Suatu masa dahulu, kita kerap mendengar tentang pendedahan “The Jewish/Zionist Protocol” (The Protocols of the Elders of Zion atau The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion), yang disabitkan dengan himpunan “minit perbincangan” pemuka-pemuka dan tokoh-tokoh zionis dalam merancang percaturan dunia untuk tujuan menawan dan mengawal seluruh umat manusia.
Walaupun ada sesetengah pihak yang cuba menyangkal dokumen tersebut tetapi bagi mereka yang meneliti perubahan dunia dan sosio-ekonomi-politiknya, kita akan semakin yakin ada “tangan-tangan ghaib” yang merancang pelbagai usaha sulit. Bagi sesetengah orang, ianya adalah suatu teori konspirasi. Namun, banyak yang disebut dalam senarai 24 protokol tersebut kini menjadi kenyataan walaupun dokumen tersebut dikata terhasil dari mesyuarat sulit perancangan tokoh-tokoh Zionis lebih 100 tahun lalu.
Dalam percaturan geo-politik era pasca “Perang Dingin” (selepas jatuh kerajaan-kerajaan Komunis), kita juga dapati terdapat pelbagai dokumen yang mendedahkan perancangan “tangan-tangan ghaib” kuasa besar. Sebahagian besar dokumen ini adalah dokumen rasmi kerajaan Amerika dan agensi-agensi mereka yang boleh didapati secara terbuka kepada umum, tetapi ada juga dokumen-dokumen rahsia yang akhirnya dibocorkan oleh sesetengah pihak.
Kita ambil contoh perancangan “Project for the New American Century” (PNAC). PNAC adalah suatu perancangan jangka panjang pihak “neo-conservative” (neocons) Amerika yang cuba membentuk suatu kawalan ke atas dunia melalui persenjataan dan ketenteraan serta penguasaan industri tenaga dengan menjatuhkan mana-mana “rejim” yang menjadi penghalang kepada hegemoni Amerika. [Apakah kita masih tidak nampak apa yang telah berlaku ke atas negara-negara utama sumber tenaga? “Regime Change“]
Jika kita himbau perancangan yang dibuat hampir 20 tahun lalu dengan situasi geo-politik dunia hari ini, maka boleh kita katakan bahawa neocons ini telah berjaya dalam perancangan jahat mereka.
Kemudian kita juga boleh lihat satu lagi badan pemikir Amerika, Rand Corporation. Rand telah menerbitkan dua buah buku penting yang mendedahkan perancangan Amerika untuk merubah negara-negara Islam menjadi sebuah negara “Civil Democratic Islam” (CDI). Melalui monograf CDI tersebut, ia telah mengenal pasti pelbagai aliran dan kumpulan Islam dalam sesebuah negara serta mengariskan perancangan dalam menyusun percaturan mereka. Ini termasuk disebut khusus cara untuk melaga-lagakan kumpulan-kumpulan Islamis (encourage disagreements dan discourage alliances).
Buku CDI juga menyarankan bagaimana kaedah berkesan untuk menjatuhkan sesebuah “rejim” negara Islam dan mengantikan serta mengangkat pemimpin yang selari dengan kehendak Amerika ( … to the alignment of U.S. policymakers …).
Susulan dari kajian CDI tersebut, Rand mengeluarkan satu lagi kajian dan saranan kepada kerajaan Amerika untuk mengambil pengajaran dari campur-tangan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan komunis dan akhirnya dominasi Amerika pasca perang dingin terhasil.
Dalam perancangan licik Amerika, agen-agen mereka menyelinap masuk dalam pelbagai kesatuan pekerja (trade unions) dan pertubuhan-pertubuhan awam, NGO (atau disebut sebagai Civil Society Organization CSO). Melalui agensi-agensi seperti National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI), trade union seperti AFL-CIO dan seumpamanya, berserta dengan bantuan dana yang besar, mereka telah berjaya menjatuh negara-negara blok Komunis untuk Amerika meletakkan pemimpin dan pentadbiran pilihan mereka.
[Baca: Gerakan “Civil Society” – Alat Kuasa Asing Menguasai Sesebuah Negara]
Dalam buku “Building Moderate Muslim Networks” (BMMN), ianya mendedahkan perancangan Amerika untuk membantu kumpulan/individu “Islam Moderat” untuk melaksanakan sebagaimana apa yang Amerika telah berhasil menjatuhkan pemerintahan komunis di Eropah. (Untuk mengenali ciri-ciri “Islam Moderat” – sila baca: The “Moderate Baruas”)
Malah di dalam buku BMMN, ia menyebut dengan jelas dan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh CIA dalam menjatuhkan beberapa buah negara Amerika Latin pada era 1960an dan 1970an itu akan dilaksana oleh agensi NED untuk memecah-belahkan serta melakukan pergolakan dalam negara-negara Islam.
Bezanya yang disebut mereka ialah, dulu kerja-kerja jahat espionage CIA dilakukan secara “RAHSIA”, kini, NED lakukannya secara “TERBUKA”. (“A lot of what we [NED] do today was done covertly 25 years ago by the CIA” – Dr. Allen Weinstein – pengasas NED)
Kita akan cuba lihat nanti pergolakan yang tidak berkesudahan di negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara pasca “Arab Spring”. Apakah hancurnya negara-negara Islam itu termasuk dalam perancangan mereka. (Bahan pembentangan slaid: Kemusnahan Negara-negara Islam – Perancangan Strategik Musuh) Insha Allah akan dikembangkan dalam kiriman akan datang.
Umat Islam di Tanah Air ini sangat perlu mengambil sikap kepedulian terhadap ancaman dari perancangan jahat musuh. Kita MESTI waspada serta menyedarkan orang-orang di sekeliling yang masih alpa.
p.s. Amerika Syarikat sanggup korbankan rakyat sendiri … baca apa yang terkandung dalam perancangan jahat mereka untuk serang Cuba – Operation Northwoods – Perancangan Jahat Pra-9/11 WTC
6 comments
Comments feed for this article
2 July, 2016 at 1:07 pm
El-Sisi Sebagai Pengkhianat Atau Penyelamat? | Karim's Blog
[…] Begitulah keadaannya dalam percaturan geo-politik Amerika Syarikat di Negara-Negara Islam, termasuk Mesir, mereka telah mengariskan beberapa perancangan dasar dan disusuli dengan gerak kerja tersusun. Buku-buku terbitan Rand Corporation mendedahkan perancangan mereka yang telahpun dimulakan pada tahun 2004, susulan selepas “Project for the New American Century (PNAC)” berjaya dilaksanakan. [baca: Percaturan Geo-Politik Amerika] […]
21 July, 2016 at 6:05 pm
Dari “Bahan Bukti WMD” Yang Ternyata Silap – Akhirnya Iraq Hancur Hingga Ke Hari Ini | Karim's Blog
[…] Percaturan Geo-Politik Amerika […]
21 July, 2016 at 6:11 pm
Sokong Erdogan Yang “Diktator”? Apakah Neraca Kita? | Karim's Blog
[…] Percaturan Geo-Politik Amerika […]
22 July, 2016 at 8:06 am
Operation Northwoods – Perancangan Jahat Pra-9/11 WTC | Karim's Blog
[…] Percaturan Geo-Politik Amerika […]
22 July, 2016 at 9:40 am
Kemusnahan Negara-negara Islam – Perancangan Strategik Musuh | Karim's Blog
[…] Percaturan Geo-Politik Amerika […]
31 October, 2016 at 6:13 pm
DC Leaks dan Pendedahan Baru Agenda George Soros – Membenarkan Apa Yang Kami Telah Sebut Sebelum Ini | Karim's Blog
[…] Percaturan Geo-Politik Amerika […]