Berikut adalah sebuah tulisan yang dikarang pada bulan Februari 2014. Tetapi saya tangguh untuk kirim di blog saya selepas mendapati terlalu ramai sahabat saya yang “hard-core” PAS tidak percaya sambil mengatakan ianya rekaan. Namun dalam perbualan akhir-akhir ini dengan mereka yang tidak percaya dahulu, sekarang ini, merekalah yang lebih sudu dari kuah. (Apabila saudara-saudari baca – kenalah letaknya pada bulan Februari 2014 – kerana ada beberapa perkara yang tidak diketahui umum pada ketika itu sudah menjadi “public knowledge sekarang. Ini sebelum wujudnya PAN).

Kenapa baru sekarang Presiden PAS, TG Ustaz Hadi Awang berani meluahkan perasaannya dalam mesyuarat kepimpinan PAS Pusatnya baru-baru ini? Kenapa baru sekarang Ustaz Hadi menunjukkan sikap kerasnya terhadap puak-puak Anwarinas dalam kepimpinan partinya?

hadiawangKita semua maklum bagaimana seorang Presiden parti dihina oleh salah seorang anggota pimpinan pusatnya hingga sanggup menunjuk jari ke arah Presidennya sendiri sambil meminta orang yang bertanggung-jawab dalam persaingan tiga penjuru DUN Kota Damansara yang menyebabkan kerusi tersebut dimenangi wakil BN itu meletak jawatan. PAS telah meletakkan calonnya sendiri untuk menentang calon sosialis yang diletakkan oleh PKR.

Begitulah hilangnya taring Presiden PAS. Bukan sahaja AJK Pusatnya sudah berani menengking dan bersikap kurang ajar kepada Presidennya tetapi kini di kalangan ahli yang terlalu fanatik dengan Anwar turut berani mengeluarkan kata-kata kesat kepada pimpinan parti yang berasaskan Islam itu.

Kalau di zaman almarhum Ustaz Fadzil sudah pasti perkara sebegini tidak berlaku. Bukan sahaja kerana kehebatan kepimpinan almarhum tetapi juga orang-orang Anwar di dalam PAS sudah pasti tidak berani.

Banyak perkara yang Presiden PAS ungkit dan dedahkan berhubung pembohongan Anwar Ibrahim dalam mesyuarat tersebut. Ini membuat mereka di kalangan Anwarinas sendiri yang terkejut. Bukan sahaja terkejut kerana keberanian Presidennya tetapi juga kerana banyak perkara yang selama ini Ustaz Hadi tahu tetapi tidak beliau dedahkan.

Contoh yang paling ketara ialah perjumpaan di antara pimpinan BN-PAS-PKR di London. Perjumpaan dengan Zahid Hamidi yang diwakili oleh Saifudin Nasution bagi pihak PKR dan Dr. Shamsuri bagi pihak PAS. Ramai yang tidak sangka rupanya perjumpaan tersebut adalah mainan Anwar sepertimana yang dibongkar oleh Ustaz Hadi dalam mesyuarat tersebut.

Yang paling mengejutkan perjumpaan di London tersebut turut dihadiri oleh Dr. Syed Azman dikatakan diminta oleh Anwar untuk hadir walaupun beliau seorang pimpinan parti PAS. Inilah kehebatan jangkauan pengaruh Anwar dalam kepimpinan parti PAS.

Mesyuarat susulan perjumpaan tersebut dipanggil oleh Anwar. Sekali lagi Presiden PAS berani menegaskan sikapnya tidak hadir tetapi hanya menghantar wakilnya Dr. Shamsuri untuk mesyuarat tersebut sambil diiringi oleh Salahudin Ayub. Anwar turut membawa sama kroninya Rahim Ghouse selain Rafizi dan Saifudin untuk turut sama. Anwar seperti biasa cuba bermain emosi psikologi memulakan perbincangan dengan mengatakan kepada Salahudin bahawa beliau sudah pun mengarah Khalid Ibrahim untuk memberikan jawatan yang sesuai untuk pimpinan PAS yang tewas dalam PRU lalu (seperti Salahudin dan Zulkifli) supaya mendapat elaun bulanan beserta dengan kenderaan dan pemandu. Seolah-olah cuba mengambarkan beliau telah usaha bantu mereka yang kalah tetapi Khalid yang tidak membantu. Ternyata Salahudin tidak termakan dengan mainan Anwar tersebut.

Ustaz Hadi turut mendedahkan mainan kotor Anwar dalam PRK Kajang. Ternyata Ustaz Hadi tidak mahu terpalit sama dalam pergolakan dalaman PKR. Presiden PAS tidak mahu partinya terheret dalam perebutan kerusi MB antara Khalid-Azmin. Sebab itulah sentiment yang sama ini telah disambut juga di kalangan beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak ghairah mereka dalam memberi sokongan padu kepada PKR untuk PRK DUN Kajang. Besar kemungkinan ramai ahli dan penyokong PAS tidak akan turun mengundi dalam PRK kali ini. Anwar terpaksa bergantung harap kepada pengundi Cina untuk kali ini.

Ustaz Hadi sendiri beberapa kali mempersoalkan tindak-tanduk Anwar membelakangi semangat Pakatan kerana Anwar banyak kali membuat keputusan sendirian tanpa merujuk kepada beliau selaku Presiden sebaliknya memilih-milih pemimpin “Anwarinas”nya dari PAS untuk duduk sama dalam perbincangan “Pakatan”. Tanpa menyebut nama secara khusus untuk ketika ini, sesetengah Anwarinas ini jelas kerap membelangki Presidennya sendiri dalam menuruti Anwar. Malah itulah antara luahan Ayah Chik yang kerap dizahirkan kepada kami.

Advertisement