You are currently browsing the daily archive for 24 July, 2015.

Nampak gayanya kebanjiran kumpulan K-Pop datang ke Malaysia tidak putus-putus. Siri konsert mereka nampaknya semacam tidak berkesudahan.

Kenapa peduli sangat dengan kedatangan kumpulan K-Pop ini?

KPop-boost- dakyahKristianSaya pernah menyebut dalam kiriman awal tahun ini bahawa Kepopularan K-Pop Telah Merancakkan Kerja Dakyah Kristian (baca). Dan kiriman tersebut adalah hasil petikan dari pelbagai sumber literatur Kristian sendiri yang memperakui bahawa K-Pop turut menjadi alat untuk penyebaran agama Kristian. (Begitu juga saya pernah sebut bahawa Programa Esportivo Missionário (PEM) Adalah Program Kristianisasi Melalui Bolasepak (baca).

Dikhabarkan kumpulan terbaru yang akan tiba dan membuat persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25hb Julai, esok, ialah kumpulan Big Bang.

Menurut beberapa laman peminat K-Pop, kesemua ahli kumpulan Big Bang adalah penganut Kristian. Malah, awal tahun lepas, saya pernah mengumpul senarai ahli-ahli pelbagai kumpulan K-Pop untuk mengetahui apakah anutan agama mereka. Lebih 75 peratus dari mereka adalah penganut agama Kristian. (kalau terkini mungkin lebih lagi – dan bayangkan peratusan penduduk Korea yang beragama Kristian adalah 30+ peratus)

Korea Selatan-pengeksport mubaligh KristianPerlu diingat juga, Korea Selatan kini adalah menjadi negara pengeksport mubaligh yang kedua teramai selepas Amerika Syarikat mulai tahun 2006. Korea Selatan kini telah dianggap sebagai negara Kristian kerana mempunyai penganut Kristian sebagai kelompok agama terbesar, mengalahkan penganut Buddha yang satu masa dahulu menjadi penganut teramai. (baca: Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?)

Dan sasaran utama pelampau evangelis Kristian dari Korea Selatan ialah NEGARA-NEGARA ISLAM (rujuk rajah sebelah – itu petikan BBC NEWS!)

KPop-BigBang-PembinaBantahSyukur kita kerana adanya kelompok masyarakat yang prihatin mengingatkan umat supaya berhati dengan agenda mempromosi budaya K-Pop, antaranya seperti kempen bantahan PEMBINA (rujuk poster sebelah).

Nanti apabila kiriman ini tersebar maka sudah pasti akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?” Memang benar kita mesti waspada. Kita mesti awasi ancaman-ancaman. Kita wajib berusaha melindungi umat Islam dengan mengambil sikap “sadduz zara’i” (baca: Kenapa Kunci Rumah?)

Baca juga: Kuil-kuil Buddha Di Korea Dimusnahkan Oleh Pelampau Kristian Yang Ganas

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2015
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid