“Halau orang-orang Cina balik ke negeri asal mereka” … hati-hati … kata-kata sedemikian boleh membawa anda disumbat penjara akibat Akta Hasutan.
Namun, kenapa ada orang yang mahu hapuskan Akta Hasutan?
Bukankah Akta Hasutan itu bagus? Ya betul. Memang kedamaian dan keharmonian serta perpaduan kaum yang telah kita sama-sama rasai selama ini adalah antara lain kerana adanya Akta Hasutan, kerana dengannya orang Melayu tidak boleh mengatakan kepada orang Cina supaya mereka berambus balik ke negara asal mereka.
Hasil tolak ansur orang-orang Melayulah maka orang-orang Cina dan orang India yang datang ke Tanah Melayu dapat menjadi warganegara sehingga hari ini. Jika tidak, mereka akan terus menjadi sama seperti pelarian Rohingya yang tidak diterima menjadi warganegara DAN tidak boleh kembali ke negara asal mereka.
[baca: Pelarian Tanpa Negara (“Stateless”)]
Janganlah dek kerana tolak ansur orang Melayu, maka orang Melayu ansur-ansur ditolak.
Jika dikatakan orang-orang Melayu bodoh – maka apakah mungkin dek kerana “kebodohan” orang-orang Melayu dahulu yang memberi hak kepada orang asing menjadi rakyat kini? Apakah seluruh warganegara Tanah Air kita ini masih tidak faham bahawa bumi yang dipijak ini adalah di bawah kedaulatan Duli-duli Raja-raja Melayu?
Prof. Khoo Kay Kim pernah dipetik berkata bahawa “When the British came to Malaya, they found that there were already Malay governments in several parts of the peninsula, and the British recognised these governments.” Kerajaan yang dipimpin di bawah daulat Raja-raja Melayu yang memerintah adalah kerajaan-kerajaan yang Merdeka dan berdaulat sejak dari kedatangan British itu malah British mengiktiraf serta memperakui kedaulatan Raja-raja Melayu.
Begitulah sehingga kini, sekalian urusan kerajaan adalah di atas “Urusan Seri Paduka Baginda”. Segala urusan kerajaan baik oleh kakitangan bawahan mahupun oleh para pegawai atasan adalah kerana melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang dipikul dari sumpah setia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong MESTI mengangkat sumpah jawatan berdasarkan Jadual Keempat Perkara 37:
… Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri …
Dan sumpah dan tanggung jawab inilah yang mengikat serta dipikul oleh sekalian penjawat awam dalam melaksanakan kerja mereka pada setiap masa untuk “Urusan Seri Paduka Baginda”
Maka sekalian penduduk dan warganegara Persekutuan ini MESTI faham asas-asas kenegaraan ini serta akur dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang sedia ada serta menerima tolak ansur orang-orang Melayu dahulu. Peliharalah keharmonian Tanah Air tercinta kita.
BACA juga:
- Tanah Melayu – Tanah Air Ku
- Andainya Bangsa Mereka Itu Sedar Betapa Murah Hatinya Bangsa Melayu “Yang Rasis” Itu …
- Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Negeri-negeri Tanah Melayu Tidak Dijajah
- Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis
1 comment
Comments feed for this article
1 September, 2016 at 7:17 am
Mahkamah Putuskan Presiden ISMA Bersalah – Membuat Eric Paulsen TIDAK LENA Tidur? | Karim's Blog
[…] [Halau Orang-orang Cina Balik Naik Tongkang -> Akta Hasutan] […]