Ucapan Aluan oleh Pengarah SPARK, Sdr. Yasin Baboo

Ucapan Aluan oleh Pengarah SPARK, Sdr. Yasin Baboo

Alhamdulillah selesai dan berjaya sama-sama kita laksanakan Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) pagi tadi di UIA.

Saya amat kagum dengan kesungguhan beberapa orang peserta yang datang dari jauh untuk menunjukkan kepedulian dalam isu pemurtadan Ummah.

Ada dari kalangan hadirin yang datang dari Sabak Bernam dan Telok Gadong. Malah ada pula yang datang dari Johor dengan rombongan dua buah kereta.

Ada satu keluarga datang dari Ipoh dengan ketua keluarga itu yang sudah berumur 78 tahun sanggup datang dengan segala keuzuran bertongkat mengagahkan diri. Alhamdulillah beliau sempat memberi beberapa cadangan dan nasihat dalam sesi soal jawab tadi.

Ada juga seorang sahabat yang datang dengan menaiki bas dan teksi malam tadi dari Pulau Pinang semata-mata untuk bersama dalam program ini. Mungkin ramai lagi yang tidak sempat saya bertanya khabar tadi – maafkan saya jika terlepas pandang.

Dan kepada semua hadirin yang lain, saya turut hormati ketekunan serta kesabaran menunggu sehingga selesai Majlis lewat jam 2:30 petang – dengan makanan disediakan yang tidak seberapa.

Tahniah kepada seluruh AJK dan semua yang terlibat menjayakan SPARK kali ini. Suatu komitmen yang tinggi serta kesepakatan kerja yang padu walaupun AJK dibentuk dalam masa yang singkat, kurang sebulan sahaja, untuk menjayakan program yang mendapat sambutan yang baik sebegini. Ada yang membantu tanpa disuruh.

Tidak kurang penting ialah komitmen para pembentang, Ustaz Abdullah Din yang datang jauh dari Kedah serta KPP E2 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato Awaluddin bin Jadid.

Insha Allah kita ada SPARK 2.0 pula.