Saudara Mohd Tar A dari Kota Kinabalu bertanya: “Bagaimana dengan perancangan untuk mengekalkan IMAN mereka? Ada apa-apa perancangankah ustaz?

Sebab salah satu ISU BESAR saudara baru di Sabah adalah mengenai tindakan susulan selepas mereka kembali kepada Islam. Tidak ada tindakan susulan yang menyebabkan mereka keluar dari Islam semula.

Perkara ini berlaku terutama pengIslaman semasa zaman USNO, di mana bukan setakat seorang dua dalam sesebuah kampung, malahan terdapat kes satu kampung itu keluar dari Islam. 

Puan Rosmiaty Shaari  menulis: “Siapakah yang membimbing dan mendidik mereka selepas ini?”

Saudara Hairie Abd menulis: “Nak Islamkan mereka memang susah.. tapi nak maintainkan saudara baru kita ni lagi susah sahabat..”

Saya ibaratkan begini, seorang pendakwah di pedalaman, umpama orang yang menebang hutan belantara, membersih dan memerun belukar. Seterusnya membajak tanah, membuang segala sampah dan kotoran, hingga kawasan tu sedia untuk dijadikan kampung, atau ditanam tanaman.

Apabila tanah itu telah sedia untuk ditanam, itulah ibarat mereka yang didatangi pendakwah itu telah sedia menerima Islam, maka mereka mengucap dua kalimah syahadah. Itu baru peringkat menanam.

UsFadli-1Bila pokok “IMAN” itu tadi mula bercambah, mestilah dijaga, agar ia dapat terus hidup. Pokok yang masih terlalu muda itu perlu dipupuk, disiram, dibaja dan dipagar. Masih terlalu banyak kerja untuk dilakukan dalam memastikan pokok itu membesar hingga membuahkan hasil.

Itulah yang kita sedang usahakan hingga kini. Selama bertahun-tahun, berulang alik ke pedalaman Sabah selang sepuluh hari, Allah hadiahkan hidayah kepada mereka di sana. Mereka telah Islam. Mereka telah jadi saudara kita. Mereka umpama anak pokok yang baru bercambah, yang jika tidak dijaga, biasanya akan mati atau terbantut.

Tidak mungkin kami (saya bersama isteri dan anak-anak, serta sebilangan sahabat) mampu menjaga “pokok” yang baru bertunas itu. Kita perlukan lebih ramai orang-orang yang sanggup menjaganya, dengan bantuan jentera-jentera yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang maksima.

UsFadli-2Islam sebagai cara hidup (praktikal), perlu wujud di hadapan mata mereka, seterusnya dalam kehidupan mereka. Saya yakin, di waktu itu, berbondong-bondong mereka akan kembali Islam. Saya katakan mereka kembali Islam kerana di kalangan mereka pernah Islam satu masa dahulu. Tetapi di waktu itu mereka sendiri tidak mengetahui dan memahami apa itu Islam. Lebih-lebih lagi mereka terbiar, kurang perhatian, akhirnya mereka kembali ke agama asal.

Ilmu dan pendidikan yang berterusan sangat penting dan perlu. Itulah yang sedang kita usahakan di pedalaman Sabah. Kita telah membina tapak untuk dijadikan pusat ilmu yang “hidup” di tengah masyarakat pedalaman yang mualaf (baru atau telah lama sama sahaja-tiada pendidikan dan bimbingan sewajarnya), agar mereka dapat diberi ilmu, dibimbing amalnya, dipimpin jihadnya, hingga Islam itu kembang mekar dalam kehidupan.

UsFadli-3Alhamdulillah, Allah izinkan hidayah-Nya kepada 362 orang (sehingga 11 Julai 2014) melalui Misi Syahadah yang bermula sejak Julai 2011. Sebuah masjid telah siap dibina di Kampung Padang, Sepulut dinamakan Masjid As-Syahadah, sementara sebuah lagi sedang dibina di Pekan Pensiangan. Semua ini untuk kegunaan mendidik saudara baru selain merupakan syiar.

UsFadli-4Melalui dana yang dikirim para dermawan yang ikhlas, masjid ini dibina dengan titik peluh dan pengorbanan saudara baru kita yang baru memeluk Islam tidak sampai setahun. Semuanya bermula dengan membina iman manusianya, bila jiwa di bangun dengan iman, mereka bangun, untuk membangun, demi Islam.

Sumber tulisan di atas dari FB Ustaz Fadli Yusofhttp://facebook.com/mfadli11 . Bagi sesiapa yang sudi menyumbang kepada misi dakwah Ustaz Fadli Yusof (email mfadli11@yahoo.com atau tel: 012-4962812)…

UsFadli-6Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya,

  • 164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
  • 7600685304 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
  • 14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.

Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

UsFadli-5Wakaf dibuka untuk pembinaan Surau As Syahadah, Segari, Perak.

Akaun: PUSAT PEMBANGUNAN AS SABAH

564427506145 – MAYBANK CAWANGAN MENARA PERKESO JALAN AMPANG, KL

 

Advertisement