Apa seronok, bertuah dan untungnya seseorang yang berkerja sebagai kakitangan atau pegawai kerajaan?

Mereka sebenarnya menggalas tugas dan tanggungjawab yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bersumpah ketika naik takhta jawatan YDP Agong. Apakah sumpah yang YDPA itu?

YDPA diwajibkan bersumpah berdasarkan teks yang ada dalam Jadual Keempat Perkara 37 di atas nama suci Allah …

Wallahi, Wabillahi, Watallahi

“ … Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri”

Sumpah janji YDPA ini diperturunkan kepada Perdana Menteri, kemudian kepada para Menteri, kepada Ketua Setiausaha Negara serta sekalian KSU, para pengarah, ketua-ketua Jabatan seterusnya keseluruhan pegawai dan kakitangan kerajaan.

[baca: Sumpah Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDP Agong]

Bermakna, tidak kira apa jawatan, tidak kira apa bangsa malah tidak kira apa agama anutan barisan Menteri serta pegawai dan kakitangan kerajaan tersebut, mereka terikat dengan tugas YDPA, iaitu, untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam“.

Adalah berSALAHan dengan ikatan tugas dan tanggungjawab mereka itu jika dalam melaksanakan kerja dan tugasan mereka yang melanggar ikatan sumpah memeliharakan pada setiap masa Agama Islam.

Namun, ramai yang tidak sedar implikasi sumpah yang mereka lakukan ketika menerima jawatan. Mereka lupa akan sumpah itu kemudian mereka melakukan atau menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan sumpah atas nama suci Allah itu.

Itulah MURNInya tugas dan tanggungjawab “HIFZUDEEN” untuk memelihara agama Islam PADA SETIAP MASA. Bukan memelihara agama lain tetapi memelihara Agama Islam. Hatta agama anutan mereka (bagi mereka yang bukan Islam).

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan secara KHUSUS menetapkan bahawa untuk usaha dan dana untuk tujuan agama hanya ada untuk Agama Islam.

Bermakna, jika anda seorang penjawat awam, bermula dari keluar rumah ke tempat kerja, sepanjang masa bertugas samada di pejabat atau di luar pejabat, hinggalah balik ke rumah, anda sedang melaksanakan kerja untuk MEMELIHARAKAN AGAMA ISLAM. Suatu perlakuan ibadat pada sebahagian besar dari masa anda seharian. Masha Allah. Untung dan bertuahnya anda yang menjadi penjawat awam. Tidakkah anda rasa seronok?

sumpahAgong-hifzudeen

Tetapi, janganlah pula diisikan masa-masa di pejabat itu dengan perkara-perkara yang membazir waktu serta yang tidak menepati sumpah YDPA.

Ceriakan hari-hari dan masa-masa anda di pejabat mahupun ketika melaksanakan tugasan luar pejabat. Anda melakukan suatu ibadat … perbetulkan niat anda. Moga diterima amalan kita.

Advertisement