Apabila wartawan membuat laporan kerap kali berlaku di mana wartawan tersebut sendiri tidak benar-benar fahami atau hayati apa yang telah diucapkan. Ini terjadi ketika Pope Benedict XVI (yang sudah pencen) ketika berucap di Dataran St. Peters pada 10 Oktober 2012. Di dalam ucapan tersebut, Pope ada menyebut perkataan “Al-Rabb”, maka “pemberita” menulis laporannya sebagai “Pope mengucapkan semoga Allah memberkati kamu”. Dan ini diperbetulkan oleh pejabat Pope bahawa Pope tidak sebut Allah tetapi hanya menyebut istilah “Al-Rabb”. Pope tahu dan tidak mahu gunakan kalimah Allah.
Baca lanjut di sini: Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
Begitu juga dengan wartawan Malaysiakini, sepertimana lazimnya mereka menulis, mereka menulis tanpa memahami keseluruhan isi perbincangan. Baca laporan mereka di bawah yang bertarikh 6 Mei 2014 dengan tajuk di atas.
Sebagai contoh saya petik laporan beliau:
Bagaimana pun, Karim tidak menyokong unjuran populasi Kristian di Malaysia itu selain daripada membandingkannya dengan perkembangan penganut agama itu di Nigeria.
Sama ada wartawan tersebut tidak faham kaedah yang saya sebut (straight line extrapolation) atau dia sengaja ingin menimbulkan syak ke atas pembentangan berfakta saya. Dalam pembentangan lebih setahun lalu tersebut, saya sebut dengan jelas bagaimana saya dapatkan (derived) suasana masa depan berdasarkan peratusan dari bancian-bancian yang lalu. Ini adalah kaedah yang disebut sebagai “ inferring unknown from the known. It attempts to predict future data by relying on historical data”.
AWAS. Umat Islam mungkin tidak lagi akan menjadi majority di Tanah Air kita ini di suatu masa akan datang jika unjuran tersebut menjadi kenyataan. Nauzubilah.
Ini bukan tidak pernah berlaku. Tanah Melayu Filipina yang suatu masa dahulu penduduknya beragama Islam kini hanya tinggal sekitar 5% sahaja. Bagaimana Tanah Melayu Singapura, ya Tanah Melayu. Berapa peratus orang Islam sekarang?
*************
Baca laporan Malaysiakini:
NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim
Ahmad Fadli KC 6 May 2014, 4:24 pm 6 May 2014, 5:45 pm
Sebuah NGO Muslim hari ini memberi amaran agar orang Melayu berwaspada terhadap kewujudan Melayu Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka. [baca: Melayu Kristian?]
Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abd Karim Omar mendakwa golongan itu tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain.
Malah mereka kadang kala didakwa melakukan ibadah Muslim seperti berpuasa dan ke masjid, serta tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan Kristian di rumah mereka. [baca: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB]
Menurutnya, kewujudan golongan itu adalah berdasarkan satu disertasi kedoktoran berjudul “Religious identity and life of Malay Christians of Malaysia”.
Disertasi itu didakwa disediakan John Cheong pada September 2012 sewaktu mengikuti pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Trinity International University, Illinois.
Beliau berkata demikian pada “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Shah Alam, petang ini.
Menurutnya, gerakan ini dikenali sebagai ‘gerakan dalaman’ dan jika ia berterusan, populasi Kristian Malaysia yang kini 9.2 peratus daripada penduduk Malaysia boleh meningkat kepada 40 peratus dan sama ramai dengan Muslim. [baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]
‘Kontekstualisasi’ mubaligh
Beliau memberi contoh penganut Kristian di Nigeria yang mewakili 21.4 peratus daripada populasi negara itu pada tahun 1953 berkembang biak kepada 49.3 peratus tahun 2010.
Jumlah itu mengatasi populasi Muslim di negara itu pada tahun 2010 yang hanya membentuk 48.8 peratus.
“Bolehkah ini berlaku di Malaysia?” tanya beliau kepada hadirin seminar itu.
Bagaimana pun, Karim tidak menyokong unjuran populasi Kristian di Malaysia itu selain daripada membandingkannya dengan perkembangan penganut agama itu di Nigeria.
Jelasnya lagi, kewujudan komuniti Melayu Kristian ini adalah hasil ‘kontekstualisasi’ mubaligh Kristian. [baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad]
Ia adalah strategi menyuai padan elemen agama asal seorang Muslim ke dalam agama Kristian.
Menurutnya, golongan itu tidak perlu ke gereja tetapi cukup dengan berbaju Melayu, berkopiah dan membaca Bible dengan meletakkannya di atas rehal, seperti membaca al-Quran.
Like this:
Like Loading...
Related
1 comment
Comments feed for this article
12 September, 2015 at 12:17 am
NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim
[…] Source: NGO: Waspada Melayu Kristian seperti Muslim […]