Apakah sebenarnya yang telah ditulis oleh Boo Su-Lyn dalam Malay Mail Online pada 2hb Oktober 2015?

Tajuk tulisannya sudah jelas – HAPUSKAN PERKARA 11 (4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTAAN [Abolish Federal Constitution’s Article 11(4)].

Apa yang disebut dalam Perkara 11 Fasal 4?

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Ertinya Perkara 11 Fasal 4 adalah suatu peruntukan yang mengawal dan menyekat penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam.

Ini bermakna penulis tidak mahu apa-apa sekatan terhadap kerja-kerja jahat untuk memurtadkan orang-orang Islam.

MailMailOnline-BooSL hapuskan Islam

Apakah sudah cukup hanya dengan sekadar permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Malay Mail Online hari ini? “Apology and retraction of column entitled ‘Abolish Federal Constitution’s Article 11(4)’ – Malay Mail Online” – Akta Hasutan: Malay Mail Online Sudah KECUT PERUT.

Yang PARAHnya, dalam kenyataan MMO, ianya TIDAK LANGSUNG menyebut penulis mohon maaf di atas artikel tulisannya. Hanya sekadar menyatakan bahawa dia sedar ianya sensitif.

The writer wishes to point out that she is aware of the sensitivities in Malaysia regarding the topic of religion. She has no intention of insulting Islam.

Inilah sebenarnya SIKAP penulis. Sememangnya mahu menghina – walaupun dia sebut “no intention of insulting Islam” – itu hanyalah “lip service” atau “after thought”.

Tulisan berkaitan sebelum ini: Akta Hasutan: Malay Mail Online Sudah KECUT PERUT

MailMailOnline-BooSL -sikaptakbersalah