You are currently browsing the monthly archive for August 2015.

Dari gambar-gambar perhimpunan promosi pra-Bersih 4 (atau dalam bahasa Mandari disebut Bersih 四 atau bunyinya “si”), didapati bilangan kehadiran orang Melayu amat ketara TIDAK ADA.

Sangat jelas kali ini bahawa Bersih 四 (4) menjadi perhimpunan puak-puak chauvinist Cina yang bencikan keamanan yang sedang dinikmati oleh rakyat jelata. Keharmonian sehati sejiwa rakyat berbilang bangsa di Tanah Air ini dalam semangat bersama dalam sambutan Hari Kemerdekaan cuba diganggu oleh puak-puak yang sengaja mencari sebab.

Apakah perhimpunan BERSIH 四 (si) kali ini merupakan juga kematian yang bakal menjadi titik mula berkuburnya BERSIH. Atau disebut dalam bahasa Mandarin sebagai BERSIH “si” bakal menjadi BERSIH 死 (MATI). BERSIH MATI.

MATIlah BERSIH selepas ini.

Janganlah pula 死 ini bermakna ada kematian. Nauzubillah.

Orang-orang Cina amat takut dengan kepercayaan sebegini. Mereka tidak akan mengguna no. 4 untuk plat kereta mereka. Sebab mereka TAKUT MATI (死).

死 (mati) atau  四 (empat) – kedua-duanya bunyi “si”.

Aiyoo … mati loh.

Bersih si - mati

Baca juga:

 

Memang tidak selesa apabila dituduh menjadi agen asing. Apabila BERSIH dikaitkan menerima dana asing maka penganjur akan cuba bersilat mencari helah. Maka, Maria Chin bersungguh mengatakan bahawa mereka menang kes mahkamah terhadap NST yang menuduh BERSIH terima dana NED.

Tetapi apakah Maria Chin akan mengaku bahawa mereka sebenarnya menerima dana dari agen asing yang lain seperti OSI dan NDI? Sudah pasti fakta ini tidak boleh diberdalihkan lagi. Dana asing tetap dana asing.

Apa bezanya  NED dengan NDI? Jawapan ringkas, SAMA SAHAJA.

National Endowment for Democracy (NED) ditubuh pada tahun 1983 bagi melaksanakan kerja-kerja jahat espionage yang sebelum ini dilakukan oleh Central Intelligence Agency (CIA), tetapi secara lebih terbuka. Bezanya CIA lakukan secara penuh kerahsiaan (covert), NED lakukan secara terbuka (overt) [contoh: kerajaan Chile di bawah Presiden Allende dijatuhkan oleh kerja jahat CIA (1973), kerja-kerja espionage CIA di Guatemala 1950an-1980an, di Iran dan banyak lagi].

Dr. Allen Weinstein (orang yang merangka pembentukan NED) dipetik pernah berkata “A lot of what we (NED) do today was done covertly 25 years ago by the CIA” (Washington Post, 22 September, 1991). Ini adalah bukti kukuh bahawa NED mewarisi kerja-kerja jahat espionage CIA dalam mencaturkan politik antarabangsa untuk menuruti telunjuk Amerika Syarikat.

Open Society Institute (OSI) – kini dikenali Open Society Foundation (OSF) ditubuh pada tahun 1993 – adalah alat milik George Soros untuk mengawal serta memporak-perandakan dunia supaya mudah untuk dimanipulasinya.

Kedua-dua OSI dan NDI MEMANG menyumbang untuk penganjuran BERSIH. Maka, apabila Maria Chin mengatakan BERSIH tidak menerima dari NED itu hanyalah dalih untuk mengabui mata orang ramai.

Susulan penubuhan NED, empat badan lain ditubuhkan bagi melaksana dan menyalurkan dana bagi pihak NED. Antaranya ialah National Democratic Institute (NDI).

penerima dana NDI-NEDApabila kita baca laporan NED, ianya dengan jelas menyenaraikan penerima dana mereka setiap tahun. Maka tidak payahlah Maria Chin cuba mendabik dada untuk berdalih.

Penolong Pengarah FBI, Walter Skinner, dalam siri TV popular, The X-Files, dalam episod pertama musim kelima berjudul “Redux” (yang merupakan di antara episod paling tinggi ditonton dalam siri tersebut) dipetik berkata, “As you compound the lies, you compound the consequences for them.” Satu pembohongan akan membawa kepada siri pembohongan yang berterusan.

Begitulah gayanya dengan puak-puak yang cuba berselindung sambil berbohong kononnya mereka tidak menerima dana asing atau dijadikan “barua” oleh dalang asing yang sengaja ingin melakukan “perubahan di Dunia Islam ke arah demokrasi, moden dan sesuai dengan “orde dunia antarabangsakontemporari …” (dipetik dari buku “Civil Democratic Islam” terbitan Rand Corporation). Ini bermakna perubahan yang ingin dilakukan mereka adalah untuk mengikut telunjuk Uncle Sam/Amerika Syarikat.

NED-NDI funded BersihUntuk kita lebih memahami peranan NDI yang cuba melakukan kekacauan di Tanah Air ini kita baca pula laporan RASMI yang dikeluarkan oleh NDI sendiri. NDI sendiri mengesahkan bahawa sumber dana untuk perancangan jahat mereka di Malaysia datangnya dari NED.

Yang ketaranya ialah jika kita bandingkan laporan NDI terkini (dari laman sesawang rasmi mereka) dengan laporan yang pernah mereka siarkan pasca PRU 12 2008, ada sesuatu yang NDI cuba sembunyikan.

Dahulu NDI dengan jelas mengaku memainkan peranan dalam penganjuran BERSIH, tetapi satu perenggan yang menyebut tentang penglibatan NDI dalam penganjuran BERSIH telah DIPADAMKAN dari laporan yang sama.

Kenapa dipadamkan?

KENAPA perlu SEMBUNYIKAN?

Laporan NDI-Bersih - diubah

Baca juga:

 

It was over twenty years ago that somehow I was involved partly in the so called project to have the next ring road after the Middle Ring Road (MRR2). [In case one wonders which is the Inner Ring Road, it is Jalan Tun Razak – Circular Road as it was first introduced and later popularly known as Jalan Pekeliling)]

It looks now that slowly and partly, the ORR is taking shape. We will soon be having the second last connection before the final completion of the last link taking through behind the zoo towards north.

Looking forward for a much integrated links of highways to ease the current bottle-neck along most part of the MRR2, while at the same time the environment is taken care of.

ORR-Klang Valley

ICD10-crossdressingSedikit komen sebelum membaca petikan di bawah dari Utusan Malaysia, saya pernah mengulas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa kita perlu Memahami Keputusan Mahkamah Rayuan Mengiktiraf Orang Yang Berpenyakit Mental dari sudut yang betul.

Jika tidak orang gila pun akan tuntut membawa senjata untuk mengamuk. Jika kita beri hak yang mereka tuntut maka kita tahulah akibatnya. Tetapi sebenarnya hak untuk orang gila ialah diberi rawatan sempurna. Begitu juga orang pondan (orang yang mempunyai masalah yang juga disebut sebagai gender identity disorder GID) adalah orang yang berpenyakit mental menurut takrifan World Health Organisation dalam ICD-10.

*******

PUTRAJAYA 13 Ogos – Tiga jurumekap pengantin tidak mengikut prosedur apabila mengemukakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar kesahihan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan 1992 yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah, ketiga-tiga mereka sepatutnya mengemukakan terus permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk memperoleh kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan petisyen bagi mencabar enakmen tersebut di mahkamah tertinggi negara.

Oleh itu, katanya, tindakan Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, yang meng­alami kecelaruan identiti jantina (GID), membuat semakan kehakiman adalah pramatang disebabkan tiadanya keputusan dari segi pentadbiran yang boleh disemak berhubung enakmen tersebut dan bercanggah dengan Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut peguam itu, Mahkamah Tinggi tidak perlu melayan semakan kehakiman oleh ketiga-tiga mereka yang dinamakan sebagai pihak responden dan Mahkamah Rayuan juga sebenarnya tidak perlu mendengar rayuan itu disebabkan tiada bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh kerana ketiadaan bidang kuasa, maka ujar Muhammad Shafee, keputusan yang dibuat oleh kedua-dua mahkamah tersebut tidak sah disebabkan tidak merujuk terlebih dahulu perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

“Saluran perundangan yang digunakan adalah salah dan mereka sepatutnya mengemukakan petisyen rayuan terus ke Mahkamah Persekutuan,” kata Muhammad Shafee yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain.

Peguam Aston Paiva yang mewa­kili pihak responden ketika membalas hujah berkata, semakan kehakiman difailkan untuk mendapatkan perisytiharan dan tindakan tersebut mematuhi keperluan undang-undang bagi memulakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi dan tidak menyalahi Perkara 4A Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Kedua-dua peguam tersebut berhujah dalam rayuan Kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang menetapkan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Selain Kerajaan Negeri Sembilan, empat pihak lain ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguat kuasa syariah dan ketua pendakwa raya syariah.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November tahun lalu itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga mereka untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai melanggar Perlembagaan.

Dalam keputusannya itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol mengemukakan semakan kehakiman dengan mendakwa bahawa Seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap GID, seperti yang disahkan dalam satu laporan kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam sebelum membuat pembedahan pertukaran jantina.

Pada prosiding hari ini, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif akan membuat keputusan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas selesai mendengar hujahan pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan tersebut.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/permohonan-3-mak-nyah-tidak-patuh-prosedur

Belum ada apa-apa kiriman baru dalam blog saya semenjak bulan Ogos ini, sudah hampir dua minggu kini. Sekadar berkongsi, saya catatkan kiriman yang ringan. Bukan bertujuan untuk mengatakan bahawa syarikat membuat ubat gigi yang orang ramai kenali itu adalah penyebar agama Kristian, cuma kebetulan nama pengasas Colgate itu terlibat dalam penubuhan salah sebuah sebuah syarikat pengedaran bahan Kristian yang terbesar. Ini cerita lebih 200 tahun lalu.

Pada tahun 1809, beberapa aktivis di bandar New York menubuhkan sebuah pertubuhan yang disebut sebagai New York Bible Society (NYBS). Di antara aktivis yang terlibat dalam penubuhannya adalah William Colgate (Colgate Palmolive) dan Henry Rutgers, orang yang mengasaskan Rutgers University.

NYBS kemudian bertukar menjadi International Bible Society (IBS) dan sekarang dikenali sebagai Biblica.

Pada tahun 1810, NYBS menerbitkan terjemahan Bible pertama mereka dalam bahasa Bengali. Kini mereka telah menerbitkan dalam 65 bahasa.

IBS kemudian bergabung dengan sebuah lagi penerbit-pengedar buku Kristian, Send the Light (STL) untuk menjadi IBS-STL, sebuah pengedar bahan Kristian yang terbesar di dunia.

STL adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh paderi George Vermer, yang mengasaskan Operation Mobilisation (OM). OM adalah pemilik kapal Logos Hope, yang dikendalikan oleh GBA Ships (kita bincang isu ini dalam kiriman lain – insha Allah).

IBS-STL beroperasi di bawah dua entiti. IBS-STL Global berpusat di Amerika Syarikat. Dan IBS-STL UK, yang turut mempunyai lebih 40 buah rantaian kedai buku di bawah nama Wesley Owen. Namun, selepas kegagalan melaksanakan sistem aplikasi IT SAP dalam rantaian pengedaran mereka, IBS-STL UK menghadapi masalah kewangan hingga akhirnya menutup perniagaan mereka pada tahun 2010. 

IBS-STL Global yang terus beroperasi kemudian bertukar nama kepada Biblica. Biblica adalah penerbit Bible New International Version (NIV). Dan penerbitan Bible NIV mempunyai kisahnya yang tersendiri dengan melibatkan seorang jurutera General Electric, Howard Long, bermula pada tahun 1955. NYBS adalah penaja kepada usaha menerbitkan NIV tersebut.

edaran buku kecil kristianNamun, kita sangat bimbang dengan pelbagai penerbit bahan-bahan cetakan Kristian yang kadang-kadang tidak jelas meletakkan nama dan alamat mereka sambil mengedar di merata tempat, termasuk kepada orang-orang Islam. Ada yang menggunakan alamat di Singapura atau lain-lain negara. Sesetengah buku ini jelas melanggar sensitiviti umat dan undang-undang sebagai contoh menggunakan kalimah Allah.

Awasilah supaya anak-anak kita tidak mudah terpedaya.

(… sebelum dikomen … ya, tajuk dan kandungan tulisan kali ini semacam kurang tersusun)

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2015
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid