Soalan susulan kepada “Bible versi mana yang kamu guna?” ialah “versi mana yang betul?”

Soalan sebegini sering memerangkap para paderi Kristian sendiri. Ini kerana Bible yang ada pada tangan mereka itu sudah tidak lagi asli. Tidak lagi tulen.

Bible yang ada pada tangan mereka itu sudah pasti yang terjemahan. Kalau yang bahasa Melayu, lazimnya ialah terjemahan dari bahasa Inggeris. Maka yang bahasa Inggeris itu pula terjemahan dari bahasa mana?

Bibel bukan InjilKita kena faham Bible diambil dari dua “sumber”. Mereka kata bahawa “perjanjian lama” adalah kononnya Taurat. Manakala “perjanjian baru” pula kononnya adalah Injil. (Saya menolak sebarang kaitan perjanjian baru dan perjanjian lama dengan Taurat dan Injil – Ibu Irena Handhono ada menulis)

Mafhum, bahawa Taurat asal tidak pernah dibukukan. Bahasa asal perjanjian lama dicatat dalam bahasa Hebrew. Salinan-salinan yang dikatakan perjanjian lama ada pelbagai versi – tidak ada kesamaan dan kesepakatan. Maka apabila terjemahan demi terjemahan dari asal yang tidak menentu sudah pasti hasil akhirnya bercelaru.

Bagi perjanjian baru pula, ia asalnya dicatat dalam bahasa Greek (Yunani). Ada juga yang kata ada dalam bahasa Latin – tetapi ia sebenarnya adalah terjemahan dari bahasa Greek juga.

Perhatikan petikan ini (Ken Graham – United Church of God):

There are probably somewhere between 4,500 and 5,000 Greek manuscripts in existence today. Our task would be easy if they were all the exactly the same, but they are not. They all were copied from some other manuscript, and so they all have different dates when they were made too.

Ia mengatakan bahawa, ada terdapat 4,500-5,000 manuskrip dalam bahasa Greek – dan mereka berbeza-beza. Kalau inilah sumber terjemahan yang akhirnya menjadi tatapan pembaca Bible hari ini, sememangnyalah mereka disesat dan terus tersesat sepanjang masa.

Itulah yang telah Allah berfirman dalam surah Al Fatihah, bahawa mereka ini adalah orang-orang yang sesat. SadaqalLahu ‘azim.

Jika kita panjangkan lagi perdebatan, “jika kamu percaya versi ini yang betul apakah versi lain yang golongan Kristian lain guna itu salah?”

Bagaimana pula kumpulan Mormon yang percaya adanya “Book of Mormon” itu?

Sebab itulah juga sesetengah puak Kristian masih keliru mahukan nama Allah sebagai nama tuhan mereka sedangkan ramai paderi lain memilih Yahweh, Elohim, Jehovah dan sebagainya. (baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar)

**********

Bacaan berkaitan: