Umum sudah maklum bahawa kemusnahan World Trade Center (WTC) pada 9hb September 2001 (9/11) adalah suatu perancangan rapi peringkat tertinggi Amerika Syarikat. Bukti-bukti perancangan dalaman pentadbiran Bush sudah tidak boleh disangkal lagi – terlalu banyak pakar yang telah mengemukakan hujah kukuh secara teknikal dan saintifik bahawa mustahil untuk dua buah “kapal terbang penumpang” mampu menghancur kompleks WTC.

Namun, “konspirasi” meruntuhkan suatu tanda mercu kemegahan di kota New York itu bukanlah kali pertama dirancang oleh kumpulan elit sulit yang mengawal pentadbiran Amerika.

Hari ini sesiapa sahaja boleh mendapat maklumat tentang Operation Northwoods – suatu dokumen rahsia perancangan strategik agensi perisikan tentera Amerika dalam propaganda dan provokasi perang mereka ke atas negara Komunis Cuba pada tahun 1962. [“Operation Northwoods: Justification for U.S. Military Intervention in Cuba”]

OperationNorthwoods-pra911WTCDokumen tersebut pernah dirahsiakan – tetapi ianya dibuka untuk bacaan orang ramai pada tahun 2000 di bawah Freedom of Information Act (FOIA) 1966.

Operation Northwoods dirancang rapi oleh pimpinan teratas tentera Amerika dengan sanggup membunuh rakyat biasa Amerika sambil menimbul huru-hara di beberapa lokasi bandaraya utama Amerika dengan memberi persepsi bahawa Cuba sedang menyerang negara mereka dan mereka wajar untuk bertindak balas.

Di antara rancangan jahat mereka untuk menyalahkan Cuba dan untuk menjustifikasikan perang ke atas Cuba ialah:

  1. Membunuh pelarian dari Cuba di Amerika seolah dibunuh oleh perisikan Cuba.
  2. Menenggelamkan kapal/bot pelarian Cuba di tengah-tengah laut seolah jenayah itu dilakukan oleh tentera Cuba.
  3. Meletupkan kapal milik Amerika Syarikat di tengah laut atau kapal terbang di udara sambil memberi gambaran bahawa ianya kerja espionage Cuba.
  4. Melakukan keganasan letupan di sana sini di bandaraya Amerika untuk membuktikan bahawa agen-agen Cuba sudah menyelinap masuk ke negara mereka dan sanggup melakukan kerosakan awam dan harta benda.

Semua ini juga dilakukan bagi mendapat sokongan masyarakat antarabangsa untuk Amerika Syarikat menyerang dan menjustifikasikan supaya Fidel Castro digulingkan.

Rancangan ini akhirnya dibantah dan dibatalkan oleh Presiden J.F. Kennedy apbila dibentang oleh Setiausaha Pertahanan Robert McNamara pada March 1962.

Malah ada andaian kukuh mengatakan bahawa pembunuhan JFK ada kaitan dengan tindakan beliau untuk tidak bersetuju dengan rancangan kumpulan elit perisikan Amerika ini.

Saya ingin petik salah satu rancangan jahat mereka iaitu untuk menunjukkan tentera udara Cuba tidak berperikemanusiaan menembak jatuh kapal terbang awam Amerika.

8. It is possible to create an incident which will demonstrate convincingly that a Cuban aircraft has attacked and shot down a chartered civil airliner enroute from the United States to Jamaica, Guatemala, Panama or Venezuela. The destination would be chosen only to cause the flight plan route to cross Cuba. The passengers could be a group of college students off on a holiday or any grouping of persons with a common interest to support chartering a non-scheduled flight.

a. An aircraft at Eglin AFB would be painted and numbered as an exact duplicate for a civil registered aircraft belonging to a CIA proprietary organization in the Miami area. At a designated time the duplicate would be subsituted for the actual civil aircraft and would be loaded with the selected passengers, all boarded under carefully prepared aliases. The actual registered aircraft would be converted to a drone.

b. Take off times of the drone aircraft and the actual aircraft will be scheduled to allow a rendezvous south of Florida. From the rendezvous point the passenger-carrying aircraft will descend to minimum altitude and go directly into an auxiliary field at Eglin AFB where arrangements will have been made to evacuate the passengers and return the aircraft to its original status. The drone aircraft meanwhile will continue to fly the filed flight plan. When over Cuba the drone will being transmitting on the international distress frequency a “MAY DAY” message stating he is under attack by Cuban MIG aircraft. The transmission will be interrupted by the destruction of aircraft which will be triggered by radio signal. This will allow IACO radio stations in the Western Hemisphere to tell the US what has happened to the aircraft instead of the US trying to “sell” the incident.

Perancangan di atas adalah taktik “sama” dengan apa yang telah berlaku kepada kapal terbang yang kononnya jatuh/melanggar WTC/Pentagon … sudah dirancang hampir 40 tahun sebelum penipuan 9/11. Ada “kapal terbang gantian” (duplicate) yang akan terbang pada satu lokasi sama bagi mengantikan kapal terbang asal. Yang melanggar WTC/Pentagon (dalam kes Cuba – yang ditembak jatuh) adalah kapal terbang gantian.

Kemusnahan WTC juga dirancang untuk mendapat simpati antarabangsa serta justifikasi menyerang Afghanistan dan kemudian Iraq.

Buatlah carian dan bacalah sepenuhnya dokumen 15 muka surat itu untuk kita faham apa yang dikhabarkan ke telinga dan mata kita sebenarnya ada perancangan sulit yang penuh rahsia di sebaliknya. Serta ambillah iktibar dari Al Quran surah Al Hujarat ayat 6.

Baca yang berkaitan sebelum ini: