AWAS! Evangelis Kristian memang licik dalam agenda dakyah kristianisasi mereka. Kini, sedang berlangsung ialah sebuah pameran buku terapung di atas kapal di pelabuhan Pulau Pinang.

GBAship-saham promosiPameran di atas kapal Logos Hope adalah agenda terancang kritianisasi – tanpa syak. Jika kita rujuk laman sesawang rasmi mereka, bahan-bahan promosi, serta pameran buku dan lain-lain di atas kapal sangat jelas membawa mesej Kristian untuk para pengunjung.

Logos Hope adalah kapal keempat kendalian GBA Ships e.V., sebuah badan dakyah missionari Kristian di bawah satu lagi pertubuhan Kristian Operation Mobilisation (OM) atau juga OM Ships International (OMSI). GBA bererti Gute Bücher für Alle dalam bahasa German yang diterjemah sebagai  “Buku-buku Baik Untuk Semua” (Good Books for All).

Dari laman rasmi OMSI:

OM Ships International is the organisation behind Logos Hope. The Ships Ministry began in 1970 as part of the global Christian training and outreach movement … providing many visitors their first-ever opportunity to purchase quality educational and Christian literature.

In each port, the ship’s crew joins local churches to bring hope and show love to people whatever their circumstance, culture or background.

GBAship-aktiviti mereka

Siri pameran buku untuk misi kristianisasi ini telah bermula semenjak tahun 1970 dan dari pelayaran 4 buah kapal mereka sehingga kini telah singgah dilebih 450 pelabuhan yang berbeza di 150 negara serta dikunjungi oleh 43 juta orang.

Jika kita perhatikan apa yang disebut di laman rasmi mereka:

… a book fair featuring over 5,000 different titles of educational and Christian books, a visual presentation called the Journey of Life, which is based on the story of the “Prodigal Son”

Selepas keluar dari ruang pameran dan jualan pelbagai jenis Bible, termasuk untuk kanak-kanak, dan bahan-bahan bacaan Kristian, pengunjung akan melalui satu laluan khas berbentuk pameran visual gambar lukisan di dinding (visual presentation called the Journey of Life) yang jelas untuk mencetus dalam hati pengunjung mesej dari dakyah Kristian melalui pengkisahan sambil kita berjalan itu.

Pengkisahan “Journey of Life” ini berdasar kisah dari perjalanan Jesus dengan merujuk kepada Bible Luke 15:11-32, yang disebut sebagai kisah “Prodigal Son”. Begitulah halus sekali dakyah Kristian diselit secara “subliminal“.

GBAship-JourneyofLife

Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM1 untuk masuk. Setiap RM yang kita sumbang untuk pertubuhan Kristian diguna sepenuhnya untuk kerja-kerja jahat dakyah Kristian untuk memurtadkan umat Islam seluruh dunia. Bayangkan, kita yang menjadi penyumbangnya! Yang sedih – ramai dari kalangan kita tolong sebar mempromosi agenda Kristian ini melalui mesej-mesej mereka.

Baca juga tulisan Sdri. Helen Ang berkenaan isu yang sama: GEMPAR! Jarum halus dakyah Kristianisasi dicucuk The Star

GBAship-ruangBookFair

Yang menjadi kebimbangan ialah jika evangelis Kristian berterusan melakukan dakyah secara terbuka sebegini, akan ada nanti anasir-anasir ekstremis penganas yang mempunyai tahap kebencian melampau bertindak sendirian secara ganas. Inilah yang selalu disebut oleh SAC Ayub Khan dari “anti-terrorism Bukit Aman, dalam siri penerangan ancaman IS, bahawa beliau bimbang jika ada “lone wolf” melakukan tindakan sabotaj ganas bersendirian.

Apa jadi jika kita antara yang terkorban di atas kapal yang meletup ketika kita baru menyumbang dana untuk agenda Kristian? Nauzubillah

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Advertisement