ICD10-crossdressingSedikit komen sebelum membaca petikan di bawah dari Utusan Malaysia, saya pernah mengulas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa kita perlu Memahami Keputusan Mahkamah Rayuan Mengiktiraf Orang Yang Berpenyakit Mental dari sudut yang betul.

Jika tidak orang gila pun akan tuntut membawa senjata untuk mengamuk. Jika kita beri hak yang mereka tuntut maka kita tahulah akibatnya. Tetapi sebenarnya hak untuk orang gila ialah diberi rawatan sempurna. Begitu juga orang pondan (orang yang mempunyai masalah yang juga disebut sebagai gender identity disorder GID) adalah orang yang berpenyakit mental menurut takrifan World Health Organisation dalam ICD-10.

*******

PUTRAJAYA 13 Ogos – Tiga jurumekap pengantin tidak mengikut prosedur apabila mengemukakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar kesahihan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan 1992 yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah, ketiga-tiga mereka sepatutnya mengemukakan terus permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk memperoleh kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan petisyen bagi mencabar enakmen tersebut di mahkamah tertinggi negara.

Oleh itu, katanya, tindakan Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, yang meng­alami kecelaruan identiti jantina (GID), membuat semakan kehakiman adalah pramatang disebabkan tiadanya keputusan dari segi pentadbiran yang boleh disemak berhubung enakmen tersebut dan bercanggah dengan Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut peguam itu, Mahkamah Tinggi tidak perlu melayan semakan kehakiman oleh ketiga-tiga mereka yang dinamakan sebagai pihak responden dan Mahkamah Rayuan juga sebenarnya tidak perlu mendengar rayuan itu disebabkan tiada bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh kerana ketiadaan bidang kuasa, maka ujar Muhammad Shafee, keputusan yang dibuat oleh kedua-dua mahkamah tersebut tidak sah disebabkan tidak merujuk terlebih dahulu perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

“Saluran perundangan yang digunakan adalah salah dan mereka sepatutnya mengemukakan petisyen rayuan terus ke Mahkamah Persekutuan,” kata Muhammad Shafee yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain.

Peguam Aston Paiva yang mewa­kili pihak responden ketika membalas hujah berkata, semakan kehakiman difailkan untuk mendapatkan perisytiharan dan tindakan tersebut mematuhi keperluan undang-undang bagi memulakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi dan tidak menyalahi Perkara 4A Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Kedua-dua peguam tersebut berhujah dalam rayuan Kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang menetapkan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Selain Kerajaan Negeri Sembilan, empat pihak lain ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguat kuasa syariah dan ketua pendakwa raya syariah.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November tahun lalu itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga mereka untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai melanggar Perlembagaan.

Dalam keputusannya itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol mengemukakan semakan kehakiman dengan mendakwa bahawa Seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap GID, seperti yang disahkan dalam satu laporan kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam sebelum membuat pembedahan pertukaran jantina.

Pada prosiding hari ini, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif akan membuat keputusan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas selesai mendengar hujahan pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan tersebut.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/permohonan-3-mak-nyah-tidak-patuh-prosedur

Advertisements