You are currently browsing the daily archive for 3 September, 2015.

Bersih si - matiBerikut adalah jawaban melalui mesej WhatsApp yang saya terima merujuk kepada fitnah yang menuduh Masjid Jamek halang dan halau peserta demonstrasi jalanan yang disebarkan oleh peserta BERSIH “si” (MATI) [baca: BERSIH 四 (“si”) Bakal Mengkuburkan Mereka?].

Mesej yg saya terima dpd Tn Imam Masjid Jamek KL apabila saya tanya apa yg sebenarnya berlaku?

“Tiada langsung kami menghalau…saya serahkn pada Allah sbg Hakim yg paling adil..tidak sesuai utk kita terus beri hukum dgn viral fitnah ini. Lihat respon rasmi saya kpd pihak2 yg bertanya…”

“Masjid jamek tidak akan bergerak atas jln politik…kita hanya jln tugas khadam masjid shj.”

1. MJBKL beroperasi seperti biasa semasa hari BERSIH, kita hanya tangguhkan program pelancongan masjid kerana memikirkan risiko kepada pelancong.

2. Waktu operasi kita ialah seperti berikut:

Waktu buka masjid-

  • 5.00am-7.30am
  • 12.00pm-10.00pm

Waktu tutup masjid-

  • 7.30am-12.00pm: adalah rutin pihak masjid membersih masjid setiap hari
  • 10.00pm-5.00am: adalah faktor keselamatan

3. MJBKL tidak pernah secara mutlak tidak memberikan ruang untuk kaum muslimin masuk dan beribadat walaupun waktu operasi telah tamat. MJBKL ada bukti di mana terdapat jemaah yang solat isyak dalam masjid walaupun waktu telah melebihi jam 10 malam.

4. Sesiapa sahaja yang memohon untuk masuk masjid bagi beribadah, masjid tidak pernah menghalang, walau apa keadaan sekalipun. Saya telah bercakap sendiri dengan beberapa pemimpin perhimpunan haram ini bahawa, jika memerlukan apa apa bantuan, boleh maklumkan kepada saya terus dan kita akan bantu. Mereka semua kenal saya dan kita pihak JAWI, mereka selalu buat program dakwah di MJBKL.

5. Berbalik kepada isu ini, pihak yang hendak masuk tidur adalah peserta bersih, saya menunggu pihak pemimpin mereka untuk berbincang dengan saya dan mereka tiada kata apa-apa berkenaan tidur malam. Justeru itu, kita hanya meneruskan rutin biasa kita mengikut peraturan.

6. Sama juga dengan mana-mana pihak lain yang ingin bermalam di masjid/menggunakan masjid bagi aktiviti mereka, mereka perlu meminta izin kepada pihak masjid bagi maksud tersebut. Maka masjid tiada diskriminasi juga dalam soal bersih ini, pihak penganjur sepatutnya meminta izin sekurang-kurangnya secara verbal untuk peserta hendak bermalam di masjid.

7. Walaupun kepada non-muslim kita tetap bersikap sama, layanan sama kepada muslim dan non-muslim. Mohon kebenaran, kita akan bantu.

8. Isu menyentuh tindakan gereja, sudah menjadi modus operandi mereka dan masjid tiada akan mempersoalkan perkara tersebut kerana itu peraturan dan cara mereka.

9. Soalnya ialah, saya melihat perkara ini adalah fitnah yg cuba disebarkan oleh pihak non muslim dengan menjadikan orang Islam sendiri sebagai boneka mereka. Dalam perhimpunan bersih telah jelas kita lihat 90% cina, hanya 7% melayu dan mereka gunakan kesempatan ini untuk menggunakan orang Islam bagi mencari point utk menjadikan fitnah sesama kita.

10. Jika JAWI dan JAKIM hendak buat event guna masjid pun, mereka akan bagi maklum kepada kita … inikan pula himpun yang tidak sah ini … kita semua pun muslim … cuma bezanya adab mereka telah hilang kerana sentimen dan emosi ditambah provokasi non-muslim yang memang cuba mencari peluang untuk mencetuskan perbalahan antara muslim dan merosakkan negara ini.

11. Saya pun tidak kata yang kerajaan kita 100% tidak salah, mungkin ada banyak kepincangan berlaku juga akibat rasuah dan sebagainya, namun, pihak-pihak musuh saja menggunakan isu tersebut sebagai alasan kepada pemberontakan yg mempunyai agenda muslihat di sebaliknya.

12. Malangnya ramai orang muslim tertipu … cara yg sebenarnya ialah kita sesama Muslim mesti memperkuat sesama kita dan membetulkan kesalahan kita supaya pihak non-Muslim yang memusuhi Islam tiada ruang untuk merosakkan Islam … dalam surah al Baqoroh juz 1 sudah kata Nasrani dan Yahudi akan sentiasa memusuhi kita.

13. Saya bukan kata hendak kita memusuhi mereka, tetapi kita kena tutup ruang utk mereka merosakkan kita dengan ajaran Islam sebenar dan tetap membina hubungan baik dengan non-Muslim biar pun kita dimusuhi, jalan itu akan membuka jalan untuk mereka menerima Islam sebagai jalan yang terbaik.

(dikemaskini)

Beberapa orang sahabat meminta untuk saya kongsikan slaid-slaid dari pembentangan tajuk di atas baru-baru ini.

Memandangkan ianya agak sukar untuk memahami slaid tanpa memberi penjelasan, maka saya ubahsuai sedikit sebahagian slaid supaya ianya lebih deskriptif untuk dikongsikan.

Baca juga:

Semoga bemanfaat.

slides kemusnahan negara Islam-1

slides kemusnahan negara Islam-2

slides kemusnahan negara Islam-3

slides kemusnahan negara Islam-4

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2015
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid