Terdapat pelbagai manual latihan yang direncana khas untuk sasaran memurtadkan orang-orang Islam oleh pelampau evangelis Kristian. Kepelbagaian ini antaranya disebabkan mereka dari kelompok (denominations) berbeza (ada ratusan kelompok berbeza di kalangan penganut Kristian).

LDS Mormon mubalighKelompok Latter Days Saint (LDS) yang lebih dikenali sebagai Mormon (yang dikirakan sebagai Kristian SESAT oleh kebanyakan Kristian yang lain), mempunyai pusat latihan mereka di Missionary Training Center (MTC), Provo, Utah, Amerika Syarikat (selain 16 lagi MTC seluruh pelusuk dunia). Pendakyah-pendakyah mereka, yang selalu berkeliaran di Tanah Air kita, mudah dikenali kerana mereka memakai seluar gelap, kemeja putih dan bertali leher (bagi lelaki). Mereka juga mudah dikenali kerana memakai “tag nama”.

Sebelum ke Tanah Air kita mereka bukan sahaja dilatih tentang asas-asas agama mereka untuk berhujah menyebarkan agama mereka, tetapi mereka juga diajar tentang agama Islam dan bagaimana hendak berhujah. Malah, mereka juga diajar untuk tahu serba sedikit tentang negara, bangsa, kebudayaan dan seumpamanya. Contohnya, mereka diberi pendedahan tentang Jalur Gemilang dan yang berkaitan.

Salah satu lagi manual latihan untuk pendakyah Kristian berhadapan dengan orang Islam yang saya cuba tekuni ialah kaedah yang dipelopori oleh Southern Baptist Convention (SBC), yang dipanggil “CAMEL Method“. CAMEL adalah singkatan kepada “Chosen, Announcement, Miracles, Eternal Life” kononnya rumusan dari kisah Maryam dan Nabi Isa a.s. dalam al Quran surah Ali Imran ayat 43-55.

Dalam salah sebuah manual latihan CAMEL ianya menerangkan salah satu strategi untuk mendekati sasaran Muslim oleh seorang pendakyah MBB (Muslim Background Believer).

[MBB adalah orang-orang Islam yang telah murtad menganut agama Kristian – mereka ini dilabelkan sebagai “Muslim Background Believers” yakni orang yang berlatar-belakangkan Islam tetapi kini percaya kepada Jesus – baca lanjut di sini]

Sebagai seorang MBB, paderi ini seharusnya cukup terlatih untuk memetik mana-mana ayat Al Quran. Maka apabila mendekati sasaran Muslimnya, dia akan pertamanya lontarkan ayat seperti dari surah Yunus: ayat 94:

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).

Ayat ini bagi tujuan membuka minda sasaran Muslim itu untuk tertanya-tanya dengan hujah kononnya (kata mereka) apabila Nabi s.a.w. “ragu” dengan ayat-ayat Allah, maka Baginda diminta untuk rujuk kepada kitab-kitab terdahulu  (TETAPI menurut tafsir-tafsir muktabar [e.g. At-Tabari dan Ibn Katsir], memetik hadith riwayat Qatadah bahawa Baginda “tidak ragu dan kerana itu tidak akan bertanya kepada mereka”).

Tujuan mereka guna ayat-ayat Al Quran ialah untuk memecah sekatan minda berbanding jika pendakyah mengguna Bible. Jika mereka guna Bible untuk mula berhujah sudah pasti orang Islam akan menolak dari awal lagi.

When approached with the Bible, Muslims immediately become defensive. A confrontation is imminent – your holy book verses his holy book. A Muslim cannot and will not deny the Koran. Relating to a Muslim from the Koran guarantees a listening ear. If attention is given to the verses in the Koran that deal with truths about Jesus, then you and your new Muslim friend can enter into dialogue on neutral ground.

Apabila pemikiran sasaran Muslim itu mulai tergugat atau terbuka, maka langkah seterusnya bagi paderi MBB itu ialah menarik sasarannya untuk rasa selesa dengan orang-orang Kristian dengan mengguna ayat 82 dari surah Al Maaidah pula.

… Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Melalui ayat sebegini, paderi tersebut akan cuba menyakini sasaran Muslim (si mangsa) bahawa “ayat Quran sendiri yang mengatakan orang Kristian adalah baik dan mesra dengan orang Islam”.

Dengan menarik emosi sasaran Muslimnya (dengan mengguna ayat dari Al Quran), paderi MBB akan mengajak pula si mangsa untuk menjadi seorang Muslim sebenarnya. Untuk itu perlulah dia baca dan terbuka kepada kitab-kitab terdahulu sambil berhujah dengan ayat 136 surah An Nisaa. Sasaran Muslim itu juga diyakinkan supaya tidak bimbang tentang ayat-ayat Allah yang dijanjikan tidak akan mampu diubah oleh manusia, sambil memetik ayat 115 surah Al An’aam, seolah-olah Bible hari ini adalah benar dan sama seperti kitab-kitab asal.

The MBB went further to explain … in order to be a proper Muslim (one who totally surrenders himself to God), he must read the holy books that came before the Koran (see Surah 4:136) and that he should not have any fear that God’s Holy Word can be changed by any man (see Surah 6:115).

Begitulah antara cara tipu muslihat yang dilatih kepada paderi Kristian yang akan berdepan dengan si mangsa Mulism.

Teringat pula apabila Asri MAZA juga menggunakan ayat 82 dari surah Al Maaidah dengan mengatakan:

“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian” (MalaysianInsider 17 Mei 2014)

Asri turut galak mengatakan orang-orang Kristian sebenarnya “paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam” – satu nada dengan kaedah yang dilatih oleh evangelis Kristian apabila hendak mendekati orang-orang Islam.

Asri MAZA-Evangelis-alMaaidah ayat82

Menurut tafsir At-Tabari dan Ibn Katsir, ayat tersebut merujuk kepada kisah orang Nasrani dari Habsah yang apabila mendengar ayat-ayat suci Al Quran dari surah Maryam mereka  sangat tersentuh dan menangis terus memeluk Islam (ada satu lagi kisah asbabun nuzulnya ialah apabila dibaca ayat-ayat dari surah Yaasin) – baca Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)

Jauh yang teramat sangat perbandingan yang hendak dibawa oleh Asri ini. Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai? Ayat yang digunakan langsung tidak sesuai dengan pelampau evangelis yang saban hari memerangi orang-orang Islam seperti mana yang disebut dalam ayat 120 surah Al Baqarah itu.

Semoga Umat Islam di Tanah Air kita tidak mudah terpesong dengan pandang yang menyanggahi ijmak dan telah disepakati oleh ulamak terdahulu semata-mata kerana mahu dilihat berbeza dengan suatu pandangan yang kononnya dirasakan  “cerdik” (?) atau mungkin supaya popular di kalangan musuh Islam dan media-media musuh Islam.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: