Iain-Sang Nila Utama-promoDua faktor penting yang mesti kita ketahui dalam memahami gerakan pelampau evangelis sedunia. Iain Buchanan dalam buku beliau, “Sang Nila Utama & The Lion Of Judah (klik), menyebut faktor-faktor tersebut adalah:

1. Niat – untuk menyebarkan agama Kristian kepada setiap manusia di seluruh pelusuk bumi bagi memenuhi “Great Commission”  

2. Rangkaian – dengan mengguna jaringan yang kompleks, meluas dan efisien serta menggunakan teknologi terkini dan kaedah pengurusan terkini, para evangelis berjaya menembusi dan menumpaskan sasaran mereka. Dengan kehebatan kekuatan sebegini kesempatan juga diambil oleh “negara penjajah” dalam menakluki dunia ketiga. Maka kita lihat rangkaian sebegini berjalan seiring dengan “penjajahan barat” ke atas negara-negara Islam.

Dalam pada itu, pelampau evangelis ini turut menyesuaikan niat dan kaedah mereka mengikut resam dan budaya tempatan melalui cara “kontekstualisasi“. (baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad)

Dua kumpulan utama pelampau evangelis yang mengganas dalam usaha mereka “menakluki dunia” ini, iaitu kumpulan “Christian Zionism” dan “Dominionism”, termasuk pecahan yang dirangkum sekali seperti “Charismatic” dan “Pentecostal”.

Agenda dan kesungguhan kelompok-kelompok ini kerap mendominasi kumpulan-kumpulan lain sehingga menimbulkan ketidak-senangan dari kalangan yang tidak setuju dengan mereka. Kita akan dapat baca perbahasan dan pertelingkahan dalaman mereka jika kita meneliti dengan halus dokumen dan tulisan-tulisan di kalangan mereka.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: