sebagai cara hidup (praktikal), perlu wujud di hadapan mata mereka, seterusnya dalam kehidupan mereka. Saya yakin, di waktu itu, berbondong-bondong mereka akan kembali Islam. Saya katakan mereka kembali Islam kerana di kalangan mereka pernah Islam satu masa dahulu. Tetapi di waktu itu mereka sendiri tidak mengetahui dan memahami apa itu Islam. Lebih-lebih lagi mereka terbiar, kurang perhatian, akhirnya mereka kembali ke agama asal.

Ilmu dan pendidikan yang berterusan sangat penting dan perlu. Itulah yang sedang kita usahakan di pedalaman Sabah. Kita telah membina tapak untuk dijadikan pusat ilmu yang “hidup” di tengah masyarakat pedalaman yang mualaf (baru atau telah lama sama sahaja-tiada pendidikan dan bimbingan sewajarnya), agar mereka dapat diberi ilmu, dibimbing amalnya, dipimpin jihadnya, hingga Islam itu kembang mekar dalam kehidupan.

UsFadli-3Alhamdulillah, Allah izinkan hidayah-Nya kepada 362 orang (sehingga 11 Julai 2014) melalui Misi Syahadah yang bermula sejak Julai 2011. Sebuah masjid telah siap dibina di Kampung Padang, Sepulut dinamakan Masjid As-Syahadah, sementara sebuah lagi sedang dibina di Pekan Pensiangan. Semua ini untuk kegunaan mendidik saudara baru selain merupakan syiar.

UsFadli-4Melalui dana yang dikirim para dermawan yang ikhlas, masjid ini dibina dengan titik peluh dan pengorbanan saudara baru kita yang baru memeluk Islam tidak sampai setahun. Semuanya bermula dengan membina iman manusianya, bila jiwa di bangun dengan iman, mereka bangun, untuk membangun, demi Islam.

Sumber tulisan di atas dari FB Ustaz Fadli Yusofhttp://facebook.com/mfadli11 . Bagi sesiapa yang sudi menyumbang kepada misi dakwah Ustaz Fadli Yusof (email mfadli11@yahoo.com atau tel: 012-4962812)…

UsFadli-6Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya,

  • 164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
  • 7600685304 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
  • 14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.

Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

UsFadli-5Wakaf dibuka untuk pembinaan Surau As Syahadah, Segari, Perak.

Akaun: PUSAT PEMBANGUNAN AS SABAH

564427506145 – MAYBANK CAWANGAN MENARA PERKESO JALAN AMPANG, KL

 

Typical … the most talked about food in Ramadhan … Bubur Lambuk.

For those in Klang Valley, Bubur Lambuk Kg. Baru is of course the most sought. Long queue at the the Masjid Jamek Kg. Baru for a free pack after Asar prayer. Pity that you would see the queue sometimes already started to build up while the Jemaah is still in their solat.

But for those who do not have the time to queue up … you definitely have the abundance of choice at every corners of the packed roads around the masjid.

For us, Kak Sham’s recipe is always our choice. We had tried several others … still Kak Sham’s stands unbeaten. We even still tried another popular one by the main road, last week. Just a pack, despite already having 20 packs from Kak Sham tempting our Ramadhan taste bud in the car … just to proof the point of our favorite Kak Sham’s “resipi warisan Kg. Baru” … yes, we will continue to stick with “sentuhan Kak Sham”.

[AWAS yang menyamar jual nama Kak Sham – kemaskini 8 Julai 2015 – semalam Kak Sham menceritakan seorang pelanggan datang komplen sebab dia beli 100 bungkus – bawa balik basi. Ditanya beli di mana, beliau beli di Jalan Raja Uda dekat simpan jalan Daud – penjual mengaku Kak Sham punya. Itu bukan Kak Sham punya. Kak Sham hanya jual di lokasi tradisi beliau sejak berzaman … sebelah parking Hospital Al-Islam (KBMC), Jalan Raja Alang, depan Masjid Kg. Baru]

If you wonder where, it is the white tent across from the Masjek Jamek on Jalan Raja Alang, just before the traffic light junction – in front of Hospital Al-Islam.

Kak Sham starts selling as early as 11:00 am and usually finished all her 10+ large perioks before Zohor. So go early. Despite all the GST and price hikes issues – she still sells at RM2.00 – same size.

If you meet her, tell her that you got the promo from Karim’s blog … you may get an extra smile from her. 🙂

But … Terenganu’s fishy bubur lambuk has more veggie.

Here are other promos on “Sentuhan Kak Sham” …

* Aiman Amani’s Blog: Bubur Lambuk Kampung Baru (2008) and Bubur Lambuk from Kampung Baru (2012) and Bubur Lambuk Kampung Baru – is finally back! (2009)

* Aeshah Adlina’s Blog: Bubur Lambuk Kampung Baru (2012) and Bubur Lambuk Kampung Baru (2011)

* Ahmad Ali’s Blog: Bubur Lambuk Kak Sham: The Tastiest Bubur Lambuk Kampung Baru (2013) and The Best Bubur Lambuk Kampung Baru (2011)

and …

How To Cook Bubur Lambuk In Pictures

My previous post – Bubur Lambuk Kampung Baru Kak Sham – 2012

Bubur Kak Sham

Kadang-kadang kita hairan dengan puak-puak gereja Katolik di Malaysia yang susah sangat hendak akur dengan undang-undang Tanah Air. Mereka tidak endah dengan larangan Kementerian Dalam Negeri dalam isu penggunaan kalimah Allah. Mereka tolak penghakiman yang telahpun dibuat di peringkat tertinggi, Mahkamah Persekutuan.

Apa sebenarnya motif mereka?

Hairannya saya kerana kenapakah gereja katolik Malaysia tidak juga akur dengan pendirian pemimpin No. 1 gereja katolik sendiri. Kenapa apabila Pope Benedict XVI tolak penggunaan kalimah Allah, puak-puak gereja di Malaysia bermatian berDEGIL hendak guna kalimah Allah?

Puak gereja Katolik di Malaysia sudah melampau. Memanglah mereka melampau. Layaklah dipanggil PELAMPAU. Para PELAMPAU ini melanggar pendirian ketua No. 1 mereka sendiri yang tidak mahu guna nama suci Allah.

Petikan dari ucapan Pope Benedict XVI pada 10 Oktober 2012, Rabu, di Dataran St. Peters, kota Vatikan:

Bukti Pope Tak Mahu Kalimah Allah

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

 

Ini dipetik dari FB Ronnie Liu … mencadangkan suatu Pakatan Rakyat yang baru tanpa PAS. Menggantikan PAS dengan PASMA.

[kemaskini terbaru … PAN Anak Kelahiran DAP?]

Malah penubuhan PASMA untuk dijadikan sebuah parti politik telah dirancangkan oleh mereka, kata Ronnie Liu dalam status FBnya.

Apakah ianya bagi mengesahkan khabar angin yang bertiup sebelum ini bahawa PASMA itu dibentuk sebagai salah suatu “grand plan” sesetengah pihak?

Pakatan Rakyat Baru

Sebelum ini … Permulaan PASMA Sudah Pun Berbohong

dan …

Gerakan Menjatuhkan Kepimpinan Ulamak Dalam PAS Telah Bermula?

dan …

Yakinnya DAP, Mereka Sudah Tidak Pedulikan PAS, Hatta PKR Sekalipun

Setelah tersebar pendedahan promosi agenda jahat pelampau evangelis Kristian untuk menjadikan “Johor untuk Jesus”  – Pelampau Kristian Semakin Mengganas? Ingin Merampas Tanah Melayu? dan Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian? – nampaknya mereka cuba mahu padamkan segala bukti.

Pautan pada url asal yang mempromosi program merampas Johor sudah tiada lagi – dan mendapat mesej “error 404” (http://christianitymalaysia.com/wp/mforj-2015-take-possession-of-the-land-kingdom-conference-3rd-5th-june-johor-bahru/)

Kenapa mereka cuba sembunyikan agenda jahat mereka?

Johor4Jesus-delete url

Video-video promosi yang mereka telah muatnaik pun sudah banyak dibuang.

KLIK di sini untuk baca petikan dari video promosi agenda jahat mereka Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian?

 

************

Disyorkan baca juga kiriman lain berkaitan gerak kerja pelampau evangelis Kristian menipu Umat Islam:

m4j-june2015Beberapa laman hari ini mendedahkan agenda jahat dan ganas pelampau evangelis Kristian cuba memprovokasi untuk menjadikan Johor untuk Jesus dengan tersebarnya video promosi program mereka yang penuh dengan ayat-ayat hasutan serta berbaur keganasan. – Pelampau Kristian Semakin Mengganas? Ingin Merampas Tanah Melayu?

Selepas pendedahan dibuat, kita dapati beberapa video promosi agenda jahat mereka telah pun dibuang dari alam maya. Namun, hasil kecekapan sahabat-sahabat yang sentiasa peka dengan agenda musuh ini maka video-video tersebut sempat dimuat turun.

[baca juga kemaskini 2 Jun 2015 – Johor Untuk Jesus – Kenapa Mereka Cuba Hilangkan Bukti?]

Berikut saya sertakan beberapa petikan skrin dari salah satu video tersebut yang berdurasi 59 saat.

1. Video yang memberi gambaran mahu merampas tanah Johor Bahru – seolah-olah mereka mahu rampas dan kuasai bumi Johor tersebut

Johor4Jesus1

2. Apabila berjaya mereka rampas Johor ini, mereka katakan Johor tidak akan lagi sama dengan sekarang. Apakah kerana mereka telah Berjaya murtadkan semua orang Melayu Islam di negeri Johor?

Johor4Jesus2

3. Mereka akan menghalau kita semua? Mereka bertekad untuk halau musuh mereka. Siapa musuh mereka? Kita orang Melayu Islam?

Johor4Jesus3

4. Mereka mahu jadikan Johor untuk Jesus. Mereka mahu jadikan Johor untuk Kristian.

Johor4Jesus4

5. Apakah mereka sanggup mati untuk jadikan Johor negeri Kristian?

Johor4Jesus5

6. Kenapa mereka telah buang video promosi agenda jahat mereka selepas ianya didedahkan? Apa yang mahu mereka sembunyikan

Johor4Jesus6

Kita seru agar pihak berkuasa memantau serta menyiasat agenda jahat musuh Islam. Apakah ini agenda dari anasir-anasir luar? Yang mempunyai hubungan dengan kuasa luar yang mahu melakukan kekacauan dan keganasan di Tanah Melayu ini? Pihak berkuasa MESTI menyekat kemasukan anasir-anasir yang mahu melakukan kacau bilau di Tanah Air kita yang aman ini. Tangkap dan halau mereka dari memijak di bumi ini.

Ya Allah
Selamatkanlah Tanah Melayu ini
Selamatkanlah aqidah anak cucu kami
Hancurkanlah mereka yang memusuhi Islam, mereka yang dari Yahudi dan Nasara

AlBaqarah120

************

Disyorkan baca juga kiriman lain berkaitan gerak kerja pelampau evangelis Kristian menipu Umat Islam:

Apakah tujuan dan maksud tema dan slogan satu perhimpunan besar-besaran pelampau Kristian yang dijadualkan awal bulan ini di Johor Bharu ini?

 Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)

m4j-june2015

Pelampau Kristian mahu merampas Tanah Melayu? Apakah provokasi pelampau evangelis Kristian sudah semakin mengganas?

Pihak keselamatan MESTI bertindak sebelum keganasan yang melampau ini tidak terkawal! SEGERA!

(insha Allah … ulasan lanjut selepas bacaan Yaasin Nisfu Shaaban malam ini …)

(kemaskini 10:30 malam) … Alhamdulillah … ulasan lanjut di sini:

Johor Untuk Jesus – Johor Dijadikan Negeri Kristian?

************

Disyorkan baca juga kiriman lain berkaitan gerak kerja pelampau evangelis Kristian menipu Umat Islam:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2015
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid