Tersebar beberapa tahun lalu, dan masih lagi sesekali diulang sebar, melalui perkongsian pelbagai media baru, berhubung kesesatan sekolompok Liberal Yang Sesat – Terjemahkan Bacaan Selari Dalam Solat.

Pastinya ramai yang telah tonton video tetapi ramai yang tidak maklum bahawa kumpulan tersebut adalah mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Islam Progresif. Pertubuhan mereka disebut sebagai Muslim for PROGRESSIVE Values (MPV) yang berpusat di Los Angeles California, USA.

Progresif BatilRamai juga tidak tahu bahawa kumpulan Islam Progresif tersebut dipimpin oleh anak Melayu bernama Zuriani binti Abdul Khalid atau nama glamernya ialah Ani Zonneveld. Beliau adalah yang berambut perang berbaju batik merah jambu dalam gambar solat berjemaah tersebut. Penasihat kumpulan Islam Progresif ini juga orang Melayu Malaysia yang menjadi pengasas kumpulan Islam Progresif sesat, Sisters In Sins (SIS).

Apakah Islam Progresif membawa kepada kesesatan dan kebatilan? Jika itu makna progresif, maka sama-sama kita doa agar dijauhkan umat Islam di Tanah Melayu ini dari mana-mana kelompok yang mahukan nilai-nilai PROGRESIF SESAT diamalkan.

PROGRESIF SESAT hanya membawa kepada kebatilan.